Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Darussyifa’

Bertepatan dengan salah satu Misi di Darussyifa’ Malaysia , iaitu “Memperkenalkan Perubatan Islam Darussyifa’ ke peringkat Antarabangsa”, Darussyifa’ kekal konsisten dan komited dalam fasa melahirkan Perawat-perawat Ruqyah tempatan yang berkualiti, berkemahiran, dan berketarampilan.

Seiring dengan Visi di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu “Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia, Darussyifa’ Malaysia juga turut bersama-sama memainkan peranan dalam meramaikan tenaga pakar industri negara dalam bidang Perawatan Ruqyah.

Di Malaysia, JPK merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang berperanan dalam mengawal sistem latihan kemahiran dalam meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan, dengan Misi nya “Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing”. Darussyifa’ yang kini merupakan Pusat Penilaian Amali (PPA) yang telah diluluskan oleh JPK, berusaha agar keterlibatan ini menjadi pemangkin kepada pengembangan ilmu Pengubatan Islam.

Oleh yang demikian, pendaftaran adalah terbuka buat mereka yang berkelayakan serta memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengambil dan menjalani SKM ini di Darussyifa’ bagi mempertingkatkan kompetensi diri ke tahap yang lebih profesional. Bagi tahun 2024, takwim ujian adalah bermula dari bulan Februari hingga November sahaja. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan kepada:

Sdr. Abdul Jalal Bilal
+6019-333 9733 (Klik sini utk WhatsApp)
(Pegawai Penyelaras PPA Darussyifa’)

Bagi Ahli-ahli Darussyifa’ Malaysia dan Ahli Bersekutu Darussyifa’, kos permohonan dan ujian bagi SKM Perawatan Ruqyah melalui Kaedah Ujian Amali di PPA Darussyifa’ adalah:
a. RM550.00 (SKM Tahap-3)
b. RM750.00 (DKM atau DLKM)

Page berkaitan : Fahami Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *