SKM: Sijil Kemahiran Malaysia bidang Perawatan Ruqyah

Akta 652 (Akta Pembangunan Kemahiran Malaysia 2006) yang telah diluluskan pada tahun 2006 telah memberi kuasa kepada Kementerian Sumber Manusia antaranya untuk mengeluarkan Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia kepada individu-individu mahir yang terampil.

Ianya setanding standard kebangsaan di dalam bidang masing-masing. Sijil, Diploma atau Diploma Lanjutan Kemahiran ini telah sekian lama menjadi ukuran kemahiran bagi industri-industri dan jabatan-jabatan Kerajaan.

Terdapat satu standard kebangsaan yang berkaitan Pengubatan Islam, iaitu bidang PERAWATAN RUQYAH dengan kod nombor:
1. Q869-004-3:2017
2. Q869-004-4:2017
3. Q869-004-5:2017
Ianya boleh digunapakai oleh Pusat-pusat Latihan atau Kolej-kolej untuk menghasilkan graduan mahir didalam bidang Perawatan Ruqyah.

(Standard Kebangsaan (NOSS) bagi Perawatan Ruqyah ini boleh dibeli di https://www.myspike.my)

Pada masa yang sama, perawat-perawat ruqyah yang berpengalaman juga boleh memohon supaya pencapaian mereka yang lalu (pengalaman dan kemahiran), untuk dinilai dan diiktiraf mencukupi seperti kehendak standard. Kaedah ini dipanggil Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).

Terdapat 2 (dua) kaedah untuk mendapatkan pengiktirafan ini melalui laluan PPT iaitu:-

  1. KAEDAH MEMBANGUNKAN PORTFOLIO
  2. KAEDAH PENILAIAN AMALI

1. KAEDAH MEMBANGUNKAN PORTFOLIO

Calon dikehendaki mengumpulkan bukti-bukti yang cukup berdasarkan format yang dikehendaki untuk dinilai, verifikasi dan diiktiraf.

2. KAEDAH PENILAIAN AMALI

Calon dipanggil untuk mempamerkan keterampilan beliau untuk menjalankan rawatan seperti kehendak standard dengan mempunyai pengetahuan yang cukup.

Ujian amali hanya boleh dilakukan di Pusat Penilaian Amali (PPA) yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Kedua-dua kaedah ini boleh dimohon melalui laman web https://www.myspike.my .

Contoh sijil pengiktirafan DKM dikeluarkan JPK setelah berjaya ujian

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Sdr. Abdul Jalal Bilal
Pegawai Penyelaras PPA Darussyifa’
+6019-333 9733.

atau

Klik ikon ini & isikan maklumat berkaitan agar dapat kami memberikan respon balas kepada anda.