Konvensyen Perawat Darussyifa’ se-Malaysia

Sebelum menutup tirai tahunan, Darussyifa’ kali ini meneruskan kesinambungan perancangan dan memberi tumpuan khusus kepada Perawat-perawatnya di seluruh Malaysia melalui Konvensyen Perawat yang telah diadakan pada 9 Disember 2023 lalu. Majlis yang diadakan di Bangi Avanue Convention Center, Selangor berjaya memuatkan 850 individu dari kalangan Perawat-perawat dan ahli-ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bersama Darussyifa’.

Dengan slogan “Istiqomah bersama Darussyifa”, konvensyen ini bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul dan menghimpun ahli semata-mata. Objektifnya adalah untuk:

  • Memperkemaskan peranan & tanggungjawab Perawat menjelang penguatkuasaan Akta 775
  • Menyediakan ruang persidangan sebagai ruang perkongsian dan pengembangan ilmu, dalam mempertingkatkan kefahaman disiplin rawatan Pengubatan Islam.
  • memperkasakan ukhwah & jalinan perhubungan silaturrahim dikalangan Perawat dan ahli.
  • Memantapkan serta meningkatkan pengetahuan, pegangan, dan jati diri Perawat

Majlis dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ahli lembaga Penasihat Darussyifa’ Malaysia.

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *