bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Arkib Berita Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    9664953
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • UMRAH BERSAMA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN - DIS 2013/JAN 2014

    Insya'Allah Darussyifa' akan menganjurkan Program Umrah bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada Disember 2013 atau Januari 2014, tertakluk kepada tarikh awal visa umrah dikeluarkan oleh kedutaan Arab Saudi.

    Justeru itu bagi yang berminat untuk menyertainya, bolehlah membuat tempahan awal dari sekarang di pejabat Darussyifa' Bangi seperti berikut;


    Deposit Tempahan Awal: RM500
    Untuk tempahan boleh hubungi: Haji Roslan [019-2398573] atau Haji Khalil [019-9543396]

    Sekian terima kasih

    LIVE FROM MEKAH


    Siaran Secara Langsung Dari Masjidil Haram Mekah


    PENGUMUMAN PENGERUSI DARUSSYIFA' PUSAT

    Assalammu'alaikum warohmatullah,

    Adalah dimaklumkan kepada semua perawat Darussyifa, anda tidak perlu mendaftar secara terus dengan Kementerian Kesihatan, pendaftaran nama-nama perawat Darussyifa' ke Kementrian Kesihatan dilakukan oleh pejabat Darussyifa' Pusat.

    Yang dimaksudkan dengan perawat Darussyifa' di atas ialah mereka yang telah mengisi borang sebagai perawat Darussyifa' dan telah disahkan sebagai perawat oleh Pengerusi Darussyifa'. Perawat yang telah disahkan sebagai perawat telah diberikan Kad Perawat Rasmi Darussyifa'. 

    Bagi perawat-perawat Darussyifa' yang belum lagi mengisi borang perawat, maka mereka belum lagi diiktiraf sebagai perawat rasmi yang berdaftar.

    Yang benar,

    Haji Abdul Rahman Ahmad
    Pengerusi Darussyifa' Malaysia
    14-Mac-2013

    BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN (TERBITAN 2011)




    Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita



    SOALAN YANG SELALU DITANYA


    ==============================================
     SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH ORANG RAMAI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
    ==============================================

    1. Adakah saya perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Darussyifa'? Jawapannya: TIDAK, Sila datang terus ke Darussyifa' mengikut waktu rawatan di Jadual Rawatan (Klik Di Sini) 

    2. Berapakan bayaran yang dikenakan untuk setiap rawatan? Jawapannya: TIDAK ADA BAYARAN. Perkhidmatan adalah PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa'.

    BUKU RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM

    Buku Terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    Cover Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam
    Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

    DOA' PILIHAN

    Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

    Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.




    Penafian:

    KENYATAAN PENAFIAN


    (1) Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam Darussyifa' tidak mempunyai hubung kait dengan Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Sungai Pusu, Gombak.  Artis terkenal tanahair yang bernama Saudara Ashraf Muslim juga tidak pernah menjadi ahli Darussyifa'. Kenyataan ini dibuat kerana beberapa blog telah melaporkan bahawa Saudara Ashraf Muslim sekarang terlibat dengan rawatan Islam Darussyifa' Gombak.

    (2) Adalah dimaklumkan bahawa, Ustaz Mohd Tirmizi Zainal bukan ahli Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), beliau pernah mendaftarkan diri untuk menghadiri Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' cawangan Kuching Sarawak pada akhir tahun 2009 tetapi telah menarik diri dan tidak menamatkan kursus tersebut. Kenyataan ini dibuat kerana ada blog yang melaporkan bahawa Ustaz Mohd Tirmizi Zainal adalah ahli Darussyifa' Malaysia.

    Sekian, dimaklumkan.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Haji Jufry di 019-363 4124



    Artikel Herba Ubatan

    (1) Artikel Tentang Pengenalan Asas Herba Ubatan boleh di muat turun di Blok Artikel (Kiri Bawah) atau KLIK DI SINI

    (2) Artikel Tentang Pengunaan Herba Ubatan boleh di muat turun di Blok Artikel (Kiri Bawah) atau KLIK DI SINI

    Majlis Pengijazahan Kumpulan Ke-24
    Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Bandar Baru Bangi Kumpulan Ke-24 (Sesi 2012)

    Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Ke-24 (Sesi 2012), Darussyifa' Bandar Baru Bangi telah berlangsung pada hari Ahad, 20-Januari-2013. Majlis bermula seawal 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 2:00 petang.

    Majlis ini berlangsung di Dewan Nik Mohyiddin Musa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi. Majlis pengijazahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

    Seramai 338 graduan iaitu 242 muslimin dan 96 muslimat telah diijazahkan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din di majlis ini.

    Aturcara penuh majlis pengijazahan ini adalah seperti berikut;

    07.30 pg – 08.15 pg : Pendaftaran Graduan & Sarapan
    08.15 pg – 08.30 pg : Taklimat Aturcara Graduan
    08.30 pg – 09.00 pg : Ketibaan Para Tetamu Jemputan
    09.00 pg – 09.10 pg : Ketibaan YBhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
    09.00 pg - 09.15 pg : Bacaan Nasyid Asma'ul Husna
    09.15 pg – 09.20 pg : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
    09.20 pg – 09.35 pg : Bacaan al-Quran Oleh Ustaz Ahmad Shafiq bin Mat Razali
    09.35 pg – 09.45 pg : Ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia – Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad
    09.45 pg – 09.50 pg : Taklimat Tatacara Pengijazahan Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
    09.50 pg – 10.45 pg : Bacaan Ruqyah Asas Pengubatan Islam
    10.45 pg – 11.30 pg : Majlis Pengijazahan
    11.30 pg – 11.40 pg : Tayangan Multimedia
    11.40 pg – 12.15 tgh : Sambungan Majlis Pengijazahan
    12.15 tgh – 12.45 tgh : Amanat YBhg Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
    12.45 tgh – 01.00 tgh : Majlis Bai’ah
    01.00 tgh – 02.00 ptg : Doa’, Sesi Bergambar, Makan Tengah hari, Solat Zohor & Bersurai.

     

    Gambar Sekitar Majlis Pengijazahan Darussyifa' Kumpulan Ke-24

    1

    2


    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 3283 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 29 January 2013 (1952 kali dibaca)

    Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian

    DOA MUSTAJAB PELINDUNG DARIPADA KECURIAN

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 4.5)
    Dikirim oleh admin pada Friday, 21 December 2012 (2841 kali dibaca)

    Ucap Utama Tuan Guru Di Kongres Pengubatan Islam Nusantara

    Ucap Utama oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din dalam Kongress Pengubatan Nusantara 1-Dis-2012 di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Wednesday, 12 December 2012 (620 kali dibaca)

    Keputusan Temuduga Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2013
    Keputusan Temuduga Kemasukan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan ke-25 Sesi 2013, Bandar Baru Bangi

    (1) Calon pelajar yang telah lulus temuduga adalah dikehendaki menghadirkan diri pada hari pendaftaran iaitu pada hari Sabtu, 5-Januari-2013 jam 8:00 pagi.
    (2) Calon yang tidak hadir pada hari pendaftaran adalah dianggap menolak tawaran kursus ini.
    (3) Bayaran minima yuran pada hari pendaftaran ialah RM300. 
    (4) Sila patuhi etika berpakaian bagi pelajar ketika membuat pendaftaran iaitu berpakaian kemas dan berkopiah putih bagi pelajar muslimin dan menutup aurat dengan sempurna bagi muslimat. Memakai songkok hitam, seluar jeans dan T-Shirt adalah tidak dibenarkan.

    Sila lawati laman web Darussyifa' dari masa ke semasa untuk mengetahui maklumat terkini.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 26358 byte lagi | Nilai: 4.90)
    Dikirim oleh admin pada Wednesday, 12 December 2012 (6362 kali dibaca)

    KONGRESS PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA (KOPI-01)
    KONGRESS PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA (KOPI-01)

    KOPI-01 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Disember 2012 di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur bertemakan "Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat". Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Program yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri yang juga penaung GAPPIMA iaitu YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Manakala ucap utama telah disampaikan oleh YBhg Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

     

    Perasmian
    Perasmian Kongres oleh YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi

     

    Ucap Utama Tuan Guru Dato' Dr. Haron din
    Ucap  Utama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 12894 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 11 December 2012 (818 kali dibaca)

    TAZKIRAH RAMADHAN 1433H

    Tazkirah Ramadhan 1433H oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Di Darussyifa' Bandar Baru Bangi

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Friday, 27 July 2012 (2673 kali dibaca)

    PENGUMUMAN: Pembedahan Jantung Tuan Guru Di Stanford Hospital - 2-April-2012

    Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian.

    Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 6186 byte lagi | PENGUMUMAN | Nilai: 4.78)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 03 April 2012 (8602 kali dibaca)

    CERAMAH MAULIDUR RASUL 1433H OLEH TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

    Ceramah Maulidur Rasul 1433H oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Di Masjid Al-Falah USJ - Bhg 1/5

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 2979 byte lagi | Nilai: 4.85)
    Dikirim oleh admin pada Sunday, 05 February 2012 (3334 kali dibaca)

    MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR PENGUBATAN ISLAM KUMPULAN KE-23 (DARUSSYIFA’ PUSAT)
    MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR PENGUBATAN ISLAM KUMPULAN KE-23 (DARUSSYIFA’ PUSAT) SESI 2011.



    Pada hari Ahad 8-Januari-2012, Majlis Pengijazahan Pelajar-pelajar Pengubatan Islam Darussyifa’ Pusat Kumpulan ke-23, telah berlangsung di Dewan Nik Mohyiddin Musa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.

    Daripada 450 pelajar yang mendaftar sebagai pelajar setahun yang lalu, hanya 308 sahaja (231 Muslimin & 77 Muslimat) yang telah layak untuk diijazahkan. Yang bakinya seramai 142 orang tidak diijazahkan disebabkan oleh tiga factor iaitu; (1) Tidak Cukup Jumlah Kehadiran (2) Tidak Lulus Ujian Tasmek (3) Menarik Diri.

    Tetamu terhormat yang turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar, Adun Bangi.

    Majlis Pengijazahan bermula dengan graduan mendaftarkan diri bermula jam 7:30 pagi.

    Aturcara Penuh Majlis Pengijazahan adalah seperti berikut;
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 3597 byte lagi | Nilai: 4.85)
    Dikirim oleh admin pada Sunday, 05 February 2012 (2234 kali dibaca)

    PENGUMUMAN: SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA 7-JAN-2012

    SimposiumPerawat Darussyifa’ Se-Malaysia

    Tema: “Ke Arah Memperkasa Jatidiri Perawat dan Permurnian Rawatan”

    Simposium yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 7-Januari-2012. Program yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4:30 petang telah dihadiri seramai 1000 orang perawat Darussyifa’ dari seluruh Malaysia.

    Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah menzahirkan komitmen untuk mengadakan simposium ini sebagai salah satu aktiviti penting bagi memantapkan lagi perjalanan persatuan, pusat-pusat rawatan dan para perawat.

    Selain itu, simposium ini telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar perawat yang aktif dari seluruh Malaysia sebagai medan percambahan fikiran dan idea demi meningkatkan lagi kualiti amalan rawatan Islam. Resolusi dari simposium ini dijadikan panduan yang diseragamkan sesuai dengan amanat penting oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

    Dalam simposium ini juga telah diadakan Talaqi Musyafahah di antara Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dengan semua yang hadir iaitu Tuan Guru menurukan Bacaan Ruqyah Asas Pengubatan Islam Bahagian 1, 2 dan 3 kepada semua perawat.

    Program kemuncak ialah semua perawat bermubaya'ah dengan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Setelah Majlis Bai’ah ini, Tuan Guru telah memberikan satu lencana “Ahli Bai’ah” kepada semua perawat yang hadir sebagai tanda mereka telah berbai’ah.

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 4117 byte lagi | PENGUMUMAN | Nilai: 4)
    Dikirim oleh admin pada Sunday, 05 February 2012 (1585 kali dibaca)

    PENGUMUMAN: PERUTUSAN MAAL HUJRAH 1433H
    Perutusan Maal Hijrah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



    (Klik disini untuk baca sambungannya... | PENGUMUMAN | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 01 December 2011 (1716 kali dibaca)

    Kenyataan Tuan Guru

    Kenyataan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    "Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu." - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Friday, 18 November 2011 (2525 kali dibaca)

    “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM”
    HALAQAH TV9 - “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM”

     

    Program Halaqah TV9 yang disiarkan pada 15-Nov-2011 (Selasa) jam 10:00 mlm hingga 11:00 mlm menampilkan dua orang ahli panel iaitu Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Dr. Hassan Ali.

     

    Untuk mengikuti rakaman video rancangan ini sila klik di youtube di bawah ini.

    Nota: Rancangan ini mengambil masa 51 minit dan dibahagikan kepada 4 bahagian;


    Bahagian Pertama:



    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 2641 byte lagi | Nilai: 4.6)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 17 November 2011 (2088 kali dibaca)

    Sajak - "Guru Ku"

    Sajak - "Guru Ku"

    Guruku
    Engkaulah permata di pandangan
    Lemah tubuhmu lesu kelihatan
    Lantaran ujian kebesaran tuhan,
    Namun Semangatmu teguh meyakinkan
    Wajahmu bersinar dalam kesakitan

    Guruku
    Jika dapat ku rasai dan dikongsi
    Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji
    Ku tawar diri sebagai galang ganti
    Tanda cinta ku menjunjung ilahi
    Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
    Sempit dadaku menahan sebak lara
    Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
    Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

    Guruku
    Jasamu pada kami tiada tandingan
    Tiada harga sebagai nilaian
    Redhai kami ampunkan kesalahan
    Semoga Allah kurnia balasan

    Guruku
    Dirimu yang ku rasakan
    Mengenalimu suatu kelebihan
    Mendekatimu suatu keindahan
    Mencontohimu suatu kepuasan
    Ceria tawamu suatu kebahagiaan

    Keresahanmu suatu igauan
    Penderitaanmu suatu keperitan
    Kesakitanmu suatu kesedihan
    Ketabahanmu suatu perjuangan

    Guruku
    Engkaulah bapa engkaulah teman
    Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
    Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
    Tidak tergapai jejak langkahmu
    Namun ku cuba sedaya mampu

    Guruku
    Budimu menggunung tidak terkira
    Seiring bapaku yang memelihara
    Engkaulah harta anugerah yang esa
    Tidak terbayang jika engkau tiada

    Guruku
    Terima dan redhakanlah akan hamba
    Walau tercalit cacat dan cela
    Walau pernah terguris rasa
    Walau pernah memendam nestapa

    Guruku
    Janji setia telah ku lafazkan
    Pesananmu padu ku genggam
    Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu
    Nama mu akan ku pertahankan

    Guruku
    Di saban waktu aku menyembam
    Kepada tuhan sekelian alam
    Agar dirimu diberi peliharaan
    Buat menyambung tugasan ehsan
    Mendidik kami di serata alam

    Nukilan rasa
    Abu Nasih
    Pusat Rawatan Darussyifa' Rawang
    No Ahli 0648
    14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 15 November 2011 (1596 kali dibaca)

    BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM
    Sumber: Sila Klik Di Sini


    BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM: Y. BHG. DATO' DR. HARON DIN
    Written by ICTpptm   
    Tuesday, 01 November 2011


    Program “Bual Bicara” adalah merupakan satu bentuk program santai dan tidak terlalu formal jika hendak dibandingkan dengan lain-lain majlis keilmuan seperti konvensyen, seminar, polemik, dialog dan sebagainya. Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada golongan peringkat pertengahan merangkumi para pelajar IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s), persatuan-persatuan dan individu-individu yang berminat.

    Program ini diadakan secara kerjasama diantara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah Unit Tamadun Islam dan Tradisi Ilmu,Bahagian Adat-Adat Melayu dan Warisan, Pusat Rawatan Perubatan Islam (Darussyifa) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang yang berkenaan.

    TUJUAN/OBJEKTIF

    Antara tujuan utama Program “Bual Bicara” ini diadakan adalah sepertimana berikut :-

    Ø  Mengetengahkan tokoh-tokoh di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu keagamaan   dan dakwah Islamiah.

    Ø  Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh keagamaan di negeri Selangor kepada masyarakat umum.

    Ø  Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu agama Islam oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Selangor.

    Ø  Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap peranan, sumbangan dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh golongan ulama dan para cendiakawan Islam. 

     

    TARIKH DAN LOKASI            

    Program ini akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :-           

    Tarikh               :          10 November, 2011 (Khamis)           

    Tempat              :          Auditorium Daeng Chelak,                                               

                                        Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.  

     

    AHLI PANEL

    Ahli-ahli panel yang dicadangkan bagi menjayakan majlis berbentuk keilmuan tersebut adalah sebagaimana berikut :-  

    Ø     PANEL 1  ·             Y. Bhg. Ustaz Hamdan b. Muda – Sahabat Y. Bhg. Tuan Guru

                         ·             Y. Bhg. Ustazah Salwa bt. Haron - Anak Y. Bhg. Tuan Guru

    Ø     PANEL 2           Y. Bhg. Dr. Abdullah bin Yusof (Panel 2)

                                 Pengamal Perubatan di Darussyifa’Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 

    Ø     PANEL 3                  Y. Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din (Tokoh)

                                Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Pengubatan Islam (Darussyifa’)/Timbalan  Mursyidul   Am PAS

    Ø                                                  Y. Bhg. Ustaz Khadher bin Ahmad (Moderator) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi       Pengajian Islam, Universiti Malaya

     

     

    Untuk Keterangan Lanjut,sila hubungi:

    1)Puan Rohayu bte Mohd Yunus

       Tel:0123090344

       Emel: rohayu@padat.gov.my

    2)Encik Mohd Sani bin Hj Suradi

       Tel:0163130430

       Emel: sanie@padat.gov.my

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 6977 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 03 November 2011 (1837 kali dibaca)


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)