 |
Kenyataan Tuan Guru
|
|
|
|
 |
 |
AHLI DARUSSYIFA'
|
|
|
|
 |
 |
BUKU TUAN GURU
|
|
|
|
 |
 |
SIAPA SEDANG ONLINE
|
|
|
Ketika ini ada, 132 pengunjung sedang online.
|
|
 |
 |
MENU UTAMA
|
|
|
|
 |
 |
MENU UNTUK AHLI
|
|
|
|
 |
 |
Borang
|
|
|
|
 |
 |
ARKIB BERITA
|
|
|
|
 |
 |
ARTIKEL
|
|
|
|
 |
 |
KOLEKSI CERPEN
|
|
|
|
 |
 |
MUAT TURUN AUDIO
|
|
|
Koleksi Rakaman Kuliah dan Ceramah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ---------------------------------
|
|
 |
 |
MUAT TURUN PERISIAN
|
|
Muat Turun (Download) Perisian Percuma ---------------------------------
|
|
 |
 |
JUMLAH PAPARAN
|
|
Kami sudah memaparkan 6951714 halaman sejak 3 April 2007
|
|
 |
 |
ADMINISTRATOR
|
|
|
|
 |
|
|
KULIAH PERTAMA PELAJAR KUMPULAN KE-24 (SESI 2012)
Perhatian: Sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftar pada 18-Disember-2011, Kuliah Pertama untuk Pelajar Darussyifa' Kumpulan Ke-24 akan bermula pada Isnin 9-Januari-2012. Bermula dengan Solat Maghrib berjamaah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Jufry (019-363 4124) atau Ustaz Hisham (012-329 2792).
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat Terdahulu:
PERHATIAN: PELAJAR-PELAJAR YANG
TELAH LULUS TEMUDUGA DIKEHENDAKI HADIR KE MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR
BARU KUMPULAN 24 SESI 2012 PADA HARI AHAD
18-DISEMBER-2011 JAM 8:00 PAGI.
BAYARAN MINIMUM KETIKA PENDAFTARAN IALAH RM300.00. BAGI YANG TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN INI, MEREKA TIDAK AKAN DIBERIKAN BEG & BUKU TEKS PENGAJIAN.
BAGI CALON YANG GAGAL HADIR KE MAJLIS PENDAFTARAN INI DI KIRA
SEBAGAI TIDAK BERMINAT DAN PERMOHONAN MASUK AKAN DITOLAK.
|
|
SIMPOSIUM PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEMALAYSIA
Saya menerima panggilan bertalu-talu daripada ahli yang tidak pernah
merawat atau merawat sikit-sikit namun berminat menyertai simposium.
Demi mengelakkan kekeliruan saya ingin mengatakan sekali lagi
(muktamad) bahawa yang dimaksudkan perawat ialah yang memenuhi kriteria
berikut:
1. Ahli Darussyifa' yang berkhidmat sebagai perawat di mana-mana Pusat
Rawatan Darussyifa' yang berdaftar dengan Darussyifa’ Pusat.
2. Mempunyai kad perawat yang sah serta nombor keahlian.
3. Disahkan oleh ketua pusat rawatan tempat dia memberi khidmat.
4. Telah mengisi borang permohonan untuk mendapatkan kad rawatan dan
telah diperakukan oleh ketua pusat rawatan. Bagi permohonan yang masih
dalam proses kelulusan oleh Darussyifa' Pusat juga boleh dianggap
sebagai perawat.
Pendaftaran untuk menghadiri simposium ini adalah secara berkelompok.
Sepanjang sesi peserta dikehendaki memakai kad perawat. Justeru itu
ahli yang tidak pernah merawat atau belum menjalani praktikal merawat
atau merawat secara sikit-sikit atau secara kecil-kecilan dan tanpa
merujuk kepada mana-mana pusat rawatan masih belum boleh dianggap
sebagai perawat yang memenuhi kriteria. Kepada ahli yang tidak memenuhi
pensyaratan tersebut, bolehlah menyertainya pada masa-masa akan datang
setelah menjadi perawat. Penyertaan adalah terhad dan berilah peluang
kepada mereka yang benar-benar merawat.
Sekian
Dr. Abdullah Yusuf
Pengarah Simposium
|
|
BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN (TERBITAN 2011)
|
|
Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita
|
|
SOALAN YANG SELALU DITANYA
==============================================
SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH ORANG RAMAI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI ==============================================
1. Adakah saya perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Darussyifa'? Jawapannya: TIDAK, Sila datang terus ke Darussyifa' mengikut waktu rawatan di Jadual Rawatan (Klik Di Sini) 2. Berapakan bayaran yang dikenakan untuk setiap rawatan? Jawapannya: TIDAK ADA BAYARAN. Perkhidmatan adalah PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa'. |
|
BUKU RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM
|
|
DOA' PILIHAN
Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)
Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.
|
|
PENAFIAN:
KENYATAAN
PENAFIAN
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam
Darussyifa' tidak mempunyai hubung kait dengan Pusat Perubatan Syifa’
Al-Hidayah yang terletak di Sungai Pusu, Gombak.
Artis terkenal tanahair yang bernama Saudara Ashraf Muslim juga tidak
pernah menjadi ahli Darussyifa'.
Kenyataan ini dibuat kerana beberapa blog telah melaporkan bahawa
Saudara Ashraf Muslim sekarang terlibat dengan rawatan Islam
Darussyifa' Gombak.
Sekian, dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Haji Jufry di 019-363
4124
|
|
|
|
|
Kenyataan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
"Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu." - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Friday, 18 November 2011 (957 kali dibaca)
|
|
“APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM” |
|
|
HALAQAH
TV9 - “APA ERTINYA SAYA MENGANUT
ISLAM”
Program Halaqah TV9 yang disiarkan
pada 15-Nov-2011 (Selasa)
jam 10:00 mlm hingga 11:00 mlm menampilkan dua orang ahli panel iaitu
Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Dr. Hassan Ali.
Untuk mengikuti rakaman video
rancangan ini sila klik di
youtube di bawah ini.
Nota:
Rancangan ini mengambil masa 51 minit dan
dibahagikan kepada 4 bahagian;
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 2641 byte lagi | Nilai: 4.6)
Dikirim oleh admin pada Thursday, 17 November 2011 (649 kali dibaca)
|
|
|
Guruku
Engkaulah permata di pandangan
Lemah tubuhmu lesu kelihatan
Lantaran ujian kebesaran tuhan,
Namun Semangatmu teguh meyakinkan
Wajahmu bersinar dalam kesakitan
Guruku
Jika dapat ku rasai dan dikongsi
Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji
Ku tawar diri sebagai galang ganti
Tanda cinta ku menjunjung ilahi
Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
Sempit dadaku menahan sebak lara
Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa
Guruku
Jasamu pada kami tiada tandingan
Tiada harga sebagai nilaian
Redhai kami ampunkan kesalahan
Semoga Allah kurnia balasan
Guruku
Dirimu yang ku rasakan
Mengenalimu suatu kelebihan
Mendekatimu suatu keindahan
Mencontohimu suatu kepuasan
Ceria tawamu suatu kebahagiaan
Keresahanmu suatu igauan
Penderitaanmu suatu keperitan
Kesakitanmu suatu kesedihan
Ketabahanmu suatu perjuangan
Guruku
Engkaulah bapa engkaulah teman
Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
Tidak tergapai jejak langkahmu
Namun ku cuba sedaya mampu
Guruku
Budimu menggunung tidak terkira
Seiring bapaku yang memelihara
Engkaulah harta anugerah yang esa
Tidak terbayang jika engkau tiada
Guruku
Terima dan redhakanlah akan hamba
Walau tercalit cacat dan cela
Walau pernah terguris rasa
Walau pernah memendam nestapa
Guruku
Janji setia telah ku lafazkan
Pesananmu padu ku genggam
Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu
Nama mu akan ku pertahankan
Guruku
Di saban waktu aku menyembam
Kepada tuhan sekelian alam
Agar dirimu diberi peliharaan
Buat menyambung tugasan ehsan
Mendidik kami di serata alam
Nukilan rasa
Abu Nasih
Pusat
Rawatan Darussyifa' Rawang
No Ahli 0648
14 Zulhijjah
1432 / 10 November 2011
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Tuesday, 15 November 2011 (305 kali dibaca)
|
|
BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM |
|
Sumber: Sila Klik Di Sini
BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM: Y. BHG. DATO' DR. HARON DIN |
| Written by ICTpptm | | Tuesday, 01 November 2011 |
Program “Bual Bicara” adalah merupakan satu bentuk program santai dan tidak terlalu formal jika hendak dibandingkan dengan lain-lain majlis keilmuan seperti konvensyen, seminar, polemik, dialog dan sebagainya. Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada golongan peringkat pertengahan merangkumi para pelajar IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s), persatuan-persatuan dan individu-individu yang berminat. Program ini diadakan secara kerjasama diantara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah Unit Tamadun Islam dan Tradisi Ilmu,Bahagian Adat-Adat Melayu dan Warisan, Pusat Rawatan Perubatan Islam (Darussyifa) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang yang berkenaan. TUJUAN/OBJEKTIF Antara tujuan utama Program “Bual Bicara” ini diadakan adalah sepertimana berikut :- Ø Mengetengahkan tokoh-tokoh di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu keagamaan dan dakwah Islamiah. Ø Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh keagamaan di negeri Selangor kepada masyarakat umum. Ø Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu agama Islam oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Selangor. Ø Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap peranan, sumbangan dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh golongan ulama dan para cendiakawan Islam. TARIKH DAN LOKASI Program ini akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :- Tarikh : 10 November, 2011 (Khamis) Tempat : Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. AHLI PANEL Ahli-ahli panel yang dicadangkan bagi menjayakan majlis berbentuk keilmuan tersebut adalah sebagaimana berikut :- Ø PANEL 1 · Y. Bhg. Ustaz Hamdan b. Muda – Sahabat Y. Bhg. Tuan Guru · Y. Bhg. Ustazah Salwa bt. Haron - Anak Y. Bhg. Tuan Guru Ø PANEL 2 Y. Bhg. Dr. Abdullah bin Yusof (Panel 2) Pengamal Perubatan di Darussyifa’Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Ø PANEL 3 Y. Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din (Tokoh) Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Pengubatan Islam (Darussyifa’)/Timbalan Mursyidul Am PAS Ø Y. Bhg. Ustaz Khadher bin Ahmad (Moderator) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Untuk Keterangan Lanjut,sila hubungi: 1)Puan Rohayu bte Mohd Yunus Tel:0123090344 Emel: rohayu@padat.gov.my 2)Encik Mohd Sani bin Hj Suradi Tel:0163130430 Emel: sanie@padat.gov.my |
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 6977 byte lagi | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Thursday, 03 November 2011 (704 kali dibaca)
|
|
PENGUMUMAN: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung |
|
|
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung (30-Julai-2011)
Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengalami serangan sakit jantung sejak hari Sabtu, 30-Julai-2011. Beliau sekarang sedang mendapat rawatan di Institute Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Justeru itu, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bulan dimana doa sangat mustajab, marilah kita sama-sama lakukan solat hajat dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.
Doa Untuk Tuan Guru
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.
Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Kami bermohon kepada Allah yang maha agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami , ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Amin.
Berikut adalah maklumat terkini yang diterima daripada anak sulung dan anak ketiga Tuan Guru (Dr. Huda & Puan Salwa).
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 9917 byte lagi | PENGUMUMAN | Nilai: 4.85)
Dikirim oleh admin pada Thursday, 04 August 2011 (5171 kali dibaca)
|
|
Majlis Pengijazahan Darussyifa' Pusat Kumpulan 22, 2-Januari-2011 |
|
MAJLIS PENGIJAZAHAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI KUMPULAN 22 Majlis pengijazahan telah diadakan pada 2 Januari 2011 (27 Muharam 1432H) di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din .
Seramai 243 graduan yang terdiri daripada 180 muslimin dan 63 muslimat telah diijazahkan oleh YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tenghari.
Berikut adalah gambar gambar majlis pengijazahan
Pendaftaran Graduan Muslimin
Pendaftaran Graduan Muslimat
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 4067 byte lagi | Nilai: 4.5)
Dikirim oleh admin pada Saturday, 05 March 2011 (2949 kali dibaca)
|
|
Tuan Guru Masuk Ke Dalam Kaabah Kali Ketiga |
|
|
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menjadi Tetamu Kerajaan Arab Saudi Memasuki Kaabah Kali Ketiga
Pada hari Selasa, 21-Disember-2010M bersamaan 15-Muharam-1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh), Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah.
Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13-Julai-2010).
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 1664 byte lagi | Nilai: 4.8)
Dikirim oleh admin pada Wednesday, 22 December 2010 (7466 kali dibaca)
|
|
TG Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor |
|
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H |
Ismail Hashim | SHAH ALAM, 7 Dis: Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
|
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 6638 byte lagi | Nilai: 0)
Dikirim oleh admin pada Tuesday, 07 December 2010 (2034 kali dibaca)
|
|
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANGI SESSI 2011 |
|
|
PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM
PERHATIAN: Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;
Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad) Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.
2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 4030 byte lagi | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Saturday, 25 September 2010 (7039 kali dibaca)
|
|
Majlis Eidul Fitri di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (12-Sep-2010) |
|
Majlis Ringkas Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 2010 Di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Ahad 12-Sep-2010 @ 8:00 Mlm ~ 10:30 Mlm) Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah mengadakan majlis ringkas Sambutam Hari Raya Eidul Fitri di rumah beliau pada hari Ahad, 12-Sep-2010 bersamaan 3-Syawal-1431H dari jam 8:00 malam hingga 10:30 malam. Majlis ini telah diadakan di halaman belakang rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tuan Guru kelihatan begitu sihat dan ceria di majlis ini. Dalam Majlis ringkas ini Tuan Guru telah menyampaikan ucapan selama 22 minit menceritakan tentang proses yang telah beliau lalui ketika rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA. Untuk mendengar ucapan Tuan Guru ini sila <<< KLIK DISINI>>> .jpg) Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Sedang Menyampaikan Ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Di rumah Beliau .jpg)
Di antara tetamu yang turut hadir ialah Ustaz Dato' Ismail Kamus
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 5505 byte lagi | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Monday, 13 September 2010 (2919 kali dibaca)
|
|
PERKEMBANGAN RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI USA |
|
|
PERKEMBANGAN TERKINI RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA USA
Kemaskini: Sabtu 11-Sep-2010 (2-Syawal-1431H) @ 3:26 PM
 Standford University Medical Centre  31-Ogos-2010 @ 9:00 Pagi Tuan Guru Berjalan Masuk Ke Standford Hospital Untuk Menjalani Pemeriksaan Awal  1-Sep-2010 @ 7:45 Pagi Sedang Menunggu Untuk Pendaftaran Prosedur Angiogram
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 33480 byte lagi | Nilai: 4.5)
Dikirim oleh admin pada Thursday, 02 September 2010 (6074 kali dibaca)
|
|
Video & Gambar Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Ke California |
|
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Dari KLIA Ke California Untuk Rawatan Jantung (28-Ogos-2010)
28-Ogos-2010 KLIA, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ditemani Isteri, anak-anak dan menantu bertolak dari KLIA untuk ke Stanford Hospital, California USA. Penerbangan dari KLIA ke San Francisco, California mengambil masa 22 jam dengan transit di Singapura dan Manila. Lebih 200 orang ahli-ahli Darussyifa' muslimin & muslimat, ahli keluarga serta saudara mara menghantar beliau di KLIA. Sebelum memasuki bilik berlepas khas VIP, Tuan Guru bersalaman dengan semua muslimin yang hadir diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hamdan. Setelah bacaan doa Tuan Guru menyampaikan ucapan. Untuk mendengar lafaz doa dan ucapan Tuan Guru ini sila ke link berikut http://www.youtube.com/watch?v=ka8zBtOVlQs
 Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menitiskan Air Mata Ketika Doa' Dibacakan
 Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menyampaikan Ucapan
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 4628 byte lagi | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Sunday, 29 August 2010 (3090 kali dibaca)
|
|
MERAWAT BANGUNAN MAKTAB TERTERA DIRAJA SUNGAI BESI |
|
MERAWAT BANGUNAN MAKTAB TERTERA DIRAJA SUNGAI BESI Pada 14 Julai 2010, seramai hampir 40 orang perawat dari Darussyifa' telah pergi ke Maktab Tentera Diraja Sungai Besi bagi melakukan rawatan terhadap bangunan yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus.
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 1272 byte lagi | Nilai: 4.54)
Dikirim oleh admin pada Sunday, 01 August 2010 (9336 kali dibaca)
|
|
MAJLIS TAHLIL ARWAH BEKAS AHLI-AHLI DARUSSYIFA’ |
|
MAJLIS TAHLIL ARWAH BEKAS AHLI-AHLI DARUSSYIFA’ Pada 7 Julai 2010, Darussyifa Bandar Baru Bangi telah mengadakan satu majlis tahlil kepada arwah ahli-ahli Darussyifa’ yang telah kembali ke Rahmatullah. Majlis ini dipimpin oleh Tuan Guru sendiri. Majlis bermula selepas Maghrib dan setiap yang hadir dikehendaki membaca sejuzuk Al-Quran ataupun yasin. Seekor lembu ditumbangkan bagi menjamu hadirin yang hadir.
|
|
(Klik disini untuk baca sambungannya... | 1383 byte lagi | Nilai: 5)
Dikirim oleh admin pada Friday, 30 July 2010 (2038 kali dibaca)
|
|