Mufti Wilayah, Pakar Undang-undang dan Pakar Perubatan dilantik Ahli Lembaga Penasihat

Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah melantik tiga orang penasihat baru bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di Hospital Standford, San Francisco, Amerika Syarikat. Tiga orang yang dimaksudkan itu ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Pakar Perunding Otorhinolaryngologi Hospital Serdang, Dr Mohamad Doi

Datuk Dr Zulkifli berperanan sebagai penasihat dan rujukan dalam hal berkaitan agama. Datuk Zainul Rijal pula dipertanggungjawab memberikan pandangan dan nasihat dalam hal berkenaan undang-undang. Dr Mohamad bertanggungjawab untuk memberikan pandangan dan nasihat berkaitan perubatan moden.

Mereka dilantik secara rasmi dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Bangunan Darussyifa’ Malaysia di Bandar Baru Bangi. Pengerusinya Abdul Rahman Ahmad berkata “Pelantikan itu dibuat setelah mendapat persetujuan Pengarah-pengarah Darussyifa’ Negeri berdasarkan ketokohan, bidang, kemahiran serta peranan dalam komuniti. Kemudian dibentangkan pula dalam mesyuarat Jawatankuasa Darussyifa’ Pusat serta mendapatkan pandangan daripada kesemua panel Penasihat tersebut”.

Pelantikan ini amat penting demi meneruskan dakwah melalui perubatan Islam, sekali gus memperkasakan lagi perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana setelah ketiadaan Dato’ Dr. Haron Din yang merupakan Pengasas dan juga Penasihat dalam segala urusannya sebelum ini, Darussyifa’ kini memerlukan satu pihak atau individu yang berautoriti dalam memberi nasihat bagi tiga hal utama iaitu agama, undang-undang dan perubatan moden.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Tanggungjawab itu berat kerana Allahyarham Datuk Haron Din mahu Darussyifa menjadi institusi perubatan Islam terkemuka di dunia”.
Datuk Zainul Rijal, “Sebagai anak murid Allahyarham, saya komited meneruskan usaha menggemilangkan institusi dalam mendepani cabaran semasa terutamanya yang berkaitan undang-undang. Selain itu Tuan Guru yang mahu saya ‘tengok-tengokkan’ Darussyifa’ jika beliau telah tiada”.
Dr Mohamad, “Perlantikan itu merupakan satu pengiktirafan namun sedar tanggungjawab besar menanti kerana Darussyifa’ merupakan satu nama besar yang perlu terus dipertahan dan diperteguhkan”.

 

 

 

 

 

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *