Majlis Ramah Mesra : Penasihat bersama Penggerak Darussyifa’ Malaysia

BANGI, 24 Fabuari : Satu majlis ringkas telah diadakan bagi memberi peluang kepada Ahli Lembaga Penasihat beramah mesra bersama pengerak-pengerak Darussyifa’ Malaysia yang diwakili oleh Ketua-ketua perawat, Pengarah Negari, dan juga Jawatankuasa Pusat-pusat Rawatan Kecil  Darussyifa’ dari seluruh Malaysia.

Di dalam pertemuan ini, ahli Lembaga Penasihat dan hadirin yang hadir telah dibentangkan dengan perkembangan-perkembangan terkini Darussyifa’ Malaysia. Beberapa lontaran soalan, pandangan serta nasihat yang diperoleh bersama dalam majlis berkenaan sedikit sebanyak membuka ruang kesefahaman yang merapatkan lagi silaturrahim setiap komponen di dalam Darussyifa’ sendiri. Ia dilihat sebagai sebuah perjalanan yang sangat positif dalam menuju ke arah memartabatkan pengubatan Islam ke peringkat global.

About Author

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =