Rawatan Islam Adalah Fardhu Kifayah

BANGI, 23 Sept: Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri menyatakan kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan oleh Darussyifa merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah dan benteng bagi umat Islam daripada kaedah rawatan yang bercanggah dan syirik.

Dr Zulkifli juga mengingatkan ahli agar sentiasa teguhkan diri untuk berpegang dengan syariat Allah serta bermujahadah untuk membuang segala sifat mazmumah dan mengamalkan sifat mahmudah di dalam diri kerana perawat perubatan perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah. Perawat hanyalah asbab kepada kesembuhan sedang pemilik hakikinya adalah Allah.

Ini mengingatkan kita dengan kata-kata almarhum Tuan Guru Haron Din yang menyifatkan bidang rawatan Islam ini adalah jihad melawan syirik dan khurafat.

Usaha gigih yang dibuat oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din sejak lebih 30 tahun yang lalu juga insya Allah menjadi sedekah jariah untuk Tuan Guru dan ahli Darussyifa yang lain.

Beliau merupakan salah seorang Penasihat Darussyifa menggantikan Almarhum Tuan Guru berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Perubatan, Pengubatan, & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang ke-28 di Darussyifa Pusat di Bangi.

Mesyuarat kali ini diadakan tanpa kehadiran Tuan Guru yang dijemput Ilahi pada 16 September 2016. Ia juga berlangsung tanpa kehadiran Pengerusi Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad yang masih berada di Tanah Suci kerana mengerjakan haji.

Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 250 orang perwakilan berlangsung dengan lancar dan penuh keakraban di kalangan ahli.

Ucapan perasmian penuh boleh ditonton melalui video di bawah:

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *