JENIS RAWATAN PENYAKIT

 

JENIS RAWATAN PENYAKIT

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Oleh itu kami di Darussyifa’ dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa’ dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.

1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

About Author

About Author:

66 Comments

  1. Adakah Darussyifa menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan tradisional ubtuk seseorang yang mungkin sedang mengalami gangguan makhlus halus secara terus melalui telefon?

      1. Waalaikumussalam wbt. Tuan, sila klik pautan Senarai Pusat Rawatan di laman utama website.

  2. Assalamualaikum Encik,

    Saya mempunyai adik lelaki yang kini berusia lebih kurang 25 tahun umurnya. Dia yang kini tinggal bertiga dengan kedua ibu bapa saya di kampung (Paka – terengganu). Dia mempunyai masalah gangguan emosi dan sikapnya yang selalu pemarah dan baran terhadap kedua orang tua saya dan adakalanya dia juga mengugut untuk mencederakan kedua ibubapa dan ini mengakibatkan mereka berdua sentiasa berada didalam keadaan terancang. Saya yang berkerja di bandar kemaman sering berasa bimbang terhadap keselamatan mereka. Saya dan ibubapa sudah buntu untuk menyelesaikan masalah kesihatan adik saya ini. Saya ingin mendapat rujukan dan cadangan dari pihak Tuan dalam menangani masalah ini. Pertolongan dan jasa dari pihak amatlah kami hargai.. Terima Kasih – Abdul al hafis (013 981 6685)

    1. Waalaikumussalam wbt. Adakah pihak tuan pernah merujuk kes ini ke pakar psikiatri? Jika sudah, inshaAllah kita boleh iktiarkan dengan kaedah ruqyah.

    1. Waalaikumussalam wbt. Kanak-kanak yang kerap menangis boleh dikelaskan kepada dua. Pertama kerana masalah fizikal (sakit yang disebabkan oleh anggota fizikal seperti kembung perut, sembelit, terseliuh atau kecederaan dalaman yang tak terlihat). Kes sebegini, dinasihatkan agar ibu bapa berjumpa dengan pakar perubatan terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan pada anak tersebut. Kedua adalah disebabkan masalah gangguan spiritual. Jika pemeriksaan pakar perubatan tidak mendapati sebarang tanda-tanda sakit pada anak tersebut, boleh dikatakan ia angkara gangguan spiritual. Untuk menangani masalah ini, kaedah rukyah dan bahan (herba) tertentu akan digunakan. Puan boleh merujuk ke Pusat Rawatan Darussyifa’ yang terdekat.

  3. Assamualaikum Ustaz. Saya sudah habis ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit saudara lelaki saya ini (“Saudara A”). Saudara A telah berkahwin selama 7 tahun dan sudah mempunyai 3 orang cahaya mata. Sikap panas baran yg melampau masih tidak dapat disembuhi walaupun bersudah berkahwin. Saudara A kerap kali mengamuk, mudah marah dan kerap kali maki hamun isterinya, ibunya dan 3 anak2nya masih kecil (berumur 3 hingga 6 tahun). Ibu dan anaknya yg berumur 6 tahun itu sering kali dimarahi oleh saudara A dgn kata2 kesat seperti “pergi mampus” , “babi” , dan lain lain. Kejadian seumpama ini sudah semakin menjadi-jadi terutama sikap barannya terhadap anak2nya yg masih kecil. Minta tolong sangat Uztaz untuk menolong saya mengubati penyakit saudara A yang Saya lihat seperti Ada gangguan emosi.

    1. Waalaikumussalam wbt. Puan boleh datang ke Darussyifa’ berdekatan. Sebaiknya bawa bersama Saudara A yang panas baran tersebut untuk dirawat. Jika pesakit tersebut enggan datang bersama, Insha Allah kita usahakan dengan air penawar dahulu. Moga terbuka hati beliau untuk menerima rawatan.

  4. Bini tinggal kan rumah dr 10 hari sebelum raya..dan taknk balik..bergaduh mulut dan die diambil oleh ibubapa dan duduk bersama mereka di Mantin. Hingga hari ni die berbelah bagi..kejap ok sayang belai,sesentuh saya..tapi sehari lepas tu die akan jadi menentang pulak.sikit2 marah. Saya setia,tak pandang org lain..dia juga begitu..tapi degil n asyik nk lawan cakap saya walau benda kecik.saya perlu bantuan..i dah tak menentu otak dan fikiran saya.. kami ada 2 org anak ,kawin dah 6 tahun.saya tinggal di Ampang. Ampang indah .

  5. Assalamualaikum, saya berumur 22 tahun. Saya nak tanya saya ni dah tanggung penyakit sawan dah lebih 2 tahun. Saya kerap pengsan tanpa sebab dan sedar dalam keaadan bingung dan susah bernafas, pada mulanya saya pengsan dan mulut berbuih, saya perlukan bantuan kerana benda ni menganggu kerja dan kepercayaan pengurus di tempat kerja saya. Ini menyebabkan saya banyak hilang kerja dan tertekan. Saya sendiri tidak tahu punca kenapa saya boleh terkena penyakit sawan. Keturunan & keluarga saya tiada seorang pun yang ada penyakit sawan.

    1. Waalaikumussalam wbt. InshaAllah boleh. Kita hanya berikhtiar, Kesembuhan milik Allah swt. Tuan boleh datang ke Cawangan Darussyifa’ yang berhampiran.

  6. Assalamualaikum. Nak tnye. Sya ade buat rawatan dkt darussyifa’. Mase sya buat rawatan tuh, ustazah ade urut dekat dada dan ianya sakit. Nk tnye, adekah klo sakit dekat dada sbb tekanan tuh buat ‘bende’ tuh ade kt diri kite?

    1. Waalaikumussalam wbt. perkara melibatkan rawatan ini terlalu subjektif. Ini kerana makhluk yang mengganggu boleh berpindah-pindah tempat di dalam badan pesakit. Sakit/simptom yang melibatkan gangguan juga ada berbagai-bagai kerana makhluk jin ini ada berbagai jenis. Kebiasaannya perawat akan mempraktikkan kaedah berdasarkan pengalaman beliau merawat disamping memastikan kaedah yang digunakan tidak bercanggah dengan syarak sama sekali. Harap jawapan dapat membantu.

  7. saya merasakan jodoh sy agak sukar. telah kenal beberapa orang tapi tak menjadi dan semua pergi membawa diri senyapkan diri dengan tiba-tiba. sampai sekarang saya hilang semangat diuji berkali2 hal yang sama. adakah boleh sy dtg ke pusat ini berubat tentang jodoh dan tentang hilanh semangat sy ni..

    1. InshaAllah boleh. Cik boleh datang ke Darussyifa’ terdekat dan ceritakan masalah ini kepada perawat kami. Kita berikhtiar, kesembuhan hanya milik Allah swt.

  8. Assalamualaikum…saya ingin bertanya tentang masalah rumahtangga saya..saya dah berkahwin selama 6 tahun dan ada seorang anak..tapi malangnya, saya dah 3-4 tahun tidak ‘bersama’ isteri saya..isteri mengatakan dia tiada nafsu terhadap saya..mungkin disebabkan saya agak panas baran dan kuat marah dulu tapi alhamdulillah saya dah kurangkan sikap pemarah saya..saya masih lagi bersabar sebab saya sayangkan isteri & anak saya..mohon bantuan apa cara yg perlu saya buat untuk kembalikan kebahagiaan hidup berumahtangga saya ni..

    1. Waalaikumussalam wbt. Tuan boleh datang ke Darussyifa’ terdekat bersama isteri. InshaAllah kita cuba ikhtiarkan dengan kaedah ruqyah. Kami juga cadangkan tuan dan isteri rujuk masalah ini ke Unit Kaunselor Jabatan Agama Islam. Berkemungkinan juga ini melibatkan masalah komunikasi dalam rumahtangga yang perlu diselesaikan melalui kaedah kaunseling. Harap dapat membantu.

  9. Saya bermasalah jodoh. Semua yang dikenalkan tak kekal. Seperti mereka tidak berminat. Sehingga sy rasa wajah sy hodoh. Ibu bapa mengatur pertemuan dengan seseorg jgk pasti tak akan menjadi. Seolah2 mereka tidak berminat. Sy jd rendah diri hingga sy rasa sy sbnrnya hodoh. Adakah mslh dr sy sndiri atau ada gangguan. Ada cara untuk menyelesaikan masalah berat jodoh sy ini?

    1. Di Darussyifa’ kami ada kaedah rawatan bagi masalah yang melibatkan jodoh. Cik boleh rujuk ke Cawangan Darussyifa’ yang terdekat. Sila lihat senarai Pusat Rawatan Darussyifa’ di sini.

  10. assalamualaikum ustaz , sy mngalami sakit satu badan dan tubuh sy semakin hari semakin lemah . Berat badan sy pun turun mendadak sbyk 5kg dlm masa 3 bulan . Sy pernah buat pemeriksaan kesihatan di klinik & hospital tp katanya sy sihat saja sdgkn sy asyik rasa sakit . Adakah ustaz boleh menolong sy ?

  11. ASSALAMUALAIKUM ustaz saya nak brtanya ni?sejak kebelakangan ini ibu saya tak dapat tidur dah lebih seminggu tak dapat lenakan mata.Dah jumpa doktor tapi doktor kata takda apa2 doktor cuma bagi ubat sakit kepala.Ustaz boleh tolng tak ibu saya.ibu nak tidur sungguh susar

    1. Waalaikumussalam wbt. Puan boleh bawa ibu ke Cawangan Darussyifa’ terhampir. Di Darussyifa’, kami ada qaedah untuk merawat sakit sukar tidur. inshaAllah kesembuhan milik Allah.

    1. Waalaikumussalam wbt. InshaAllah di Darussyifa’ kami ada kaedah untuk merawata sawan. Puan boleh rujuk ke Cawangan Darussyifa’ terhampir. Sila lihat senarai pusat rawatan Darussyifa’ di sini.

  12. Anak saya dah masuk 3 tahun tapi still xdapat bercakap dgn betul dan die susah untuk fokus (susah untuk duduk diam). Saya ade menghantar anak saya ke pusat terapi kanak2 dan pada masa yg sama saya ade juga mengamalkan bacaan Al fatihah dan surah2 pada setiap malam sambil mengurut kepala dan bdan anak saya. Anak saya biasa menangis bila saya bacakan surah walaupun sebelum tu die ok saje main. Jadi dari pandangan tuan ada x kes2 sebelum ni yg berkait dgn perkembangan kanak2 dgn rawatan islam? Walaupun saya tau child development ni common pada masa ini tapi saya nak gak pendapat dari sudut rawatan islam

    1. Untuk kes seperti ini, kami galakkan ketika anak sedang tidur, ibu/bapa membaca Surah At-Taha: Ayat 1-5, kemudian tiupkan ke ubun-ubun anak. Amalkan dan lihat perubahan anak. Tuan juga boleh datang ke Cawangan Darussyifa’ untuk mencuba kaedah ruqyah dan mendapat nasihat daripada perawat-perawat.

  13. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Saya menghadapi penyakit GERD selama 3 atau 4 minggu berturut-turut. Muntah & pening walau makan sikit tetapi kerap. Adakah penyakit saya ini boleh dirawat sepenuhnya di Darussyifa’ eh?

    1. Sila rujuk masalah puan ke Cawangan Darussyifa’ berhampiran. InshaAllah kami cuba bantu. Darussyifa’ juga pernah menerima pesakit yang mengalami masalah gangguan sukar tidur. Alhamdulillah masalah dapat diatasi. Kita hanya berikhtiar, Segala kesembuhan hanya milik Allah swt. Untuk senarai Pusat Rawatan Darussyifa’, sila klik di sini.

  14. Assalamualaikum..
    Akak sye sekarang ada masalah dengan suami yang suka membuat fitnah pada die. Apabila diselidik perkara ini sudah berlaku selama 2 tahun lebih dan banyak lagi perilaku tidak elok suami die pernah buat yang kami sekeluarga dapat korek. Pendek kate, selayaknye akak merasa benci segala perbuatan abang ipar. Yang menjadi pelik, apabila sudah nekad nak bercerai, akak seperti beriya sangat nak berbaik dengan abang ipar semula. Ada tak cara sama ada akak saya ini sebenarnya sangat sayang abg ipar atau disihir?

    1. Waalaikumussalam wbt. Jika puan merasakan disihir, di Darussyifa’ memang ada rawatan bagi masalah tersebut. Sila rujuk ke Cawangan Darussyifa’ terhampir di sini. InshaAllah kesembuhan itu milik Allah. Kebiasaannya, masalah rumahtangga ini lebih kepada masalah sikap dan toleransi pasangan. Kami cadangkan dalam masa yang sama, elok dirujukkan pasangan tersebut ke Unit Kaunselor Jabatan Agama Islam. InshaAllah mereka juga boleh membantu untuk selesaikan jika masalah disebabkan oleh sikap, toleransi, dan ketidaksefahaman pasanga tersebut. Harap jawapan dapat membantu.

  15. anak lelaki saya berumur 3 tahun setengah telah di diagnos doktor sebagai autisme.anak saya mmg lain kelakuannya dari kanak2 sebaya dengannya.boleh kah darussyifa berbuat sesuatu untuk menolong saya?

    1. InshaAllah boleh. Puan boleh bawa anak ke Cawangan Darussyifa’ yang berhampiran. InshaAllah kita usahakan dengan kaedah ruqyah dan buat air

    2. InshaAllah boleh. Puan boleh bawa anak ke Cawangan Darussyifa’ yang berhampiran. InshaAllah kita usahakan dengan kaedah ruqyah dan buat air penawar untuknya. Sila rujuk alamat Darussyifa’ berhampiran di sini.

    3. Waalaikumussalam wbt. Pernah tuan. InshaAllah kita cuba ikhtiarkan. Kesembuhan hanya milik Allah swt. Sila rujuk Cawangan Darussyifa’ berhampiran.

    1. Waalaikumussalam wbt. InshaAllah boleh diubati. Tuan boleh datang ke cawangan Darussyifa’ berdekatan. Sila rujuk Page Senarai Pusat Rawatan di sini

  16. Assalamualaikum Ustaz..ustaz anak saya berumur 4 tahun akan menangis dan menjerit sambil tutup telinga .Ia terjadi setiap kali waktu maghrib pd awal nya.Tetapi sekarang sudah tidak kira masa.Berat badan nya turun mendadak.
    Dia sering berkata sesuatu sedang bising di telinga nya dan dududuk di belakang nya.Saya akan memasang kan ayat tuqyah supaya dia dpt di tenang kan sambil memeluk nya.Ada kah sebarang cara untuk menghenti kan dari gangguan ini terus berulang.Dia sgt menderita Ustaz.Harap dapat menyembuh kan anak saya ..Uztaz.

  17. Assalamualaikum
    Saya ada soalan…
    saya mengalami beberapa gangguan
    -Takut bila ingin tidur
    -Sedih apabila hampir waktu magrib dan keatas
    -Ada sesuatu yang menggerakkan saya apabila saya tidur diwaktu malam
    -Merasakan ada benda melihat ketika ingin tidur
    -Rasa Sejuk pada hujung jari kaki dan tangan
    -Bermimpi Sesuatu yang sedih sehingga mengeluarkan air mata dan terbawa bawa dalam kehidupan seharian
    -Bermimpi Melihat makhluk berbadan manusia dan berkepala kambing datang dan mengelilingi diri dan duduk bertenggek dihadapan…
    -Gelisah Melampau bila hampir tiba waktu magrib.

    Adakah saya perlu segera pergi merawat atau tidak menghiraukan sehingga perkara tersebut hilang sendiri?

    Terima Kasih Dan Assalamualaikum

    1. Waalaikumussalam wbt. Merujuk kepada permasalah tuan/puan, tanda-tanda tersebut adalah tanda bagi masalah gangguan. Ianya perlu dirawat bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi semakin serius. tuan/puan boleh mendapatkan rawatan di Darussyifa’ yang terdekat. Sila rujuk menu Senarai Pusat Rawatan bagi mendapatkan maklumat alamat yang terdekat.

  18. Assalamualaikum Ustaz/ustazah . Saya nak tanya . Kenapa bila bukak ayat quran saya rasa nervous , sakit pala teros saya rasa nak nangis . Pastu suami saya pulak kerap mimpi benda aneh . Baru2 ni dia mimpi dia gali kubur bayi dikawasan perkuburan tu penuh batu nisan yg jarak dekat2 mcm jnazah dlam tu smua bayi . Sya tngah mngandung 38minggu harini . Apa maksud semua ni ustaz/ustazah ? Perlu ke saya hadir ke darulsyifa utk lebih lanjut ?

    1. Waalaikumussalam wbt. Merujuk kepada permasalahan yang puan hadapi, tanda-tanda yang disebutkan mirip kepada masalah gangguan. Sejauh mana gangguan yang puan hadapi, Wallahu a’lam. Kami sarankan supaya puan dan suami datang ke Darussyifa’ yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. InsyaAllah perawat-perawat kami akan membantu dengan Izin Allah SWT. Sila rujuk menu Senarai Pusat Rawatan untuk alamat yang terdekat.

  19. Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Saya nak tanya, saya dah kahwin hampir 3 tahun. Tapi tidak ada rezeki dikurniakan zuriat. Kami suami isteri dah buat checkup dihospital, dan result nya alhamdulillah okay. Saya ada dapat nasihat dari beberapa saudara terdekat untuk berubat menggunakan kaedah islamik pula. kadang2 saya macam tkde perasaan dekat suami tu. tp saya diamkan aje. tk pernah bagitahu suami. dan saya juga mengalami sakit2 badan. walaupun dah urut, selang beberapa hari mesti akan datang lagi. Apa pendapat ustaz/ustazah tentang masalah saya? Perlu ke saya hadir ke darulsyifa utk lebih lanjut ? atau ada pendapat lain?

    1. Waalaikumussalam wbt. Puan, dalam hal ini, puan dan suami perlu datang ke Darussyifa bersama. Memang terdapat kes sukar mendapatkan zuriat disebabkan gangguan spiritual. Tetapi bukan semua yang tidak dapat zuriat disebabkan gangguan. Biasanya perawat akan membacakan ayat penyubur. Jika puan ingin ke Darussyifa, sila bawa bersama dua utas akar jejawi yang saiznya sama panjang dengan tinggi suami, dan tinggi isteri bagi tujuan rawatan tersebut.

  20. Saya berusia 28 tahun, sejak kecil syg suka mengaji, solat, ketika usia saya berusia 12 tahun iaitu darjah enam sy sudah bgun pagi untuk solat hajat dan tahajud.. lepas tamat sekolah, berusia 18 tahun, sy sambut study di universiti.. ketika itu sy dah mula mls solat, bila tamat U, sy jd murung, sy x makn, sy lebh suka duduk bilik seorang diri, tak boleh tidur mlm, suka bersedih dlm bilk.. boleh di katakan sy gemar ddk dlm bilik dr keluar bersembabg dengan family… mmg sy kemurungan sb telah putus cinta selepas tamat U… selain dr itu, sy kerap bercakap kasar dan bernada tinggi terhadap mak dan abah sy.. sy pernah merawat di tempat encik, iaitu darul syifa bangi, lepas rawatan hati saya, muka sy semua rasa dpt rasa tenang-setenangnyaa.. dah diberikan daun untuk sy mandi , tetiba bila sy smpai rumah, terus saya lupa nk mandi, and terus kembali kepada diri sy yg lama.. sekarang muka sy makin cengkung, kurus kering, muka sy dah hilang seri, nak pergi kerja pun x ad mood sb muka mcm ni… sekarang sy suka tido kul3 4 pagi.. sb sukar tidur.. tolong sy ustaz.. masa kecil2 sy suka main nyorok2 di dlm semak2, di dlm longkang… tempat2 gelap.. sy pernah ingt, ketika sy berusia 11 tahun ke 12 tahun mcm tu sy pernah sakit kepala yg amat dasyat, sakit kepala yg x boleh nk cakap sakitnyaa… lepas tu mak sy beri kan ubat, dan esok ok… ustaz boleh tolong sy, sy rasa saya dah terus.. masa berubat dgn ustaz di darul syifak, ustaz u bc ayat alquran dan menyentuh leher saya dgn jari ustaz tersebut, sy terus rasa skit nyaaa mcm kena tikam, padahal ustaz hanya sentuh sahaja, tp sakit dia lain macam, smpai sy muntah.. ustaz boleh tolong saya.. ☹️

    1. Tuan, sebenarnya dalam rawatan juga perlukan istiqamah. Disamping dibantu oleh perawat-perawat, pesakit juga perlu mengamalkan ayat-ayat ruqyah di dalam kehidupan seharian. Ini kerana, ayat-ayat yang diamalkan itulah penawarnya. Jika sakit demam, mungkin dengan mengambil paracetamol boleh melegakan. tetapi jika sakit yang melibatkan spiritual, pesakit sendiri yang perlu mengamalkan ruqyah-ruqyah sebagai penawarnya. Ada sesetengah kes, pesakit akan terasa berat @ sukar untuk pergi ke Darussyifa. Ini kerana, makhluk halus yang mengganggu pesakit tersebut yang memberatkan pesakit tersebut untuk pergi mendapatkan rawatan. lama-kelamaan, gangguan tersebut akan menjadi semakin kuat.

  21. Assalamualaikum Ustaz. Saya berumur 25. Baru-baru ni saya disahkan menghidap penyakit mata Keratoconus, dimana kornea saya akan semakin menipis dan membujur kedepan. Doktor kata tiada rawatan untuk penyakit ini, dan jika kornea saya menipis dan membujur, saya mungkin perlu menggunakan contact lens RGP Yang mahal atau transplan kornea. Saya mengalami depresi sebab ini, dan saya sudah tiada arah macam mana nak pilih kan penyakit ini. Saya hanya berharap kepada Allah SWT. Ustaz, adakah penyakit saya ini boleh disembuhkan dengan cara ruqyah?. Terima kasih Ustaz.

    1. Waalaikumussalam wbt.
      Tuan, pertama sekali kita kena yakin bahawa kesembuhan itu hanya milik Allah. Penyakit itu juga adalah ujian Allah. Di Darussyifa memang ada kaedah rawatan untuk sakit mata. Mungkin kita boleh ikhtiarkan cara tersebut. Tuan boleh datang ke Cawangan Darussyifa terdekat (rujuk alamat di web).

      Sekian.

  22. Assalamualaikum ustaz, kawan saya disihir oleh sorang laki…dia hantar “benda” supaya kawan sy tidak tenteram hidup…dia pernah berubat dan elok utk beberapa bulan, dan “benda” tu datang semula utk kacau hidup dia…bole ke darul syifa ubatkan supaya sihir tu dibuang dari dia

    1. Waalaikumussalam wbt.
      Soalan pertama, bagaimana tuan mengetahui bahawa kawan tersebut disihir oleh seorang lelaki? Jika kita tidak/kurang pasti, seeloknya tidaklah dibuat andaian yang kurang tepat. Ini kerana, dikhuatiri telah melakukan dosa fitnah yang mana dosanya lebih berat dari membunuh.
      Jika pesakit ada tanda-tanda seperti disihir/gangguan, boleh la terus ke Cawangan Darussyifa’ yang terdekat (rujuk alamat di web).

      Sekian.

  23. Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya bermimpi byk perkara yg pelik seperti perempuan cantik dgn senyuman yg sinis yg ign mendekati saya (saya adalah perempuan), perempuan tua yg mengajar saya serapah & berkata jika amalkan serapah tersebut, saya boleh dpt apa shj yg saya ignkan, mimpi menjadi tahanan seorg dukun tua dan diiringi dayang2 &diarahkn mandi di dlm 3 tempayan air pelbagai isi (lumpur, darah, etc), mimpi dlm ekspedisi mencari jin yg terkenal kuatnya di suatu makam (saya sendiri tidak tahu kenapa saya mencarinya tetapi seolah-olah saya rapat dgnnya seperti kawan baik), mimpi ular hitam yg besar membelit saya tp tidak menyakiti saya (hanya ign merapati saya), dan beberapa kali mimpi di tanah perkuburan. Saya juga mimpi beberapa kali bersetubuh dgn lelaki yg berlainan (satu gemuk &hitam, satu kacak). Adakah mimpi saya ini semua mainan syaitan dan tidak mempunyai sebarang maksud? Saya juga perasan saya akan sakit telinga yg teramat dan jadi pemarah bila dgr azan atau bacaan doa. Apa pendapat ustaz/ustazah?

    1. Waalaikumussalam wbt.
      Puan, tanda-tanda mimpi sedemikian memang amat sinonim dengan gangguan makhluk halus. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah kes, ianya hanyalah mainan tidur. Seeloknya puan terus ke cawangan Darussyifa yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan juga nasihat dari perawat-perawat untuk mengelakkan dari perkara ini kerap berulang.

      Sekian.

  24. Assalamualaikum Ustaz, ayah saya mempunyai masalah makan terlalu banyak, sampai 2 jam sekali, makan nasi satu pinggan, roti, mee satu pinggan penuh pun, masih dia cakap tak kenyang, adakah cara untuk mengubat nya?

    1. Waalaikumussalam wbt. Puan perlu bawa ayah ke Pusat Rawatan Darussyifa’ bagi proses rawatan dan ruqyah.

  25. Assalamualaikum ustaz,
    Anak sy perempuan 9 tahun. Dahulunya dia anak yg baik sangat, rajin, pandai, periang, cemerlang disekolah dan dilantik sebagai pengawas. Tapi akhir2 ni ketara sangat perubahan sikapnya. Dia semakin biadap, kurang ajar, menjerit2, tengking2, menjeling bila ditegur. Biliknya suka disepahkan, buku berselreak atas lantai, sampah sarap disorok bwh bantal, baju busuk disorok dlm almari, kencing pada kain baju dan sorok. Hari ni berak pd tuala dan dibiar di bilik. Koyak2 buku….dan paling sedih dikoyaknya Al-Quran….Allahu…. Mohon bantuan ustaz

    1. Waalaikumusalam. Encik perlu bawa anak ke Pusat Rawatan Darussyifa’ bagi proses rawatan dan ruqyah. Sekian.

    1. Salam sejahtera. Ya, bukan muslim juga boleh dapatkan rawatan dari mana-mana pusat rawatan Darussyifa’ seluruh Malaysia.

Leave a Reply to Yati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *