Mengimbas Sejarah Pelancaran Laman Web Darussyifa’

Gambar-1: Mereka yang hadir mendengar dengan khusyuk ucapan Tuan Guru dalam keterujaan untuk melihat laman Web Darussyifa’.

 

Pada hari Isnin, 24 April 2006 bersamaan 25 Rabiulawal 1427H, laman Web Darussyifa’ “www.darussyifa.org” telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Majlis pelancaran telah dilakukan di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi selepas Solat Isyak iaitu sebelum kuliah pengubatan bermula. Sebelum Tuan Guru membuka laman web Darussyifa’ melalui komputer riba, beliau telah menyampaikan ucapan ringkas terlebih dahulu.

 

Di antara intipati ucapan beliau adalah seperti berikut;

a. Telah lama orang ramai, rakan-rakan dan anak-anak murid saya bertanya berkenaan laman web Darussyifa’ ini, syukur Alhamdulillah pada malam ini barulah kita dapat lancarkan.

Gambar-2: Tuan Guru menyampaikan ucapan sebelum melancarkan laman web rasmi Darussyifa’

b. Saya tidak suka menggunakan media massa untuk menyalurkan maklumat Darussyifa’ kerana kadangkala mungkin mereka tersalah tafsir akan perkataan-perkataan saya. Namun begitu masyarakat sangat memerlukan maklumat ini.

c. Buat masa ini banyak soalan-soalan yang saya terima daripada orang ramai terutamanya mereka ingin komen saya sendiri tentang makhluk halus, qarin, penyakit-penyakit dan seumpamanya. Sebahagiannya saya jawab melalui Harakah, namun tidak semua orang membaca Harakah.

 

Gambar-3:
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memulakan pelancaran dengan membuka laman web Darussyifa’ (Dibantu oleh Webmaster untuk membukanya) sambil diperhatikan oleh Pengerusi Darussyifa’, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad.

d. Dengan adanya laman web ini, saya berharap Darussyifa’ dapat menyalurkan maklumat-maklumat terkini yang selalu dikemaskini, juga maklumat-maklumat yang telah lalu seperti latarbelakang Darussyifa’ disamping menyiarkan komen-komen semasa saya.

e. Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh mereka yag terlibat juga kepada Jawatankuasa Darussyifa’ kerana telah berusaha untuk mewujudkan laman web ini.

 

 

 

 

“Dengan nama Allah S.W.T, dengan memohon restu Allah s.w.t, dengan memohon rahmat Allah s.w.t dan dengan lafaz…

… Saya melancarkan laman web rasmi Darussyifa’ pada malam ini.”

Tuan Guru Dr. Haron Din.

24 April 2006 (25 Rabiulawal 1427H)

 

Gambar-4:
Hadirin yang hadir mendengar penerangan Tuan Guru tentang isi kandungan laman web.

 

Gambar-5:
Setelah laman web dibuka, Tuan Guru cuba untuk melihat di skrin besar disebelah kirinya.

 

Gambar-6:
Tuan Guru melayari satu persatu menu yang terdapat dilaman web tersebut sambil memberi penerangan kepada hadirin.

About Author

About Author:

3 Comments

    1. wslm. pihak admin sedang dalam proses mengemaskini isikandungan web. Insha Allah artikel² lama akan dimasukkan semula.

  1. Assalamualaikum, saya pun teringat kembali artikel-artikel lama. Ada tentang jawapan Darussyifa’ tentang hebahan Tuan Guru memindahkan jin menaiki bas. Syabas kepada Darussyifa’ yang berusaha memurnikan masyarakat menolak khurafat, syirik dan mendekatkan kita semua dengan Allah, serta meletakkan perubatan Islam sama penting dengan perubatan moden.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *