COVID-19: Penutupan & Penangguhan sementara

Dalam perkembangan terkini, Darussyifa’ kini sedang dalam persiapan fasa pembukaan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Turut dititik beratkan adalah langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan semua arahan dapat dipatuhi oleh semua pihak.

Ini sangat penting untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dalam masa yang sama turut memastikan pemutusan rantaian dan penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia.

TERDAHULU:

Adalah dimaklumkan, bermula 16 Mac 2020 (Isnin) SEMUA sesi rawatan di Darussyifa’ Bangi (Pusat) serta Pusat Rawatan Kecil (PRK) & Negeri (PRN) akan di TUTUP SEMENTARA sebagai langkah usaha sama pencegahan wabak berkenaan dan untuk kebaikan semua pihak.

Selain itu kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ di Bangi dan negeri-negeri turut diTANGGUHKAN SEMENTARA. Oleh itu para pelajar disaran memanfaatkan ruang masa yang diperolehi untuk menelaah semula bab-bab pengajian serta mengulang setiap komponen-komponen hafazan yang telah dipelajari.

Pembukaan semula & sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, insyaallah.

‘KESEMBUHAN HANYA MILIK ALLAH’

Harap maklum.

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *