Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN RAWATAN?

Tuan/Puan boleh hadir ke Pusat Rawatan yang berdekatan dan mendaftar terus pada waktu rawatan dibuka. Bagi memudahkan pengunjung, sila rujuk senarai Pusat Rawatan Darussyifa’ (klik sini) terlebih dahulu untuk mengenal pasti Pusat Rawatan yang paling hampir bagi mengelakkan kesulitan.

 

2. BOLEHKAH INDIVIDU BUKAN ISLAM (NON-MUSLIM) MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA’ ?

Ya, boleh. Walau bagaimanapun pengunjung yang ingin hadir ke Darussyifa’ diminta mengenakan pakaian yang sopan dan tertutup.

 

3. DI MANAKAH TERLETAKNYA PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA’ ?

Pusat rawatan Darussyifa’ boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Bagi memudahkan pengunjung, sila rujuk senarai Pusat Rawatan Darussyifa’ (klik sini) terlebih dahulu untuk mengenal pasti maklumat yang diperlukan.

 

4. SAYA PERTAMA KALI INGIN MENDAPATKAN RAWATAN, APAKAH YANG PERLU SAYA SEDIAKAN?

Untuk tujuan rawatan, pengunjung perlu membawa air (sebaiknya air mineral) sebagai bahan rawatan. Bahan-bahan rawatan tertentu pula akan dinyatakan oleh Perawat jika ada mengikut keperluan. Sebagai kemudahan sampingan, bahan rawatan seperti air dan sebagainya juga boleh didapati dari Koperasi Darussyifa’ bagi pengunjung yang memerlukan.

 

5. BERAPAKAH BAYARAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN?

Setiap rawatan yang diberikan oleh Darussyifa’ ini adalah secara PERCUMA & tiada sebarang bayaran dikenakan. Bagi Pengunjung yang ingin memberi sumbangan ikhlas bagi pembangunan Darussyifa’ pada masa hadapan, sumbangan boleh dimasukkan ke dalam Tabung/Peti Sumbangan yang disediakan.

 

6. I’M INTERESTED TO KNOW MORE DETAILS ABOUT DARUSSYIFA’, IS THERE ANY PAMPHLET OR FLYERS IN OTHER LANGUAGES?

Currently Malay language were used as the medium. But visitors are welcomed to Contact Us at HUBUNGI KAMI (Click here) for more information, and our officers are pleasure to assist your needs.