 |
SIAPA SEDANG ONLINE
|
|
|
Ketika ini ada, 19 pengunjung sedang online.
|
|
 |
 |
MENU UTAMA
|
|
|
|
 |
 |
MENU UNTUK AHLI
|
|
|
|
 |
 |
Maklum Balas Anda
|
|
|
|
 |
 |
ARKIB BERITA
|
|
|
|
 |
 |
ARTIKEL
|
|
|
|
 |
 |
JADUAL KULIAH
|
|
Jadual Kuliah Pengajian Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Klik di sini
|
|
 |
 |
KOLEKSI CERPEN
|
|
|
|
 |
 |
MUAT TURUN AUDIO
|
|
|
Koleksi Rakaman Kuliah dan Ceramah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ---------------------------------
|
|
 |
 |
MUAT TURUN PERISIAN
|
|
Muat Turun (Download) Perisian Percuma ---------------------------------
|
|
 |
 |
JUMLAH PAPARAN
|
|
Kami sudah memaparkan 1073541 halaman sejak 3 April 2007
|
|
 |
|
|
SESSI BARU KURSUS PENGUBATAN 2006
| Calun-calun yang telah dipilih mengikuti Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' telah mendaftarkan diri pada hari Ahad 15 Januari 2006. Pendaftaran di buat di Bangunan Darussyifa' Pusat di Bandar Baru Bangi. Keseluruhannya seramai kira-kira 200 orang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus yang akan berlangsung selama setahun ini. 80% yang mendaftarkan diri adalah daripada kaum lelaki dan selebihnya 20% adalah wanita. Rata-rata yang akan mengikuti kursus ini berumur diantara 21 dan 60 tahun. Sebahagian besarnya iaitu kira-kira 85% mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya diploma. |
 |
 |
Selepas pendaftaran pada hari yang sama diadakan juga Majlis Taklimat dan Suai Kenal. Taklimat Persatuan disampaikan oleh Pengerusi Darussyifa, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad dan Pegerusi Biro Latihan & Pendidikan, Tuan Haji Abdul Rashid Ahmad. Pengcara untuk Majlis ini ialah Ustaz Abdul Razak Mahadi yang juga merupakan Bendahari Darussyifa' Pusat. |
| Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Banyak perkara-perkara asas dan pokok yang di sentuh oleh Tuan Guru yang perlu diambil perhatian oleh kita semua. Diantara intipati dalam ucapan perasmian Tuan Guru adalah seperti berikut; |
 |
- Kira-kira 64% daripada yang hadir temuduga telah tidak lulus bacaan yang menjadi Rukun dalam sembahyang iaitu Bacaan Surah Al-Fatihah dan juga Tahiyat Akhir. Sedangkan bacaan ini adalah yang menentukan sah atau batalnya sembahyang kita. Inilah yang disebut dalam satu hadith nabi yan bermaksud "Berapa ramai orang yang bersembahyang hanya mendapat penat sahaja".
- Sembahyang menjadi asas kepada segala amal ibadat, jika tak sah sembahyang habis semua amal ibadat lain tak sah. Ini kerana perkara pertama disoal dipermulaan hisab di padang Mahsyar nanti ialah ibadat Sebahyang kita.Dalam kitab al-Umm, Imam Syafie ada menyebut bahawa dalam Surah Al-Fatihah ada 14 syaddah (sabdu), jika tertinggal satu syaddah sahaja maka keseluruhan Bacaan Al-Fatihah tidak sah.
- Justeru itu pada kali ini kesemua mereka yang telah hadir temuduga telah diterima untuk belajar di Darussyifa' tanpa mengira mereka lulus atau tidak bacaan Surah Al-Fatihah. Tujuannya ialah supaya mereka ini mempunyai peluang untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka terutamanya dalam bacaan yang mereka gagal ini. Darussyifa' menyediakan kelas-kelas permulihan untuk mamperbaiki bacaan-bacaan mereka ini dan diwajibkan mereka hadir.
|
|