SEJARAH DARUSSYIFA'
Fakta:
i. 17-April-1988: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa')
ditubuhkan secara rasmi.
ii. 2-Januari-1990: Majlis pecah tanah pembinaan bangunan Darussyifa'.
iii. 17-Mac-1991: Bangunan Darussyifa' mula digunakan.
iv. 1-September-1991: Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim.
| Darussyifa' merupakan sebuah
klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan
masyarakat luar terutamanya orang islam ia menjadi satu altematif
kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit yang
dihidapi selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital.
kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami sakit fizikal
tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan
makhluk halus dan seumpamanya. dengan kaedah yang diamalkan
oleh darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-qur'an, hadith
dan doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya. |
 |
Darussyifa' merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan
pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan
dar (rumah) dan al-Syifa'
(kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan.Idea penubuhan ini lahir daripada
seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau
yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali
dengan pangillan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang
rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an,
hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.
Ustaz Haron Din telah lama menceburkan diri dalarn bidang rawatan tetapi
tidak secara teratur dan serius berbanding dengan kegiatannya ketika di
Kajang dan Bandar Baru Bangi. Selain memberi rawatan, Ustaz Haron Din
juga merupakan tempat rujukan untuk mendapat khidmat nasihat oleh orangramai
yang menghadapi pelbagai masalah.
 |
Kegiatan yang dilakukan oleh Ustaz Haron Din
telah menarik minat sesetengah golongan untuk belajar daripadanya.
pada akhir tahun 1977, beberapa orang pelajar dari fakulti pengajian
islam universiti kebangsaan malaysia telah datang menemui beliau
meminta agar mereka ditunjuk ajar serba sedikit ilmu perubatan
islam. setelah berlaku beberapa pertemuan dan mereka memperlihatkan
kesungguhan, maka bemulalah beberapa siri pembelajaran ilmu perubatan
secara kecil-kecilan. Kegiatan tersebut diadakan di tempat kediaman
Ustaz Haron Din sendiri di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang. pertemuan-pertemuan
ini terus berlaku dalam keadaan yang kurang tersusun. setelah
berpindah ke Bandar Baru Bangi (kediaman sekarang di no. 3, jalan
1/7d) bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin bertambah.
|
Pelajar yang terawal ialah Ustaz Abdul Rahman Mustafa (1977-78), kemudian
diikuti oleh empat orang pelajar lain iaitu Ustaz Ali Haji Ahmad, Ustaz
Abdul Rahim Abdul Ghafur, Ustaz Wan Ismail Wan Ibrahim dan Ustaz Muhammad
Shafie Yusof.Sejak pengambilan mereka, Ustaz Haron Din mula memberi rawatan
kepada masyarakat umum di rumahnya secara terbuka pada setiap hari Selasa
bermula selepas solat Zohor hingga hampir waktu Maghrib. Kuliah-kuliah
yang dijalankan lebih tersusun apabila kumpulan ketiga (1979-80) bejumlah
32 orang diambil.
| Pelajar-pelajar ini telah mengambil kata sepakat
agar kuliah-kuliah tersebut tidak terus menerus dilakukan di rumah
ustaz haron din tetapi dilakukan di rumah-rumah pelajar menurut
giliran. atur cara majlis bermula dengan menunaikan sembahyang
maghrib berjamaah kemudian wirid, sembahyang hajat, membaca yaasin,
tahlil dan jamuan. kuliah-kuliah disampaikan selepas sembahyang
isyak. kegiatan ini terus bejalan hingga pengambilan kumpulan
yang keempat (1985-86). Kumpulan tersebut terdiri daripada 63
orang pelajar baru. klinik-klinik dibuka seperti biasa dan bilangan
pesakit semakin betambah. Ini menyebabkan ruang tamu terpaksa
dibesarkan untuk. menampung kehadiran pesakit dan juga pelajar.
Kuliah yang diadakan dari rumah ke rumah kemudian dihentikan.
Kuliah hanya dijalankan di rumah Ustaz Haron Din ataupun di rumah-rumah
yang mengadakan majlis tertentu. Majlis tersebut dihadiri oleh
kebanyakan pelajar yang terlibat dalam pengubatan yang dijalankan. |
 |
Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya
ditukar ke Isnin malam Selasa atas nasihat seorang guru tariqat yang
bernama Tuan Syeikh Nazim al-Qubrusiy. Beliau sering berkunjung ke Malaysia
dan hadir bersama dalam kumpulan usrah ini untuk manyampaikan tazkirah.
Menurut beliau, majlls berzikir dan ilmu seperti itu elok dilakukan
pada malam Selasa ataupun malam Jumaat.Sejak itu ia diamalkan secara
beramai-ramai selepas majlis membaca Yaasin.
Bilangan pelajar semakin bertambah kerana gabungan di antara pelajar
baru dan lama (yang belum diijazahkan) yang hadir bersama. Setiap pelajar
perlu datang sekali dalam masa dua minggu. Keadaan tersebut berlaku
kerana terdapat pelajar senior yang datang ketika kuliah disampaikan
kepada pelajar baru.
Dalam beberapa pertemuan, Syeikh Nazim telah datang bersama pelajar-pelajarnya
dan turut berkumpul dengan pelajar baru dan lama. Pertemuan ini menyebabkan
sebahagian daripada mereka yang hadir duduk di atas tikar di halaman
rumah sepanjang majlis hingga larut malam.Ketika itulah Syeikh Nazim
membisikkan kepada Ustaz Haron Din dengan berkata "Mungkin sudah
tiba masanya untuk mengadakan satu bangunan lain yang lebih besar dan
selesa bagi menampung pelajar yang begitu ramai".Ustaz Haron Din
mendiamkan diri mendengar bisikkan tersebut kerana masih tidak terbayang
dalam fikirannya bagaimana hendak melaksanakan cadangan itu.
Tiga hari selepas itu, satu pertemuan diadakan di rumah Tuan Haji Ismail
bin Haji Ali, beralamat di No. 26, Jalan Daud, Kg.Baru Kuala Lumpur.
Majlis zikir diadakan diikuti dengan kuliah. Kehadiran pelajar tetap
ramai hingga menyebabkan ruang tamu rumah menjadi sempit.Sekali lagi
Syeikh Nazim rnenyatakan sesuatu kepada Ustaz Haron Din. Kata-katanya
lebih jelas dan seumpama mendesak : "Tidak adil terus menerus berbuat
begini kepada pelajar. Buatlah bangunan untuk mereka. Usaha ini adalah
kerana Allah dan Allah akan tolong kamu ".
Selepas itu mesyuarat jawatankuasa penubuhan bangunan rawatan Islam
yang pertama telah diadakan di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad
(Pegawai Daerah Seremban) pada 17 Ogos 1986. Pengerusi memaklumkan bahawa
tujuan mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk membincangkan tentang
pembinaan sebuah bangunan rawatan Islam. Hasil daripada mesyuarat tersebut
satu jawatankuasa tetap penubuhan bangunan pusat rawatan Islam telah
ditubuhkan. la terdiri daripada;
| Pengerusi |
: Haji Abdul Rahman Haji Ahmad |
| Naib Pengerusi |
: Y. Bhg. Datuk Abdul Rashid Mahmud |
| SU Kehormat: |
: En. Mohd Salleh Haji Kassim |
| Pen. Setiausaha : |
: Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim |
| Bendahari |
: En. Ahmad Mohd Yusof |
| Urusetia |
: En. Minhat Haji Budin A. Bahudin |
|
|
Selain nama di atas, pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil juga dilantik
untuk menguruskan hal tertentu iaitu En. Ahmad Mohd Yusof (kewangan),
Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim (tanah) dan En. Mohamad Ahmad (pelan).
Beliau telah menyediakan pelan bangunan dua tingkat yang dianggarkan
menelan belanja lebih kurang RM 200,000.00 (Dua ratus ribu ringgit).
Mesyuarat pada 26 Oktober 1986 di rumah Tuan Haji Jaafar Sidek dimaklumkan
bahawa wang sebanyak RM3000.00 telah terkumpul sejak kutipan derma dilancarkan.
Sidang mesyuarat uga diberitahu bahawa ada beberapa orang dermawan telah
bedanjl akan memberi derma berjumlah RM70,000.00. Selain itu, tanah
untuk tapak bangunan telah diperolehi iaitu bersebelahan dengan rumah
Ustaz Haron Din yang berharga RM16.00 sekaki persegi dengan keluasan
12,000 kaki persegi. Ketika itu harga tersebut masih dalam rundingan
dengan tuan tanah.
Ahli jawatankuasa bersetuju membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada
harga tanah tersebut. Tuan Haji Jaafar juga memberitahu bahawa beliau
mempunyai dua orang rakan yang berhasrat ingin memberi khidmat percuma
kepada penubuhan bangunan yang dirancangkan dalam bidang rekabentuk
atau pelan dan kejuruteraan. Mereka ialah Tuan Hajl Shamsudin Ahmad
dan Tuan Haji Johari Jaalam. Ahli mesyuarat bersetuju melantik mereka
untuk menganggotai jawatankuasa kecil pelan. Pelan bangunan yang siap
dilukis oleh En. Mohamad Ahmad telah ditunjukkan kepada Tuan Haji Shamsudin
Ahmad. Beliau bercadang untuk membuat satu pelan lain apabila pelan
yang disediakan sebelum ini tidak dapat diterima kerana pembinaan bangunannya
menelan belanja lebih daripada setengah juta ringgit. Dalam masa yang
sama Ustaz Haron Din mendapat galakan daripada teman-teman agar meneruskan
rancangan membina bangunan mengikut pelan baru.
Bemula dari tarikh tersebut, usaha mencari wang dimulakan dengan mengirimkan
baucar-baucar dan surat-surat yang ditandatangani oleh Ustaz Haron Din,
merayu sumbangan daripada orang-orang tertentu. Hasil daripada usaha
itu pada peringkat awalnya agak mengecewakan kerana pulangannya terlalu
sedikit, sedangkan wang yang diperlukan lebih daripada setengah juta.
Pada hari Ahad 17 April 1988, bertempat dirumah Ustaz Haron Din satu
mesyuarat penubuhan persatuan telah diadakan. Seramai 88 orang telah
hadir.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul
Rashid ini telah bersetuju menubuhkan persatuan yang diberi nama “Persatuan
Kebajikan dan Pengubalan Islam”.
Dalam mesyuarat pada 12 Disember 1988, dimaklumkan bahawa tuan kepada
tanah yang terletak bersebelahan dengan rumah Ustaz Haron Din telah
bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga RM76,776.00. Sebagai deposit
wang sebanyak RM30,000.00 telah dibayar kepada tuan tanah.Wang tersebut
hasil daripada jualan buku Rawatan Pesakit Menurut al-Qur'an dan
al-Sunnah.Tuan Haji Ismail bin Haji Abdullah telah memberi sumbangan
sebanyak RM 28,000.00. Ahli mesyuarat juga diberitahu bahawa urusetia
persatuan telah mengajukan surat permohonan pendaftaran pertubuhan kepada
Pendaftar Pertubuhan.Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang diadakan
pada 26 Mei 1989 telah dimaklumkan bahawa mesyuarat agung penubuhan
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam telah diadakan di rumah Ustaz
Haron Din bermula jam 9.15 malam.
Selaras dengan perkara 15.4 Undang-undang Persatuan ahli mesyuarat telah
bersetuju memilih Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad sebagai pengerusi,
Haji Mohd Sharif bin Haji Ibrahim sebagai setiausaha dan En Mohamad
Amin bin Hassan sebagai bendahari. Mesyuarat juga bersetuju mengagihkan
tugas bagi menjalankan kegiatan persatuan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa
Kecil (JKK).Pengerusi untuk setiap jawatankuasa kecil tersebut adalah
seperti berikut;
| Pembangunan dan Harta |
: Datuk Haji Abdul Rashid Mahmud |
| Kewangan |
: En. Mohamad Amin Hassan |
| Pengubatan dan Pentadbiran Klinik |
: Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim |
| Kebajikan dan Sosial |
: Haji Abdul Rahman Mustapha |
| Latihan, Kursus dan Seminar |
: Cikgu Mohd Nasir Jali |
Anggota lain juga dilantik untuk membantu hal-hal berikut:
| Kebajikan dan Sosial |
: Haji Ali Haji Ahmad |
| Penolong Setiausaha |
: En. Minhat Haji Budin A. Bahudin |
| Latihan |
: Dr. Mohd Omar Haji Salleh |
Ahli mesyuarat bersetuju membina bangunan tiga tingkat, bukan dua tingkat
seperti yang dicadangkan pada peringkat awal.Ketika mesyuarat diadakan,
persatuan mempunyai wang terkumpul sebanyak RM45,000.00 hasil daripada
jualan buku perubatan, derma am dan derma perseorangan. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Selangor ketika itu juga menyuarakan hasratnya untuk memberi
bantuan kepada pembinaan Bangunan Pusat Perubatan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Harta yang diadakan pada
6 Jun 1989 di rumah Ustaz Haron Din merupakan mesyuarat yang pertama
setelah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam didaftarkan. Usaha
sedang dilakukan untuk menukar hak milik tanah daripada penjual kepada
persatuan oleh Peguam Fadi. Sidang mesyuarat juga diberitahu bahawa
bangunan yang dicadangkan itu dianggar menelan belanja sebanyak RM560,000.00
dengan pecahan belanja seperti berikut :
RM 400,000.00
kos pembinaan bangunan
RM 80,000.00
harga tanah
RM 80,000.00
kelengkapan
Ketika ini masalah yang dihadapi oleh jawatankuasa persatuan ialah sumber
kewangan yang tidak mencukupi. Setakat ini, usaha memungut derma tidak
dijalankan secara terbuka tetapi ada juga individu yang sanggup menyumbangkan
derma untuk projek ini. Biarpun jumlah wang terkumpul ketika itu sedikit,
namun harapan untuk membina pusat rawatan tersebut tetap ada.Bagi Ustaz
Haron Din rancangan ini bermula dari hasrat murni semata-mata kerana
Allah s.w.t. Oleh itu ia mesti diteruskan kerana tugas manusia ialah
berusaha dan merancang. Kebimbangan tetap dirasakan lebih-lebih lagi
apabila tarikh memulakan kerja-kerja pembinaan semakin hampir.
Tidak berapa lama selepas itu, salah seorang daripada ahli usrah memberitahu
bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim ingin menemui Ustaz
Haron Din untuk berbincang tentang pembinaan pusat rawatan Islam ini.
Satu pertemuan diadakan di pejabat Tan Sri pada jam 6 petang keesokan
harinya. Dalam pertemuan ringkas itu Tan Sri telah memberi jaminan kepada
Ustaz Haron Din untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan bangunan tersebut.
Dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh Tan Sri maka hasrat untuk
melihat bangunan ini didirikan menjadi kenyataan.
Mesyuarat Jawatankuasa persatuan yang diadakan pada 20 Jun 1989 bertempat
di no. 3488, Jalan Ampang Hilir 5, Kuala Lumpur yang dipengerusikan
oleh Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad telah dimaklumkan bahawa JKK
Pengubatan dan Pentadbiran Klinik telah mengadakan mesyuarat dan membincangkan
tentang sistem giliran bagi rawatan di klinik-klinik iaitu di Bangi
dan Kampung Baru. Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka memutuskan
bahawa Ustaz Haron Din hanya merawat seramai 130 orang pesakit dalam
satu masa, manakala yang selebihnya akan dirawat oleh pembantu-pembantunya.
Mesyuarat yang diadakan pada 29 Ogos 1989 pula dimaklumkan bahawa pelan
bangunan persatuan telah siap. Emkay Associates Sdn. Bhd. menawarkan
khidmat untuk membina bangunan tersebut dengan harga kos tanpa mengambil
keuntungan daripadanya. Pihak yang berkaitan telah menjalankan kerja-kerja
persiapan awal seperti menyediakan pelan disamping menguruskan perkara
pindah milik tanah.
Satu pejumpaan telah diadakan pada 19 Disember 1989.Di antara mereka
yang hadir ialah ahli jawatankuasa pembinaan juga sebagai wakil daripada
Tuan Haji Mustafa Kamal (Tuan Haji Abdullah Mardi dan En. Saflan Mohd
Ali), En. Shamsudin Ahmad, En. Omar Ahmad, En. Nordin dan lain-lain.Mesyuarat
bersetuju agar kerja pembinaan dimulakan pada 1 Februari 1990.
Satu upacara majlis doa selamat diadakan di tapak bangunan pada 2 Januari
1990 jam 6:30 petang, Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan kos awal
pembinaan bangunan iaitu sebanyak RM354,258.85. Bayaran kepada kontraktor
akan dibuat dengan lima kali pembayaran manakala pembayaran pelan bangunan
yang diluluskan ialah RM2,791.00. Selain itu papan tanda pembinaan juga
didirikan seperti yang dicadangkan oleh pihak kontraktor.
Pada 11 Februari 1990 ahli mesyuarat telah berbincang dan bersetuju
menerirna Tetuan Emkay Associates Sdn. Bhd. sebagai pemborong yang akan
membina bangunan persatuan dengan kos bemilal RM354,258.85 dalam tempoh
12 bulan. Tarikh mobilisasi pula berkuatkuasa mulai 15 Januari 1990.
Penyerahan tapak kepada kontraktor dilakukan pada 2 Februari 1990.Selain
itu sumber kewangan juga datang daripada derma yang diterima setiap
minggu di klinik Bangi dan Kampung Baru sebanyak RM200. Mesyuarat yang
diadakan pada 26 Februari 1990 telah melantik seorang ahli persatuan
iaitu Haji Ishak Haji Arshad untuk mewakili kepentingan persatuan dalam
penyeliaan projek pembinaan. Mesyuarat juga meminta bendahari menyemak
dan menyediakan senarai edaran buku yang bayarannya belum diterima.
Mereka yang masih berhutang diminta menjelaskannya dengan segera. Setiap
ahli juga diminta untuk mengambil 20 buah buku "Rawatan Gangguan Makhluk
Halus Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah" untuk diedarkan. Dalam masa yang
sama, hasrat untuk mendokumentasikan sejarah persatuan ini ditimbulkan
oleh JKK Penerbitan.
Mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 3 April 1990 dimaklumkan tentang
perlu adanya sokongan moral untuk penubuhan klinik cawancan di Jitra
Kedah begitu juga dengan penubuhan Klinik Perubatan Islam di Banting.
Mesyuarat juga diberitahu bahawa derma sebanyak RM100,000.00 telah diterima
daripada Menteri Besar Selangor. Pada 12 November 1990 kerja pembinaan
telah siap sebanyak 50%. Tuntutan kemajuan ketiga sebanyak RM 79,000.00
telah dijelaskan.
Bersempena dengan perasmian bangunan persatuan yang dicadangkan, satu
risalah tentang penubuhan hasil tulisan Dr. Amran Kasimin akan diterbitkan.
Ahli mesyuarat telah bersetuju mengeluarkan zakat pada tahun 1990 sebanyak
RM 10,000 yang diberi kepada Sekolah Tasdikiah Songkhla Hatyai, Songkhla
Thailand.
Bangunan Darussyifa' mula digunakan pada hari Ahad 17 Mac 1991 bersamaan
dengan 1 Ramadan 1411H. Anggota persatuan telah bersembahyang Maghrib
berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haron Din. Upacara majlis diteruskan
dengan solat tarawih. Bangunan ini terus digunakan untuk rawatan dan
kuliah pengubatan. Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Azman Hashim pada 1 September 1991.
|