KULIAH FEKAH: KITAB FIQHUL MANHAJI (KITAB FEKAH MAZHAB SYAFIE’): SIRI-1: BAB SUMPAH – BAHAGIAN PERTAMA
Muqadimah Webmaster
Dewasa ini terjemahan Kitab Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam as-Syafie’ semakin popular di kalangan penuntut ilmu-ilmu Islam di tanah air kita ini. Kitab ini adalah karangan oleh Dr. Mistofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugha dan Ali asy-Syarbaji, diterjemahkan oleh ahli panel penterjemah dan penyemak oleh ustaz-ustaz yang bertauliah dalam bidang fekah. Terjemahan kitab ini terdiri daripada 8 jilid dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Pada 7hb. Februari 2008, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menggunakan buku ini sebagai rujukan untuk Kuliah Fekah yang diadakan dua kali sebulan di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.
Oleh kerana tajuk-tajuk dalam jilid 1 dan 2 daripada buku ini telah diperhalusi dalam kuliah-kuliah sebelum ini berdasarkan Kitab Sairus Salikin, maka Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memulakan kuliah yang berpandukan Kitab Fiqhul Manhaji ini bermula dengan jilid 3.
Jilid 1 dan 2 daripada terjemahan Kitab Fiqhul Manhaji ini adalah seperti berikut;
Jilid-1:
Pendahuluan: Takrif Ilmu Fekah, Sumber dan Istilah
Bab-1: Bersuci
Bab-2: Sembahyang
Jilid-2:
Bab-3; Zakat
Bab-4: Puasa
Bab-5: Haji dan Umrah
Kandungan Jilid 3 bermula daripada bab yang belum pernah diperhalusi dalam kuliah-kuliah sebelum ini iaitu seperti berikut;