Tuan Guru Menjalani Pembedahan Kecil di IJN
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian dada. Pembedahan tersebut tidak melibatkan jantung.
Tuan Guru memasuki wad di IJN pada petang Rabu 14-Oktober-2009. Pada pagi Khamis 15-Oktober-2009 pembedahan dijalankan dan selesai pada jam 10:00 pagi.
Setelah pemantauan selama 24 jam dilakukan, pihak IJN berpuas hati dengan tahap kesihatan maka Tuan Guru dibenarkan pulang pada pagi Jumaat 16-Oktober-2009.
Alhamdulillah, keadaan Tuan Guru sekarang sihat wal'afiat.
Tuan Guru akan menyampaikan Kuliah Pengubatan Islam di Darussyifa' Bangi seperti biasa pada hari Isnin 19-Oktober-2009.