bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
kesembuhan
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    22915394
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • IKLAN: BUKU MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS



    BUKU MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS : KAITANNYA DENGAN PENYAKIT DAN PENGUBATAN

    Buku karangan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini adalah buku kedua terbitan Darussyifa'. Pada kali ini buku ini diterbitkan bersama dengan Koperasi Darussyifa'. Pelancaran buku ini telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 29-Jun-2009.
    ===================


    Berikut dipetik Mukadimah Tuan Guru dari buku tersebut;

    MUKADIMAH PENGARANG

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kami meminta pertolongan dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam ke atas Rasul kami yang sangat amanah, penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

    Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya.

    Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama’ lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

    Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

    Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat daripada sumber yang sahih terutama sekali jika ia melibatkan soal aqidah.

    Saya telah berusaha menjawab setiap persoalan dengan berlandaskan hujah-hujah yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith.

    Kesemua jawapan ini sebenarnya merupakan respon saya kepada soalan yang diajukan melalui akhbar Harakah. Saya telah melahirkan hasrat saya kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ supaya koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam akhbar Harakah ini dibukukan.

    Saya amat berharap usaha pembukuan soal jawab ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat bahkan saya berdoa moga buah tangan saya ini dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan fahaman dan amalan khurafat yang masih berakar umbi di dalam masyarakat kita.

    Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna lagi Maha Benar, manakala yang salah dan silap adalah daripada insan yang bersifat lemah.

    Semoga Allah SWT mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah SWT kita memohon rahmat dan berkat. Semoga Allah SWT sentiasa mengabulkan usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh.

    Ikhlas daripada saya,

    Dato’ Dr. Haron Din
    Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
    30 Mac 2009M / 3 Rabiul Akhir 1430H

    ISI KANDUNGAN BUKU INI
    ======================

    BAB-1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
    BAB-2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
    BAB-3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
    BAB-4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
    BAB-5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
    BAB-6: PERSOALAN UMUM
    BAB-7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

    ===================

    Harga jualan runcit buku ini ialah RM20 di Semenanjung Malayisa dan RM22 di Sabah & Sarawak.

    Buku ini dijual dengan harga RM18 di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.

    Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia.

    Bagi anda yang ingin menjadi pengedar, potongan harga 40% akan diberikan dengan syarat pembelian dibuat secara borong sekurang-kurangnya 100 naskah dengan bayaran tunai.

    Untuk menjadi pengedar buku ini, anda boleh menghubungi Tuan Haji Roslan di no. 019-2398573

    Dipublikasi pada Wednesday, 01 July 2009 oleh admin

     
    Link Terkait
    · Lebih Banyak Tentang Pengumuman Urusetia Darussyifa'
    · Berita oleh admin


    Berita terpopuler tentang Pengumuman Urusetia Darussyifa':
    BUKU IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT EDISI KEDUA (DIKEMASKINI)


    Nilai Berita
    Rata-rata: 4.80
    Pemilih: 287


    Beri nilai berita ini:

    Luar Biasa
    Sangat Bagus
    Bagus
    Biasa
    Jelek


    Opsi

     Versi Cetak Versi Cetak


    Tidak ada komentar pada berita ini.

    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada jawapan maka sila hubungi  nama-nama berikut;

    1. Encik Rahimi (012-2590432)
    2. Encik Hamizi (012-3153797)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)