bulgarian property
123
Maklum Balas Anda
Adakah anda faham isu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian boleh menyebabkan kufur?

Sangat Faham
Faham
Faham Sikit-sikit
Kurang Faham
Tak Faham
Perlukan Penjelasan Lagi



Hasil
Polling

Pemilih 7718

AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 41 pengunjung sedang online.

MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    4138004
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa

  • Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Terbitan Darussyifa'
    BUKU TERBITAN DARUSSYIFA’:
    “IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA’-DOA’ MUSTAJAB”

    Sebuah buku baru oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah mula dijual kepada orang ramai mulai 7hb. April 2008.  Buku ini bertajuk “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa’-doa’ Mustajab. Buku yang berharga RM10 senaskhah, pada masa ini hanya dijual di Pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.

    Dengan membeli buku ini bermakna anda juga telah menyumbang kepada Dana Pembangunan Darussyifa’. Buku ini patut dimiliki oleh semua ahli Darussyifa’ dan juga orang ramai yang sering mendapatkan rawatan di Darussyifa’.

    Untuk mendapatkan buku ini silalah berkunjung ke pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.


    Walaupun kulit buku ini bertulisan jawi, namun kandungannya adalah bertulisan rumi.

    Berikut  adalah petikan Kata Penerbit dan Mukadimah Tuan Guru yang dipetik dari buku tersebut;


    KATA PENERBIT

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

    Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana usaha untuk menerbitkan buku yang dinamakan “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab” akhirnya terlaksana juga.

    Buku ini disusun dengan sebegini rupa bagi memudahkan ahli-ahli Darussyifa’ untuk merujuk dan menghafal doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang menjadi asas dalam ikhtiar rawatan penyakit kepada masyarakat.

    Terdapat banyak doa-doa dan ayat-ayat al-Quran sebagai rawatan penyakit, bagaimanapun di dalam buku ini doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang dipilih oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din merupakan yang paling kerap diamalkan bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit.

    Buku ini dilengkapkan dengan Surah Yaasin, Bacaan Asas 10 Pertama, Bacaan Asas 10 Kedua, Rangkaian Zikir dan Doa-doa Mustajab. Disusun sebegini rupa supaya mudah untuk dibawa dan diamalkan ketika berjemaah (berkumpulan) atau seorang diri.

    Bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab, semua bacaan di dalam buku ini mempunyai terjemahan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan dan kekhusyukan apabila memahami makna doa-doa tersebut..

    Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia dan saya sebagai mewakili persatuan ini sangat mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari mereka yang membaca buku ini terutamanya ahli-ahli Darussyifa’.

    Penerbitan buku ini adalah suatu usaha murni untuk mengumpul khazanah ilmu-ilmu pengubatan Islam yang diturunkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din kepada kita semua dengan izin Allah SWT. Ahli-ahli Darussyifa’ adalah disarankan agar mengambil peluang untuk mengamalkan semua doa-doa yang disusun di dalam buku ini.

    Doa-doa ini semua menjadi amalan yang berterusan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan kita sebagai anak murid sepatutnya berasa bertuah kerana dapat memperoleh ilmu-ilmu ini daripada beliau.

    Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kepada semua pembaca buku ini dan semoga Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sekeluarga dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat . Amiiiiiin.

    Yang Ikhlas,
    Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad
    Pengerusi
    Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’)
    (11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H)


    MUKADIMAH TUAN GURU

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penghulu kita nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

    Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi.

    Ilmu bukan sesuatu yang senang diperoleh dan tidak boleh dinilai dengan mata benda dunia. Hidayah bukan sesuatu yang mudah kita perolehi. Taufik daripada Allah SWT amat sukar kita dapati. Namun jikalau kena caranya dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT, dengan tekad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan niat untuk memungkinkan kita menjadi tentera-tentera Allah, maka semua yang disebutkan tadi mudah untuk Allah SWT tunaikan kepada kita.

    Pengubatan Islam yang kita amalkan merupakan sedutan yang bersumber dari al-Quran, as-Sunah, amalan as-Salafussoleh, Ahluz-zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.
     
    Kita sekali-kali tidak mencampur-adukkan yang halal dan haram. Kita juga menolak sepenuhnya semua kaedah yang mempunyai unsur syirik. Dengan itu saya mewasiatkan kepada anda kaedah pengubatan yang halal dan yang bersih daripada kemurkaan Allah. Beramallah dengannya dan bantulah masyarakat yang amat memerlukannya.

    Belajar ilmu pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh saya daripada semua guru-guru saya termasuk daripada ayahanda saya sendiri. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

    Dengan ilmu yang ada melalui buku ini saya berdoa dan berharap semoga mereka yang beramal dengannya akan bersedia memenuhi seruan masyarakat kerana sangat besar ganjarannya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya;
     
     “Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan ini adalah lebih baik daripada kamu pergi beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan disiang harinya berpuasa, membaca al-Quran serta sembahyang sunat.” 
     
    Saya berharap anda akan berpegang kepada seruan ini sebagai satu amanat.
     
    Semoga Allah SWT   mengurniakan sepenuh keberkatan dan rahmatnya kepada kita semua di dunia dan akhirat insya-Allah.
     
    Ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingatimu.

    Ikhlas dari saya
    Dato’ Dr. Haron Din
    Pengasas & Penasihat  Darussyifa’
    11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H


    Berikut pula adalah isi kandungan buku ini;

    ISI KANDUNGAN BUKU

    KATA PENERBIT
    MUKADIMAH TUAN GURU
    MEMULAKAN MAJLIS DENGAN SURAH AL-FATIHAH
    SURAH YAASIN & TERJEMAHANNYA
    BACAAN ASAS 10 PERTAMA
    BACAAN ASAS 10 KEDUA
    RANGKAIAN ZIKIR

    DOA-DOA MUSTAJAB SELEPAS MAJLIS ZIKIR

    (1) Selawat & Pujian-pujian kepada Allah di Permulaan Doa
    (2) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala
    (3) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
    (4) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan
    (5) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
    (6) Doa Supaya Dilapangkan Hati
    (7) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
    (8) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
    (9) Doa Mohon Murah Rezeki
    (10) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
    (11) Mendoakan Orang Yang Hilang Barang

    PENDAHULUAN KEPADA IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT

    BENTENG PERTAHANAN DIRI
    (1) PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH
    (2) PENDINDING DENGAN AL-MUAWWIZAT
    (3) PENDINDING DENGAN AYATUL KURSI
    (4) PENDINDING DENGAN SURAH YAASIN AYAT  1 ~ 9
    (5) PENDINDING DENGAN DOA BERKUBU
    (6) PENDINDING DENGAN AYAT PENGGERAK

    KAEDAH RAWATAN PENYAKIT

    IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 1)

    Doa Asma
    Doa Bila Orang Datang Mengadu Sakit
    Doa Barah
    Doa Batu Karang
    Doa Bisa (Bismillah Tujuh)
    Doa Bismillah Lima
    Doa Buah Pinggang
    Doa Buasir
    Doa Campak
    Doa Darah Tinggi
    Doa Demam Panas
    Doa Gastrik
    Doa Gigi Sakit
    Doa Gusi Sakit
    Doa Gusi Bengkak & Bernanah
    Doa Gila Merian
    Doa Jantung
    Doa Kayap
    Doa Kenan & Kecacatan Bayi
    Doa Kencing Malam
    Doa Kencing Manis
    Doa Koma
    Doa Lumpuh & Doa Angin Ahmar
    Doa Sakit Mata Biasa (Merah & Berair)
    Doa Sakit Mata Buta Seluang
    Doa Sakit Mata Sebab Sihir
    Doa Sakit Mata Tahi Berlebihan
    Doa Nyanyuk
    Doa Penyakit Yang Sukar Diubati
    Doa Penerang Hati
    Doa Penerang Hati - Elak Lupa

    IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 2)

    Doa Hutang dan Murah Rezeki
    Doa Keselamatan Diri & Harta Benda
    Doa Kolesterol
    Doa Mandul – Mohon Mendapat Zuriat
    Doa Marah & Panas Baran
    Doa Menghentikan Tabiat Jahat
    Doa Pelembut
    Doa Penahan
    Doa Pendekat Jodoh
    Doa Rawatan Ulangan
    Doa Resdung
    Doa Sakit Dalam Dada – Sesak Nafas
    Doa Sakit Dalam Dada – Dada Berdebar-debar
    Doa Sakit Kepala
    Doa Sakit Perut
    Doa Sawan Biasa
    Doa Sawan Tangis
    Doa Selsema
    Doa Selusuh
    Doa Sukar Bersalin
    Doa Tidur – Gangguan Tidur
    Doa Tidur – Terkejut Daripada Tidur


    IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 3)

    Doa Alih Hujan
    Doa Bangun Tidur Mengikut Masa Yang Dihajati
    Doa Bayi Songsang
    Doa Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan
    Doa Darah Gemuruh & Fobia
    Doa Gaut
    Doa Histeria
    Doa Istikharah
    Doa Kanak-kanak lambat bercakap
    Doa Menentang & Merawat Sihir
    Doa Pemutus Susu & Henti Tabiat buruk
    Doa Pemutus Ubat
    Doa Pengasih (Ayatul Mahabbah)
    Doa Penjaga Harta dan Ahli Keluarga
    Doa Penunduk
    Doa Sakit Pinggang
    Doa Tahnik
    Doa Telepathy
    Doa Tercekik Tulang
    Doa Tiup Pada Air
    Doa Tulang Patah
    Sayyidul Istighfar
    Selawat Munjiyyah
    Ucapan Syahadah Kepada Pesakit Menderam
    Kaifiat Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
    Pesanan Penting Tuan Guru


    **** ** Belilah Sambil Menderma Untuk Dana Pembangunan Darussyifa’ *********

    Dipublikasi pada Monday, 07 April 2008 oleh admin

     
    Link Terkait
    · Lebih Banyak Tentang
    · Berita oleh admin


    Berita terpopuler tentang :
    PENGALAMAN MASUK DALAM KAABAH


    Nilai Berita
    Rata-rata: 4.80
    Pemilih: 42


    Beri nilai berita ini:

    Luar Biasa
    Sangat Bagus
    Bagus
    Biasa
    Jelek


    Opsi

     Versi Cetak Versi Cetak


    Tidak ada komentar pada berita ini.

    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)
    3. Ustaz Roslan (019-239 8573)


    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)