bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
kesembuhan
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    23456088
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    MESYUARAT AGONG KOPERASI DARUSSYIFA’ YANG PERTAMA

    Pada hari Isnin, 2hb. Julai 2007, Koperasi Darussyifa’ Berhad telah mengadakan mesyuarat Agungnya yang pertama. Mesyuarat Agung ini telah di adakan di Dewan Solat Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi pada jam 9:00 malam.

    Pendaftaran Koperasi Darussyifa’ Berhad telah diluluskan pada 30hb. April 2007 oleh Pendaftar Koperasi Wilayah Persekutuan.

    Menurut seksyen 38 Akta Koperasi, Mesyuarat Agung mesti diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pendaftaran di luluskan. Dengan itu bagi memenuhi keperluan akta ini, mesyuarat agung pertama ini telah diadakan dalam tempoh tersebut.


    Mesyuarat Agung ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad yang dipilih sebulat suara oleh perwakilan. Mesyuarat ini dimulakan dengan pemilihan  Ahli Lembaga Pengurusan Koperasi Darussyifa’ Berhad.

    Ketika Mesyuarat Agung ini diadakan ahli Darussyifa’ yang telah mendaftar sebagai ahli Koperasi Darussyifa’ Berhad adalah seramai 110 orang.

    Berikut adalah senarai ahli Lembaga Pengurusan Koperasi Darussyifa’ yang telah dipilih dan disahkan dalam mesyuarat ini;

    Yang Dipertua:
    Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

    Pengerusi:
    Dr. Hj. Abd. Rahman bin M. Derus

    Setiausaha:
    Hj. Jamaluddin bin Norsahan

    Bendahari:
    Hj. Zulkiply bin Mohd. Dahlan

    Anggota Lembaga:
    Hj. Abd. Rashid bin Ahmad
    Hj. Mokhtar bin Kassan
    Hj. Hamdi bin Dato’ Haron

    Selain jawatan di atas jawatan berikut juga dilantik;

    Penasihat Koperasi :
    Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad
    Tuan Haji Ahmat Murtza Saleh

    Juru Audit:
    Tuan Haji Abdul Rahman Nawas

    Pentadbiran:
    Tuan Haji Md Roslan Mohammad

     

    Setelah pemilihan ahli Lembaga dibuat, Pengerusi Koperasi yang di pilih iaitu Dr. Hj. Abd. Rahman bin Derus menyampaikan taklimat dan penerangan tentang penubuhan Koperasi Darussyifa’ Berhad.


    Selain daripada itu, Tuan Haji Ahmat Murtza Saleh selaku penasihat Koperasi Darussyifa’ Berhad juga menyampaikan penerangan tentang hala tuju dan pengendalian Koperasi yang akan dilaksanakan di masa akan datang.

    Akhir sekali, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menyampaikan ucapan di mana beliau menyeru ahli Darussyifa’ supaya memberikan sokongan terhadap penubuhan Koperasi ini. Walau bagaimanapun, Tuan Guru meminta perwakilan dan ahli lembaga yang dipilih supaya mempertimbangkan semula tentang pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Koperasi ini. Beliau tidak bersedia dengan pelantikan ini kerana bimbang dengan perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan beliau yang sebagai ahli politik di atas jatuh bangunnya Koperasi ini.


    Sebelum mesyuarat ini berakhir, Tuan Guru membacakan doa untuk memohon keberkatan dari Allah SWT agar koperasi ini diberkati dan mencapai matlamat yang disepakati bersama dengan kebaikan yang berterusan dan berpanjangan.

    Nota:
    Dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Darussyifa’ Berhad pada 9hb. Julai 2007, Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahim Abdullah iaitu mantan Timbalan Pengarah, Jabatan Kerja Raya telah dilantik sebagai Yang Dipertua Koperasi Darussyifa’ Berhad.

    ====================================

     
    PERUTUSAN OLEH PENGERUSI KOPERASI DARUSSYIFA’ BERHAD
    DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHD DERUS

    A. TUJUAN EDARAN

    Objektif am kertas edaran ini adalah untuk menerangkan penubuhan Koperasi Darussyifa’ Berhad kepada anggota, bakal anggota dan ahli Darussyifa’ bagi menyertai dan menganggotai koperasi ini.

    B. PENUBUHAN KOPERASI

    1. Penubuhan koperasi ini adalah atas cetusan idea Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Cetusan ini telah disampaikan kepada Pengerusi Darussyifa’ Tuan Hj. Abdul Rahman Ahmad yang kemudiannya telah mengambil langkah menubuhkan koperasi ini. Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr, Haron Din mengharapkan dengan penubuhan koperasi ini boleh mewujudkan satu badan ekonomi yang dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial kepada ahli koperasi khasnya dan keseluruhan ahli Darussyifa’ amnya.

    2. Langkah penubuhan telah dilaksanakan oleh satu Jawatankuasa penaja yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Abdul Rahman bin Ahmad. Alhamdulillah dengan kerjasama dan dengan persetujuan kesemua Jawatankuasa Darussyifa’ dan ahli kini koperasi telah pun didaftarkan.

    Name                  : KOPERASI DARUSSYIFA’ BERHAD
    No. Pendaftaran    : W60407
    Tarikh Daftar        : 30 April, 2007
    Fungsi                 : Perkhidmatan
    Keanggotaan        : Terbuka kepada semua ahli dan keluarga ahli Darussyifa'

                               i.  Syer rnininia       : RM 100.00
                              ii. Bayaran masuk    : RM   20.00

    C. AKTIVITI KOPERASI

    Di antara tujuan yang digariskan di dalam kertas kerja penubuhan Koperasi ini ialah:

    1. Melaksanakan aktiviti kebajikan kepada ahli DARUSSYIFA’
    2. Melaksanakan aktiviti ekonomi yang berkaitan percetakan, pembangunan tanah dan pengedaran/pengeluaran air minuman seperti RO (Reverse Osmosis) dan DW (Drinking Water).
    3. Melaksanakan aktiviti Umrah dan Ziarah, dan
    4. Lain-lain aktiviti yang bermanfaat.
    Keterangan

    Darussyifa’ adalah satu pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1989 dengan objektif seperti yang diperuntukkan dalam Fasa 4 Undang-Undang Kecil. Aktiviti utama adalah Kuliah Pengubatan Islam dan Khidmat Perubatan di Bangi dan di seluruh negara. Hingga kini ahli Darussyifa’ berjumlah hampir 2000 orang dan akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. Pihak Jawatankuasa Pentadbir Darussyifa’ bersetuju dan membuat keputusan menubuhkan koperasi atas dasar:

    1. Koperasi akan menjalankan aktiviti yang akan membantu meningkatkan sosio-ekonomi ahli yang bernaung di bawah persatuan ini. Aktiviti yang akan dilaksanakan berkaitan dan seiringan dengan aktiviti Darussyifa’ seperti:

    i. Penerbitan dan percetakan buku syarahan agama dan lain-lain terutama syarahan Y.Bhg Tuan Guru.
    ii. Pengedaran dan pembekalan air untuk tujuan pengubatan.
    iii. Menjalankan aktiviti Umrah dan Ziarah.

    2. Darussyifa’ telah ditubuhkan hampir 18 tahun, memiliki bangunan dan 2 lot tanah di Seri Iskandar, Tronoh Perak (16 ekar) dan Sungai Merab, Selangor (2 ekar). Tanah tersebut belum dimajukan dan dicadangkan akan dibangunkan melalui Koperasi ini.


    3. Melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk takaful dan khairat kematian serta sumbangan.


    4. Untuk mewujudkan persepakatan antara ahli-ahli dengan menjalankan aktiviti secara dua hala


    D. FAEDAH LANGSUNG & TIDAK LANGSUNG KEPADA ANGGOTA

    Pengurusan Koperasi berlandaskan peruntukan Undang-Undang Kecil yang diperbadankan di bawah Akta Koperasi 1993. Mengikut Undang­-undang Kecil, Koperasi diuruskan oleh satu Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada enam (6) orang dan tiga (3) Juru Audit Dalaman Manakala pihak Koperasi akan melantik kakitangan untuk urusan harian.

    Lembaga Pengurusan Koperasi

                1.         Yang Dipertua: (Belum disahkan lagi sehingga 17 Julai 2007)
                2.         Pengerusi           : Hj. Abd. Rahman bin M. Derus
                3.         Setiausaha          : Hj. Jamaluddin bin Norsahan
                4.         Bendahari           : Hj. Zulkiply bin Mohd. Dahlan
                5.         Anggota Lembaga:
                                                      Hj. Abd. Rashid bin Ahmad
                                                      Hj. Mokhtar bin Kassan
                                                      Hj. Hamdi bin Dato’ Haron

     
    E. KEANGGOTAAN

    Keanggotaan Koperasi Darussyifa’ Berhad adalah terbuka kepada Ahli Darussyifa’ dan Keluarganya (seperti Isteri, anak-anak dan ibu-bapa)

    Harapan Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din iaitu adalah wajar semua warga Darussyifa’ menganggotai Koperasi ini. Jadikan ia sebagai koperasi kita bersama dan berilah sokongan dan apa juga buah fikiran dan sumbangan yang membina.

    Borang permohonan keanggotaan boleh diperolehi di Pejabat Darussyifa’ atau boleh dimuat turun di bawah ini.


    F. PENUTUP

    Pihak Lembaga Pengurusan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Darussyifa’ yang telah menganggotai Koperasi ini den mengharapkan semua ahli Darussyifa’ yang belum menganggotai dengan sukarela menjadi anggota. Pihak Lembaga juga merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada Y,Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din yang menjadi pencetus idea kepada penubuhan koperasi ini dan sama-samalah kita berdoa agar koperasi kita beroleh kejayaan dan keredaan Allah SWT.

     
    Yang benar,

    DR. HAJI ABD. RAHMAN BIN MOHD. DERUS
    Pengerusi
    Koperasi Darussyifa’ Berhad

     
    Dipublikasi pada Tuesday, 17 July 2007 oleh admin

     
    Link Terkait
    · Lebih Banyak Tentang
    · Berita oleh admin


    Berita terpopuler tentang :
    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD


    Nilai Berita
    Rata-rata: 5
    Pemilih: 5


    Beri nilai berita ini:

    Luar Biasa
    Sangat Bagus
    Bagus
    Biasa
    Jelek


    Opsi

     Versi Cetak Versi Cetak


    Tidak ada komentar pada berita ini.

    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada jawapan maka sila hubungi  nama-nama berikut;

    1. Encik Rahimi (012-2590432)
    2. Encik Hamizi (012-3153797)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)