bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
kesembuhan
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    23335166
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • PERKEMBANGAN RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI USA
    PERKEMBANGAN TERKINI RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA USA

    Kemaskini: Sabtu 11-Sep-2010 (2-Syawal-1431H) @ 3:26 PM



    Standford University Medical Centre


    31-Ogos-2010 @ 9:00 Pagi
    Tuan Guru Berjalan Masuk Ke Standford Hospital
    Untuk Menjalani Pemeriksaan Awal


    1-Sep-2010 @ 7:45 Pagi 
    Sedang Menunggu Untuk Pendaftaran Prosedur Angiogram



    Sabtu 11-Sep-2010 (2-Syawal-1431H) @ 3:26 PM

    Salammmm...

    Ada kisah menarik untuk dikongsi dengan tuan-tuan....
    Umum mengetahui akan perihal ketatnya kawalan keselamatan di balai berlepas dan ketibaan lapangan terbang selepas peristiwa 9/11, apatah lagi di negara-negara yang sentiasa takutkan bayang-bayang sendiri.

    Ahli misi rombongan kita terpaksa berdepan dengan pemeriksaan kawalan yang sukar di Manila dan perkara yang lebih dahsyat memang dijangkakan apabila tiba di SFO.
            
    Apabila pesawat selamat sahaja mendarat di lapangan terbang SFO,maka seperti biasalah semua akan beratur dengan taatnya untuk diperiksa seorang demi seorang. Seorang berketurunan Cina yang beratur di depan jelas wajahnya yang amat sedih dan tidak berpuas hati apabila seluruh isi beg dibongkar serta  kotak-kotaknya ditores tanpa satu pun dibiarkan pada keaadaan asal.

    Tiba pada giliran adinda Hamdi,beliau telah ditahan....Kenapa  ???.....
    Kerana adinda Hamdi ketika itu memakai jaket dengan lambang Darussyifa'   !!!!
    ......Mulanya pegawai yang bertugas seorang perempuan (memang nampak garang pun), telah memanggil pegawai-pegawai lain. Keadaan jadi agak kecoh sedikit. Maka berlakulah sessi penerangan mengenai darussyifa'....(wuuishhh...glamer tuh).

    Tanpa berlengah mereka terus melayari laman rasmi kita dan Alhammdulillahh....demi terpandang wajah TG kita yang menghiasi laman tersebut, sepantas kilat air muka mereka bersinar dan seperti kena tiup surah Toohaa.(fhoooohhhhh..)......sambil menunjuk-nunjuk  pada rakan-rakan sejawat gambar TGHD dan berminat mengetahui aktiviti kita....non-profit organization....helping people in need regardless of religion.....founder of darussyifa'....bla...bla..bla.....dan yang garang macam singa tadi pun seakan mengalami transformasi.....

    Sempat juga mereka bertanya samada kita ada cawangan di Iran dan Pakistan dan sekiranya sayap aktiviti kita melebar hingga ke sana....

    Alhamdulillahhh.....dalam web kita pun mereka telah mendapat jawapan walaupun telah diberi pencerahan dengan panjang lebar oleh aktivis-aktivis misi.(sekalung tahniah buat pendukung-pendukung laman web kita....takbeeer  !!)

    Hati yang mulanya keras kalhajaar,kini semakin terbuka dan dapat disaksikan dari riak air muka yang kini dihiasi senyuman serta bahasa yang semakin sopan.Dengan kudrah dan inayahNya, seluruh ahli rombongan kita tidak perlu melalui pemeriksaan biasa yang tidak masuk akal itu,malah beg-beg tidak dibuka langsung serta beg juga tidak perlu melalui pemeriksaan imbasan (scanning)...

    Alhamdulillaahhh.......Tabaaarakallahhh.....Selaamattt  dan muuudaahhh.....

    Semuanya bermula.....kerana  Jaket Daaaarussyifa'............serta bantuan Allah s.w.t.

    Sekian.. Wassaalamm....

    Minal A'idil Wal Faaizziiiinnnnn.....

    Huda
    SG0157


    Sabtu 11-Sep-2010 (2-Syawal-1431H) @ 8:11 AM

    Salam......


    Depa bikin kezzzutannn....


    Sampai tanpa khabar berita......pakat-pakat naik teksi balik rumahhhh.....isk...isk...


    Wasssaalammm...

    Huda
    SG0157


    Khamis 9-Sep-2010 (30-Ramadan-1431H)


    Gambar-gambar kenangan yang diambil oleh Saudara Amir Razelan (amir.razelan@gmail.com) di Airport San Francisco sebelum Tuan Guru & Keluarga bertolak pulang ke Malaysia. Tarikh di San Francisco: 8-Sept-2010 (Rabu).



    Berjalan mengiringi YBhg Tuan Guru Haron Din ke balai tiket. Amat jauh berbeza keadaan beliau sebelum dan selepas pembedahan. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau...ameen.


    Menyiapkan meja untuk iftar di SF Airport...


    Like any lovely couple, TGHD chose to share a meal with Kak Jah...bliss :-)


    What's for iftar.... lamb and chicken shawerma ;-)


    Selepas iftar. TGHD dan Sheikh Imam Suhaib D Webb (the coolest imam ;-))


    Berjalan menuju Gate A7, Philippines Airlines


    Gambar kenangan sebelum berlepas. Dari kiri, Faizal (ahli keluarga MIDA San Jose), Hj Najmi, Hj. Hamdy, Hj. Sohaimi (MIDA Director), Dr. Azlin, Amir, TGHD, Sheikh Suhaib Webb, Shahrul Rizal Sohaimi.


    Nota:
    Maklumat lanjut tentang MIDA sila ke link berikut;
    http://www.mida.gov.my/en_v2/index.php?page=united-states-of-america



    Mesej Terbaru darpada Tuan Guru

    Alhamdulillah, saya baru selesai berjumpa dengan Doktor Alan sebentar tadi. Doktor mengesahkan segalanya2 memuaskan. Tapi saya perlu lebih rehat setelah pulang dan kami sedang mencari penerbangan yang boleh pulang. Yang telah kompom selepas raya baru tiba Malaysia. Kalau sebelum raya, masih dlm waiting list. Besar kemungkinan, 6 org sekaligus susah didapati. Kami hanya mencuba, nampak gaya lepas raya baru sampai.

    Haron Din
    7-Sept-2010
    11:30 AM
    Palo Alto, San Fransisco,
    California USA



    Rabu 8-Sep-2010 (29-Ramadan-1431H) @ 7:54 AM

    Salam....
    Minta maaf banyak-banyaaaak....time solat Terawikh tak ada cameraman sorang pun....semua asyik makhsyuuk menghayati ruuh Terawikh dari yang tua hingga sekecil-kecilnyaa..
    Jam 11.00am (zon waktu CA) 7-Sept ialah tarikh temujanji dengan Dr.Alan Yeung.
    Seawal 9 pagi lagi TGHD telah bersiap sedia untuk ke hospital dan memilih untuk berjalan kaki.
    Jalan rentas ke Hospital Stanford cuma 1.5km tetapi sengaja TGHD menyusuri jalan yang lebih jauh (2.8km) yang mengambil masa lebih kurang 50 minit.
    Pertemuan dengan Dr.Alan Yeung seperti yang dijanjikan berjalan dengan baik, apatah lagi personaliti Dr.Alan yang 'warm,very informative and down-to-earth'.

    Tekanan darah BP 150/80(jalan jauh sikit kot).Luka tusukan trokar (large bore) angiogram masih membengkak dan lebam masih jelas kelihatan, tetapi menurut Dr.Alan akan reda dalam 2-3minggu.
    Diameter graft berjaya ditambah secara anatomikal kepada 5.4mm daripada 2.9mm (4mm minimum to be functionally acceptable).
    Sakit dada semasa di ICCU dilaporkan , adalah disebabkan 'Post Stent Dilation Pain' kerana regangan (stretching) melebihi 70%.
    Ada satu penemuan sampingan....Renal Artery Stenosis(penyempitan salur arteri buah pinggang).....which might be contibuting to or aggravating the hypertensive states.........(kakRos a.k.a Mek Ros mungkin boleh komen...for intervention???)

    Alhamduliillaaahh.....
    Semua sedang berusaha mendapatkan penerbangan balik yang ketika ini on 'waiting list'.....ada seat yang confirm tapi ada yang waiting list....Agak sukar untuk mendapat keenam2 seat pada satu-satu masa....takkan nak tinggai separuh kat sana.Walaubagaimanapun Dr.Alan menyarankan agar tidak diberi bebanan yang berat kepada jantung dan menasihatkan agar pendedahan aktiviti dilakukan secara beransur-ansur dan tidak mengejut.
    Terima Kasih kepada semua yang bersama-sama membantu meringankan ibtila' ini samaada dari segi fizikal, emosi dan spiritual...

    Hanya Allah s.w.t yang layak membalasnya....

    Wassalaammmm
    Huda
    SG0157



    Selasa 7-Sep-2010 (28-Ramadan-1431H) @ 8:26 PM


    1) Di pintu masuk rumah Tuan Hj Suhaimi
    2) Menunggu untuk berbuka puasa
    3) Berbuka dengan anak-anak Malaysia di perantauan
    4) Moreh Selepas Solat Tarawih
    5) Mendengar Tazkirah Tuan Guru
    6) Aktiviti yang sentiasa sinonim dengan Tuan Guru - Merawat


    Isnin 6-Sep-2010 (27-Ramadan-1431H) @ 10:36 PM

    Khusus kepada anak-anak murid Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Silalah dengar amanat Tuan Guru ini.



    Ucapan Dari Palo Alto, San Fransisco, California USA

    Atau klik di link berikut;
    http://www.ahlidarussyifa.org/darussyifa/audio/Ucapan.Tuan.Guru.Selepas.Rawatan.Jantung_6sep2010.mp3



    Sabtu 4-Sep-2010 (25-Ramadan-1431H) @ 02:03 PM

    Assalaaamualaikum wbt.

    Increment in health status is definitely grossly noticeable.

    Our beloved TGHD is challenging the heart in every way possible......(although Dr.Alan warned, not to push tilll angina creeps in).....showering in cold freezy SFO water with rigourous scrubbing and off course ,brisk walking with increased intensity and distance......(done everyday esp after saahuuuuurrr and before Iftaaarr).
    The 'pengiring' is having a hardtime catching up with him now    ......

    The last  they had together, TGHD managed to add another 200m in his 4.4km post angio record .

    No single GTN dose is required up till now, even with those activity and mealtime which rated as heavy in his scale.......Alhaammdulilaahhhh

    TGHD came to SFO with his shining office shoes.......now is seriously looking for a pair of good sportshoes... and adding the pressure for his 'pengiring' to be at par.

    We are wainting in patience for the next riview by Dr.Alan Yeung (7th Sept)

    Maasyaaallaahh....Tabaaarakallaahhh..

    All praise is due to Allah..

    Huda
    SG0157
    (maaf tuan moderator "dengan izin")



    1. Bersiap untuk Exercise
    2. Warming Up
    3. Brisk Walking
    4. Berhenti Rehat
    5. Berhenti Rehat
    6. Berhenti Rehat
    7. Selepas Berjalan sejauh 4.4 Km



    Jumaat 3-Sep-2010 (24-Ramadan-1431H) @ 12:55 PM

    Dari pena Ustaz Haron Din
     
    Dgn rahmat Allah, saya telah menjalani rawatan jantung di Hospital Stanford California pada 31 Ogos dan dibenar keluar pada 2 Sept, masalah jantung saya telah dikenalpasti, dan diatasi menerusi 'stent'.

    Menerusi beberapa test dan exercise, masalah jantung saya jauh bertambh baik dari dahulu. Hari ini, saya berjalan kaki sejauh 4.4km tanpa bantuan ubat 'GTN spray'.

    Rawatan susulan pada 7 sept. Lepas itu baru tahu samaada boleh terbang pulang atau belum.

    Bantuan, sokongan dan doa adik beradik, saudara mara serta sahabat2 amat dhargai.
     
    Terima Kasih
    Yang Benar,
    Haron Din
    California,USA
    Khamis 2-Sep-2010 @ 9:30 malam (Waktu USA)
    Jumaat 3-Sep-2010 @ 12:30 tengahari (Waktu Malaysia)


    Jumaat 3-Sep-2010 (24-Ramadan-1431H) @ 06:05 AM

    Salam..

    Semalam luka tusukan (puncture wound) kawasan angioram mengalami perdarahan memandangkan trokar angiogram disana agak besar.
    Ini kerana ianya dilengkapi alatan kamera untuk memeriksa diameter lumen salur terbabit,

    Setelah redressing dan external compression yang agak lama barulah perdarahan terkawal.
    Waktu melawat Intermediate Cardiac Care Unit ialah 11pg-8mlm dipergunakan sepenuhnya dengan bergilir-gilir menemani TGHD.
     
    Review ECG post angiogram juga menolak kemungkinan kesesakan dada yang berasal daripada kardiak(of cardiac in origin)

    Setelah sedar daripada sedation,TGHD berasa lapar tetapi makanan di kafeteria hospital memang mencurigakan.

    Yang terang-terangan perlu disembelih tu,memanglah 'out of question' tapi menurut Dr.Azlin 'tuna sandwich bodoh' tu pun disediakan bersama 'white wine  !!!'.......memang tertera pada ingredientnya...Aduuuhh....tapi disebabkan TGHD masih lemah dan perlukan glukos to boost up the energy...serta belum masanya hidangan makanan hospital.maka akhirnya Dr.Azlin terpaksa berpuashati dengan membeli roti bersama cheese untuk TGHD.

    Dr.Azlin ada bertanyakan jururawat bertugas penyediaan makanan di hospital.Dengan bangganya dia menyebut yang makanan yang disediakan tidak dicampur liquor lagi halal(???) sambil memberi menu chit untuk pesanan.....menu utama hari itu..........main course  1) roasted beef   ..or 2) pork chop.....tu dia aiiihh...kansel terus.....
    Rezeki ,Allah hantar bila ada saudara kita disana menghantar makanan dan dapatlah TGHD menjamu selera......

    Tidak ada jalan lain melainkan mendapatkan sumber yang diyakini di Halal Market yang perlu menaiki teksi 30-45mt satu hala(pergi balik sejam lebih).
    Pagi ini,keadaan makin stabil, demam berkurangan, stabilization of blood pressure with appropriate rehydration.

    Setelah  ward round Dr Alan membenarkan pulang dahulu (nak makan pun senang)-- to challenge the heart by walking and other strenuos activity....lebihkurang macam 'test -drive' lah....and to come again (TCA) fo review.

    Huda
    SG0157
    p/s...Harap maaf....campurerization....nak cepat.




    Keletihan Setelah Discharge - Sedang Menunggu Untuk Balik Ke Hotel
    Khamis, 2-Sep-2010 @ 11:40 Pagi (Waktu USA) /
    Jumaat 3-Sep-2010 @ 2:40 Pagi (Waktu Malaysia)




    Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 02:16 PM


    Salam...

    Baru lepas video conferencing dengan Dr.Azlin

    TGHD sekarang ditempatkan di IICU (Intermediate Intensive Care Unit) for 24hours continuous monitoring.

    Prosedur yang memakan masa yang agak lama (4jam) serta sejumlah dye yang masuk agak banyak menyebabkan tekanan darah TGHD mencanak naik sehingga 200/100 ketika angioplasty.

    Pukul 5 pm(waktu US) baru  TGHD sedar tapi dalam keadaan amat letih.(masuk 8 pagi)
    Sekarang ini,suhu badan meningkat dan didapati demam.
    Tekanan darah pula menurun hingga diastolik mencecah 40  (hipotensif) kerana TGHD mengalami dehidrasi(kekontangan).

    Setakat ini sebanyak 2L N/S telah di suntik melalui jalan intravena.
    Pukul 7.30 ptg (waktu US) ada sahabat yang menghantar nasi beriyani,TGHD dapat makan dengan bantuan tetapi dalam kuantiti yamg memadai kerana dadanya masih terasa berat dan senak.

    Dr.Alan Yeung telah melawat 2 kali selepas prosedur dan didapati sakit dada bukan disebabkan gangguan fungsi jantung tetapi kesan muskuloskeletal prosedur.
    Ketika ini TGHD is heavily sedated with valium.

    Insyaallah updating after Dr's round tomorrow.

    Huda
    SG0157


    Di IICU (Intermediate Intensive Care Unit)



    Still Under Heavy Sedation



    Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 12:15 PM



    Salam...

    Alhamduliillaaaahhh berkat doa semua lebih-lebih lagi dengan barakah Ramadhan TGHD selesai angiogram with angioplasty done.

    Nampaknya Dr.Alan, berpuashati dengan prosedur tersebut dan tidak meneruskan dengan 'off pump surgery'...Alhamdulillaahh...

    Biasanya prosedur angiogram akan mengambil masa 20-30 minit, tapi dalam kes TGHD ,Dr.Alan memerlukan 3 jam untuk benar-benar yakin.!

    Ini bermakna jam 12.16pm baru selesai(3.15a.m waktu Malaysia)...dan selepas itu stabilization for 1hr.

    Penyempitan ketara di kesan pada pangkal graf salur darah LAD (left anterior decending).

    Sepatutnya diameter saluran tersebut melebihi 4mm, tetapi penyempitan di kesan hingga ukuran diameter cuma tinggal 2.9mm.

    Setelah dipasang stent, ukuran diameter graf akan meningkat kepada 5mm.

    Selepas dipindahkan ke wad biasa,TGHD akan dipantau berkala 24jam.

    Let's pray the graft is functionally sound as it is anatomically convincing.


    Huda
    SG0157



    Menanti Di Luar Hospital


    Kaunter Pendaftaran Prosedur Angiogram


    Sebelum memulakan prosedur angiogram-tersenyum dan ceria.....pakai jaket Darussyifa' lagi


    Rabu 1-Sep-2010 (22-Ramadan-1431H) @ 9:16 AM

    Salam..

    Peningkatan tahap kesihatan, jelas dari sehari ke sehari.

    Semalam TGHD berusaha berjalan kaki kearah Stanford Hospital (1.5km jalan short-cut).Dengan cuaca petang yang agak sejuk, serangan 'angina' yang ringan mula dirasai pada jarak 700m.Walaubagaimanapun serangan ringan tersebut tidak membawa kepada keperluan GTN spray,dan masih mampu berjalan pulang ke Best Western riviera.

    Pemeriksaan fizikal bersama Dr.Alan Yeung berjalan lancar.Hari ini persediaan untuk rawatan yang akan dimulai dengan Angiogram jam 8a.m zon waktu C.A bersamaan 11mlm waktu kita.TGHD akan mula berpuasa(memang dah puasa pun) kiv 'off pump surgery'.Kita semua berharap agar angioplasty sahaja cukup untuk mengatasi masaalah terkini memandangkan kaedah 'non-invasive' membawa kesan-kesan sampingan yang kurang serta proses rehabilitasi yang mudah, terkawal serta singkat.Saya yakin dengan penerangan Dr.Alan Yeung, yang akan cuba meneroka kaedah yang sama tetapi melalui jalan pintas yang lain akan menemui kejayaan ...Insyaallah.....

    Sama-sama kita berdoa.....

    Huda
    SG0157


    Selasa 31-Ogos-2010 (21-Ramadan-1431H) @ 12:57 PM

    Salam..

    Hari ini 31 ogos 2010 jam 9.a.m zon waktu CA bersamaan 12 tengahmalam zon waktu kita,TGHD dijadualkan bertemu cardiologist Dr.Alan Yeung.

    Bentuk rawatan Insyaallaahh akan diputuskan selepas temujanji ini.


    Tuan Haji Suhaimi
    Tuan Guru Bergambar Dengan Tuan Haji Suhaimi Sekeluarga Selepas Berbuka Puasa di Bilik Hotel


    Mungkin dengan rehat yang mencukupi serta jauh sikit dari 'masaalah-masaalah negara' maka kesihatan TGHD bertambah baik disana.

    Serangan-serangan jantung yang teruk hampir tiada, dan dapat makan dengan selera yang baik,berbanding ketika di Malaysia , TGHD hanya dapat menjamah sedikit sahaja makanan untuk mengelakkan 'angina'. 2 sahabat kita disana juga banyak membantu dalam urusan keperluan harian.

    Laporan akan bersambung setelah mendapat perkhabaran.

    Huda
    SG0157


    Ahad 29-Ogos-2010 (19-Ramadan-1431H) @ 04:00 PM

    Salam..

    Sesampai di lapangan terbang SFO, rombongan TGHD telah disambut oleh En.Amir Razelan dan Tn.Hj Suhaimi yang telah menghubungi saya terlebih dahulu melalui emel.Alhamdulillahh...syukur rasanya dihantar Allah orang kita untuk membantu.(ada sesiapa boleh bagi info mengenai mereka berdua...orang darussyifa' ke?).

    Amir Razelan
    Tuan Guru Bergambar Dengan En. Amir Razelan Selepas Berbuka Puasa di Bilik Hotel


    Sepanjang perjalanan TGHD hanya memerlukan spray GTN sekali shj.Perjalanan yang mungkin meletihkan menyebabkan TGHD memerlukan kerusi roda sepanjang perjalanan.

     Pengangkutan ke tempat tinggal telah disediakan oleh rakan kita berdua tersebut serta mereka telah menyediakan makan malam untuk kesemua ahli rombongan..Maasyaaalllahh.....


    Semuanya telah sampai dengan selamat ke Best Westrn Riviera.Alhamdulillaahh......

    Wassalammm
    Huda
    SG0157

    Best Westrn Riviera
    Best Westrn Riviera

     .

    .

    .

    .


    Ahad 29-Ogos-2010 (19-Ramadan-1431H) @ 01:05 PM

    Salam semua.. Alhamdulillah rombongan selamat sampai d San Francisco 1148hr waktu Malaysia.. Semuanya sihat termasuk TG & Mama (walaupun Mama pitam ketika di terminal C KLIA) ..

    Sekarang sedang menunggu transport utk ke tempat penginapan..

    Turutan perjalanan
    Waktu Malaysia:
    1540hr tiba di Changi Airport Singapura
    2116hr tiba di Mnanila Airport Philippine
    1148hr tiba di San Francisco International Airport..

    Khairy

    Manila Airport
    Transit di Manila Airport


    Rabu 25-Ogos-2010 (15-Ramadan-1431H) @ 03:59 PM

    PERINGATAN KETIKA MENGHANTAR TUAN GURU DI  KLIA AIRPORT
     
    Assalamualaikum teman-teman seperguruan,

    Ramadhan al Mubarak, semoga segala urusan berjalan lancar hari ini dan di rahmati Allah.
     
    Terima kasih atas doa yang  dipanjatkan, semoga diperkenan doa-doa kita InsyaAllah..
    Alhamdulillah jadual penerbangan sudah pun peroleh seperti yang dimaklumkan oleh Dr Huda.
     
    Izinkan saya berkongsi sedikit pandangan di sini mengenai beberapa perkara.
    Pada hari keberangkatan TG, saya yakin ramai teman-teman, anak murid, kenalan ,saudara mara, keluarga akan dan teringin menghantar TG di KLIA. Ianya sangat di alu-alukan,
    kerana sokongan tuan-tuan akan menaikkan semangat TG InsyaAllah.
     
    Saya juga membayangkan  pada hari tersebut keadaan akan menjadi sedikit sesak. Mungkin saya silap, mungkin tidak, tetapi jikalau sesak, keadaan itu berkemungkinan akan menyumbang kepada keletihan dan melemaskan TG. Saya berpendapat perkara ini patut dielakkan kerana perjalanan TG yang sangat panjang dengan dua transit (Singapore , Manila) pastinya memenatkan TG lebih-lebih lagi dalam keadaan kesihatannya.
     
    Dengan itu timbullah persoalan,
    Boleh kah kita pergi ke KLIA menghantar TG? .... pandangan saya ialah.... silakan, datang lah beramai-ramai pada siapa yang mampu untuk memberi sokongan dan iringan doa..
    Macamana dengan pandangan tadi, kehadiran yg ramai akan meletihkan dan melemaskan TG?........ saya ada beberapa cadangan yang ingin saya kongsi..
    Perkara yang menyumbang kepada memenat, meletih dan melemaskan TG, WAJIB dielakkan. Apakah perbuatan atau perkara tersebut? diantaranya:
     
    1) Yang selalu menjadi kebiasaan ialah HAJAT- janganlah ada diantara tuan-tuan mengambil kesempatan untuk doakan air dan sebagainya, dan pastikan kita tegah kalau ada sesiapa yang kita kenal hendak berbuat demikian.
    2) Bersalaman - bersalam memerlukan tenaga, lebih-lebih lagi TG yang sentiasa bersungguh ketika bersalam, ini akan mengalir keluarkan tenaga beliau, lebih-lebih lagi dalam keadaan berpusu-pusu dan berpusing 190 - 200darjah jika tuan-tuan mengerumuninya.
    3) Mengerumuni atau berada dalam jarak yang DEKAT dengan beliau ketika menunggu di ruang legar KLIA, perkara ini akan menyebabkan beliau lemas dan rimas. jika perkara ni berlaku selalunya TG akan bersegera untuk masuk ke dalam.
     
    Saya mencadangkan di sini supaya tuan-tuan
        - Tidak mengerumuni TG, dengan memberi ruang yang secukupnya pada beliau, jarakkan diri tuan-tuan dengan lontaran senyuman.
        - Mencari ruang dan masa yang sesuai untuk bersalaman dengan TG dan jika ada rezeki bersalam dan beredar dengan segera setelah bersalaman. ATAU YANG TERBAIK
        - MENUNGGU SAAT AKHIR UNTUK BERSALAM IAITU KETIKA BELIAU HENDAK BERJALAN DARI KAUNTER TIKET ATAU RUANG LEGAR KLIA KE PINTU MASUK MENUJU KE    IMIGRASION DENGAN MEMBUAT HANYA SATU BARISAN  SEBELAH KANAN BELIAU SUPAYA MEMUDAHKANNYA BERSALAM DAN TIDAK MEMBUAT PUSINGAN 190 DARJAH.
     
    sekian pandangan dari saya.  Pandangan dari teman-teman amat dialu-alukan.
    Wassalam

    Khairy


    Sabtu 21-Ogos-2010 (11-Ramadan-1431H) @ 10:26 AM

    Salam...

    Updating....

    Ada perubahan lagi...

    MI 335/28AUG KUL/SIN ETD 1430/ETA 1525
    PR 504/28 AUG SIN/MNL ETD 1725/ ETA 2110

    Harap maaf.
    Huda
    SG0157



    Rabu 18-Ogos-2010 (08-Ramadan-1431H) @ 02:52 PM

    Salam....

    updating........updating.........

    Tarikh appointment digenjak ke 2 Sept lah pulok....(from SFO)

    Maka jadual penerbangannya...

    MI321/31AUG KUL/SIN ETD1200/ETA1255
    PR508/31AUG SIN/MNL ETD1450/ETA1835

    Sekian....

    (Wamakaruu...wamakarallaaaaahh.....)
    Huda
    SG0157




    Selasa 17-Ogos-2010 (07-Ramadan-1431H) @ 10:42 AM

    Assalaamualaikum w.b.t. Salam seperguruan,

    Flight Schedule.

    Phillipine airline 28AUG ETD 1430,transit SIN,MNL to SFO.......confirmed.

    Huda
    SG0157



    Ahad 15-Ogos-2010 (05-Ramadan-1431H) @ 06:27 AM


    Assalamua'alaikum w.b.th

    Buat masa ini urusan permohonan visa masih belum muktamad hasilnya terutama kepada 'pengiring-pengiring'.

    Didoakan agar dipermudahkanNya.

    Kepada sahabat seperguruan serta ustaz-ustaz yang telah menyampaikan salam serta doa di lembaran ini, akan saya panjangkan kepada TGHD.

    Wassalaaaammm...
    Huda
    SG0157


    Jumaat 13-Ogos-2010 (03-Ramadan-1431H) @ 03:35 PM


    Assalamualaikum?
    di khabarkan di sini insyaalah penerbangan dengan
    Philipines airlines, flight lain semuA PENUH ECONOMY ABIH
    28/8/2010 dan baliknya tentatively 8/9/2010 kerna tuan guru masih berkeinginan untuk
    beraya di Malaysia.
     
    Dr allen yeung kata if possible kita buat angioplasty dulu (agaknye lah, saya pun tak tau term medical) after
    observation 2-3 hari, kalau tak improve jugak baru buat 2nd method OFF PUMP SURGERY. utk rawat sur complex artery tu.

    Hamdi


    Jumaat 13-Ogos-2010 (03-Ramadan-1431H) @ 08:31 AM


    Salam,

    Berita baru diterima dari SFO mengkhabarkan temujanji dengan Dr.Alan Yeung ialah pada 30 Ogos 2010, bermakna 2-3 hari sebelum tarikh tersebut ialah tarikh penerbangan.....(solat aidilfiri di bumi SFO ???.....juga bermakna 10 malam Ramadhan terakhir di SFO)

    Pihak berwajib sedang bertungkus-lumus mendapatkan tempahan penerbangan kerana kebanyakan jadual penerbangan terutama MH dan SQ  telah penuh tempahannya.(pelik jugak-dalam kesyahduan Ramadhan, ramai jugak orang kita berziarah ke SFO)

    Masih berusaha mendapatkan penerbangan alternatif melalui ikhtiar-ikhtiar alternatif.(direct MH ke SFO pun jika transit Taipei 1jm akan menagih 23jam perjalanan dalam pesawat....kalo 2-3 kali transit....mau dekat 2 hari)

    Sebaik tarikh penerbangan muktamad,akan dimaklumkan Insyaallah....(mungkin yang dekat2 dan berkelapangan boleh buat arrangement awal , jika nak ke KLIA).

    Wassalam...
    Huda
    SG0157


    Selasa 10-Ogos-2010 (29-Syaaban-1431H) @ 05:08 PM


    Assalamualaikum w.b.t


    Baru selesai sessi penyemakan semula keputusan 'holter' bersama cardiologist IJN Dato' Dr Amin.
    Alhamdulillahh berkat doa semua , tiada 'kegawatan melampau ' yang memerlukan pemantauan berkala yang lebih ketat di hospital cuma terdapat bacaan 'ectopic beats' serta TGHD mendapat serangan jantung sekali lagi pada pukul 3pg semalam tetapi bacaan 'holter' tidak terlalu membimbangkan.

    Masih menunggu kata putus cardiologist Alan Yeung serta heart surgeon Rober Robbin untuk tarikh bertolak.

    Wassalamm....
    Huda
    SG0157



    Selasa 10-Ogos-2010 (29-Syaaban-1431H) @ 01:17 PM


    Assalaamualaikum w.b.t.   

    Salam seperguruan,

    Ahlan wa sahlan ya Ramadhaaann...

    Hari ini, "holter' yang telah dipasang pd TGHD lebih 24jam akan disemak oleh cardiologist IJN kiv admission jika ada kegawatan.
    Semoga rahmat Allah bersama-sama kita sekelian.

    Terima kasih khusus dari kami sekeluarga atas doa yang tak putus-putus.
    Insyaallah....will be updating....

    Jazakalllah  khairan katheeeraa...
    Huda
    SG0157


    TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI STANFORD HOSPITAL, CALIFORNIA USA

    TARIKH BERTOLAK: SELASA, 28-OGOS-2010 @ 2:30 PETANG
    TARIKH PEMBEDAHAN: SELASA, 31-OGOS-2010

    Dalam kuliah Feqah (Khamis 5-Ogos-2010) di Surau Annur Bandar Baru Bangi dan Kuliah Pengubatan Islam (Isnin 9-Ogos-2010), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA pada awal bulan Ramadan ini. Keadaan jantung beliau kerap sakit sejak akhir-akhir ini. Kerap sakit dada dan sesak nafas.

    Beliau terpaksa membatalkan program menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.
    Ketika memaklumkan keadaan kesihatan beliau ini, beliau menitiskan air mata. Beliau berkata dengan penuh perasaan "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".

    Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru dengan kesembuhan yang berterusan dan Allah SWT memanjangkan umur Tuan Guru dengan keberkatan dan sihat walafiat.
    Doakanlah juga semoga segala urusan untuk menjalani rawatan ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

    Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din seisi keluarga.
    Dipublikasi pada Thursday, 02 September 2010 oleh admin

     
    Link Terkait
    · Lebih Banyak Tentang Berita Aktiviti Darussyifa'
    · Berita oleh admin


    Berita terpopuler tentang Berita Aktiviti Darussyifa':
    PERKEMBANGAN RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI USA


    Nilai Berita
    Rata-rata: 4.5
    Pemilih: 8


    Beri nilai berita ini:

    Luar Biasa
    Sangat Bagus
    Bagus
    Biasa
    Jelek


    Opsi

     Versi Cetak Versi Cetak


    Associated Topics

    Berita Aktiviti Darussyifa'

    Tidak ada komentar pada berita ini.

    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada jawapan maka sila hubungi  nama-nama berikut;

    1. Encik Rahimi (012-2590432)
    2. Encik Hamizi (012-3153797)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)