bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    15709913
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • KEAHLIAN PERSATUAN

    (Nota: Merujuk kepada Bab Keempat Undang-undang Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam)

    Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam mempelawa kepada sesiapa sahaja umat Islam lelaki dan perempuan yang telah berumur 18 tahun dan keatas untuk menjadi ahli persatuan.

    Fasal-6: JENIS AHLI

    6.1 Ahli-ahli persatuan ini terbahagi kepada tiga jenis keahlian:

    6.1.1 Ahli Biasa
    6.1.2 Ahli Kehormat
    6.1.3 Ahli Seumur Hidup

    6.2 Tertakluk kepada pertukaran 6.3.ahli biasa dan ahli seumur hidupadalah terbuka kepada semua umat islam yang berumur 18 tahun keatas.

    6.3 Untuk diterima menjadi ahli seseorang itu hendaklah telah mengikuti kuliah pengubatan islam dan lulus ujian yang diadakan oleh persatuan atau sekurang-kurangnya telah diterima untuk menjalani kuliah pengubatan islam yang dikendalikan oleh persatuan.

    6.4 Ahli kehormat adalah mereka yang dilantik dikalangan tokoh-tokoh islam yang terkemuka dan berjasa kepada negara atau persatuan atau bekas ahli persatuan yang berpengetahuan luas dalam selok belok agama islam.Keahlian ahli kehormat akan diluluskan oleh ahli jawatankuasa atau Mesyuarat Agung dengan mendapat persetujuan (2/3) daripada ahli yang hadir.

    6.5 Ahli seumur hidup ialah seorang ahli biasa yang telah membuat permohonan kepada jawatan kuasa dan membuat bayaran yuranya seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 12.4. (iaitu: Yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah Satu Ratus Ringgit (RM100.00) dibayar sekali gus tanpa mengira berapa lamakah pemohon itu telah menjadi ahli biasa)

    Fasal 7. PERMOHONAN MENJADI AHLI


    Permohonan untuk menjadi ahli biasa dan ahli seumur hidup hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan menjadi ahli.Permohonan tersebut hendaklah di cadang dan disokong oleh dua orang ahli biasa atau ahli seumur hidup persatuan.

    Fasal 8. PENERIMAAN MENJADI AHLI


    8.1 Permohonan menjadi ahli biasa dan ahli seumur hidup akan dipertimbangkan oleh ahli jawatan kuasa.Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya,menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

    8.2 Tiap-tiap pemohon yang permohonanya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas adalah,setelah membayar yuran pendaftaran dan yuran pertama seperti yang ditentukan dalam Fasal 12.2,diterima menjadi ahli persatuan dan mempunyai hak sebagai ahli. (Fasal 12.2: Yuran bagi Ahli Biasa ialah Dua Belas Ringgit (RM12.00) setahun.)

    PROSES PENGAMBILAN PELAJAR & AHLI BARU


    Pengambilan pelajar baru diadakan pada setiap tahun. Borang Permohonan menjadi ahli, kebiasaanya dikeluarkan pada awal bulan November dan tarikh tutup permohonan adalah dipertengahan bulan Disember setiap tahun. Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi borang yang disediakan. Borang tersebut boleh didapati daripada pejabat Darussyifa' di Bandar Baru Bangi. (Contoh borang sila klik disini)

    Kebiasaannya satu jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan proses pengambilan pelajar baru. Mereka ditugaskan untuk menapis semua permohonan dan menemuduga calon yang berkelayakan sahaja. Tujuan mereka ditemuduga ialah untuk memastikan setiap calon mempunyai asas tentang bacaan al-Qur'an dan fardu 'ain. Temuduga tersebut biasanya diadakan seminggu atau dua minggu selepas tarikh tutup permohonan. Kuliah Pengubatan untuk pelajar baru biasanya bermula pada bulan Januari atau Februari.

    PENGIJAZAHAN


    Pengijazahan bererti Pengiktirafan. 'Ijazah' yang diberikan oleh guru kepada anak muridnya menunjukkan adanya pengiktirafan daripada guru yang meyakini kebolehan pelajamya untuk menerima watikah atau amanah ilmu yang hendak diperturunkan. Tanpa pengiktirafan tentang kebolehan, 'ijazah' tidak akan diberikan.

    Pengijazahan juga merupakan sokongan guru terhadap anak muridnya untuk melakukan sesuatu kaedah yang dipelajari. Dalam masa yang sama guru sentiasa berdoa agar anak muridnya itu terus berada dalam pengawasan Allah. Pengijazahan guru adalah sokongan utama kepada pelajarnya. Bermula dari sinilah lahirnya keyakinan diri dan ia perlu dimiliki oleh setiap orang yang mengamalkan ilmu rawatan walaupun yang menyembuhkan penyakit sebenarnya adalah Allah s.w.t.

    Pengijazahan dikendalikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Ini melibatkan kaedah tasmi' (tasmek). la terdiri daripada Bacaan 10 Asas Pertama. Bacaan ini hendaklah dihafal dan perlu dibaca dihadapan Tuan Guru. Sebelum bacaan ini diperdengarkan dihadapan Tuan Guru, ia terlebih dahulu diperdengarkan kepada tutor untuk pembaikan jika ada kelamahan. Kaedah ini dilakukan setelah pelajar-pelajar menghadiri kuliah perubatan yang diadakan setiap minggu selama lebih kurang setahun (48 kali kuliah). Menghadiri kuliah adalah satu kewajipan, kegagalan menghadiri kuliah melebihi 7 kali tanpa sebab munasabah akan menyebabkan batal kelayakan untuk pengijazahan.

    Kaedah tasmek merupakan satu kaedah yang utama. Kejayaan atau kegagalan seseorang bergantung kepada bacaan yang diperdengarkan. Bacaan yang betul perlu kerana ia melibatkan hukum tajwid supaya dapat dipastikan bacaan tersebut betul sebutan dan maknanya. Pesakit yang fasih membaca al-Qur'an dan bahasa arab, terutama mereka yang belajar dalam bidang agama termasuk alim ulama yang meminta khidmat rawatan, kemungkinan akan mengukur ilmu yang dimiliki seseorang perawat melalui sebutan huruf, makhraj dan lain-lain. Bacaan yang betul dapat melahirkan keyakinan terhadap fadilat doa yang dipertuturkan.

    Selain itu, 'ijazah' daripada guru perlu agar aliran ilmu berlaku secara tersusun dan besumber. Dalam proses pembelajaran seumpama lni, guru merupakan tempat sandaran sekaligus bertindak sebagai tempat rujukan apabila pelajar menghadapi masalah. Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang membaca al-Qur'an. AI-Qur'an merupakan syafaat kepada mereka yang membacanya di akhirat nanti.


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)