bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Arkib Berita Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 126 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Borang
  • Borang Sesi 2012
  • Borang Program KIDS

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    7001723
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools

  • Merawat Bangunan Yang Bermasalah

    Pihak Darussyifa' telah menerima jemputan daripada Syarikat Permodalan dan Perusahaan Selangor Berhad (SPPSB) untuk membantu syarikat tersebut daripada masalah yang mereka hadapi dibangunan yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan. Bangunan setinggi sepuluh tingkat tersebut telah siap dibina kira-kira empat tahun yang lalu namun sehingga kini masih tidak diduduki walaupun CF telah dikeluarkan ketika bangunan itu siap.

    Bangunan ini asalnya terletak di atas tanah kerajaan negeri Selangor, dan ia berkembar dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang telah lama beroperasi. Pihak sekolah ini juga memang berhajat sangat dengan tanah tapak bangunan ini, namun begitu dengan ehsan Sultan Selangor, tanah ini telah diberikan kepada syarikat ini. Berbagai gangguan telah dihadapi oleh pihak syarikat untuk membina bangunan ini, namun begitu Alhamdulillah dengan izin Allah bangunan milik orang Islam ini telah berjaya juga disiapkan.
    Setelah CF diterima bangunan ini hendak disewakan, namun begitu yang peliknya apabila dokumen perjanjian telah siap dan tiba masa untuk tandatangan sahaja, syarikat yang telah bersetuju untuk menyewa itu tarik diri di saat-saat akhir. Peristiwa ini telah berlaku lebih daripada sepuluh kali dan syarikat yang hendak menyewa itu bukan sahaja dari dalam namun juga dari luar negara.

    Ahli lembaga syarikat tersebut iaitu Y. Bhg. Dato' Azman Hashim telah menghubungi Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan meminta jasa baik Darussyifa' untuk membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi dengan bangunan tersebut.

    Sebagai satu cara ikhtir seramai 50 orang rombongan ahli Darussyifa' yang di ketuai oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah pergi ke bangunan tersebut pada hari Ahad, 16-April-2006. Ahli rombongon pergi ke bangunan tersebut dengan sebuah bas yang disediakan oleh syarikat ini dan tiga buah kereta, sampai kira-kira pukul 7:00 petang. Sebelum Majlis Solat Hajat, bacaan Yaasin & Zikir dimulakan, Tuan Guru menyampaikan ucapan terlebih dahulu, antara lain dalam ucapannya menyebutkan seperti berikut;

    a. Mengikut secara logik atau tabiinya, bangunan yang seperti ini sepatutnya senang untuk diberi sewa atau dijual namun ia umpama orang yang telah masuk meminang kerana telah berkenan, namun bila nak sarung cincin tiba-tiba tak jadi. Dengan itu mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

    b. Sebagai satu ikhtiar kita akan kembali kepada Allah SWT dengan melakukan Solat Hajat secara berjamaah, bermohon kepada Allah SWT agar segala jenis bentuk halangan serta gangguan yang dihadapi oleh syarikat ini terbatal insya'Allah.
    c. Bangunan ini juga dikatakan "keras", oleh itu ikhtiar juga akan dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan-gangguan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja syarikat yang bertugas disini. Kita bergantung hanya kepada Allah sahaja. Air, garam dan lada hitam yang telah dibacakan surah Yaasin dan Zikir padanya hanya sebagai perantaraan. Air akan direnjiskan disemua tempat dan tingkat didalam bangunan menakala garam dan lada hitam akan ditabur di luar bangunan.

    d. Kita hanya datang untuk membantu, ada usaha kita yang Allah makbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan, yang penting kita berikhtiar dengan sungguh-sungguh, berdoa mudah-mudahan Syarikat ini dilepaskan dari segala masalah, diselesaikan dan dilicinkan segala urusan yang tertangguh.

    Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah diikuti dengan Solat Sunat Ba'diah Maghrib, Solat Hajat berjamaah, Bacaan Yaasin, Zikir, Doa. Selepas berdoa Tuan Guru meniup pada air, garam dan lada hitam yang disediakan.

    Selepas selesai solat Isyak, rombongan Darussyifa' dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk merenjis air dan menabur garam serta lada hitam di seluruh kawasan bangunan.

    Akhir sekali pihak syarikat menyediakan makan malam untuk semua yang hadir.

    Majlis berakhir pada pukul 9:45 malam.


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)