bulgarian property
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 9 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177432
    halaman sejak 3 April 2007

    Keratan Akhbar Utusan Malaysia Jumaat 26 Mei 2006, Mukasurat 26

     

    Merawat Penyakit Dengan Doa

     

    Oleh: ZUARIDA MOHYIN

    Gambar: MOHD. ARIF RAMELI
    (PILATIH PERTAK)

     

    Lazimnya, manusia akan lebih mengingati Allah s.w.t. ketika berada dalam keadaan menderita, kesusahan dan kegagalan setelah melakukan pelbagai ikhtiar. Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan doa sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara manusia telah sesat dengan mengharapkan doa selain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri.

     

    Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat, orang yang di­anggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya.

     

    Kepercayaan kepada kuasa-kuasa ke­saktian melalui amalan-arnalan ilmu kebatinan, termasuk kepercayaan terhadap dukun atau bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan menerusi mimpi ataupun melalui amalan cara menurun dan sebagainya. llmu-ilmu seperti ini se­benamya bukan berasal daripada ilmu Islam.

     

    Malah segelintir daripada kita mempunyai pemahaman bahawa perla­kuan seperti ini atau berharap kepada Allah me­lalui doa sering dikaitkan dengan golongan manusia yang berada dalam situasi terdesak atau itulah jalan terakhir mereka.

     

    Tambah mengecewa­kan, mereka yang berdoa ini sering dianggap sebagai orang yang lemah, hilang punca dan malas berikh­tiar. Yang pasti, berdoa bu­kanlah sekadar hanya me­nyampaikan permohonan dan keinginan yang ter­kandung di dalam hati ke hadrat llahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah.

     

    Doa ialah suatu me­dium yang menghubung­kan antara manusia de­ngan Tuhannya dan me­rupakan cara kita berko­munikasi dengan Allah s.w.t. Oleh itu, tidaklah Iayak kita menghadapkan doa kepada selain dari­pada Allah.

     

    Pandangan negatif di atas, secara tidak langsung menyebabkan amalan yang berkaitan dengan doa dipinggirkan, apatah lagi sekiranya menjadikan doa itu sebagai satu kae­dah rawatan.

     

    Sikap sedemikian wujud akibat tidak ada penghayatan tentang falsafah doa. Selain itu, ramai berang­gapan bacaan doa hanya dilakukan pada majlis-ma­jIis tertentu seperti perkahwinan, kematian, menyambut hari kelahiran dan sebagainya. Padahal, amalan berdoa tidak mengi­ra masa, di mana dan oleh si­apa. Malah ia sewajarnya dilakukan oleh semua yang beragama Islam kerana doa adalah ibadah yang diberi ganjaran andainya kita melakukannya. Allah s.w.t. tidak menjadikan jin dan ma­nusia kecuali untuk beri­badat. Rawatan pesakit yang menggunakan doa-doa bukanlah merupakan sesuatu yang direka-reka, janggal atau bidaah.

     

    Budaya

     

    Sebagai hamba yang lemah kita me­mang sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan Allah dan keperluan kepada berdoa ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang mahfumnya: Mintalah (ber­doalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan permintaan kamu. (Mukmin: 60)

     

    Lantaran itu usaha-usaha menge­nengahkan doa sebagai salah satu kae­dah rawatan bukannya mudah. Pastinya sukar hendak menerima bagaimana sakit boleh disembuhkan hanya dengan berdoa. Pun begitu ia tidak menghalang hasrat tokoh yang berpengalaman luas da­lam pengamalan perubatan Islam, Da­to’ Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin untuk menerbitkan buku, Doa & Rawatan Penyakit (Jilid I dan II).

     

    Buku ini ditulis bertujuan menyeru umat Islam supaya menjadikan amalan membaca doa sebagai budaya hidup, di samping adanya pemahaman tentang kepentingan kaedah perubatan alopathi. lni kerana sumber keperluan kaedah-kae­dah seperti ini adalah jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis, amalan sa­habat, para salihin dan sebagainya.

     

    Hakikatnya pengetahuan berkaitan doa yang dikaitkan dengan usaha-usaha penyembuhan penyakit merupakan satu bidang khusus yang memang terpisah daripada ilmu fikah, usuluddin, tafsir dan sebagainya. Malah Ia juga tidak me­naflkan doa-doa yang dibacakan untuk tujuan perawatan, sebahagian daripada­nya dipelajari oleh mereka yang me­nguasai bidang agama.

     

    Perlu diingat doa bukan jampi men­tera ataupun serapah, biarpun ia sering dikelirukan oleh kebanyakan orang. Se­sungguhnya menyangkal keperluan doa tidak ubah seperti mencabar kebijak­sanaan Allah. Tidak semua amalan yang melibatkan jampi mentera dan serapah itu terlarang dan bertentangan dengan ajaran agama. Walaupun demikian, amalan-amalan telarang mesti dihentikan kerana di­bimbangi boleh menyebabkan peme­songan iktikad. Dalam hal seumpama ini, kaedah ra­watan yang menggunakan doa-doa me­mainkan peranan penting untuk me­menuhi ruang kosong itu tadi.

     

    Dalam buku pertama terdapat lima bab utama yang merangkumi aspek doa sebagai kaedah rawatan, sifàt utama yang perlu ada bagi seorang perawat, persediaan diri untuk merawat, pelbagai jenis penyakit dan cara rawatannya me­nerusi doa.

     

    Pada buku jilid kedua pula, tajuk per­bincangannya adalah lebih meluas dan turut menyenaraikan beberapa penyakit dan rnasalah serta cara rawatannya de­ngan doa.

     

    Al-Quran adalah setinggi-tinggi mar­tabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk dengan syarat ba­hawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang Maha Agung, yang menurunkan al-Quran.

     

    ·        Tajuk buku : Doa & Rawatan Pe­nyakit (1) dan (11)

    ·        Pengarang            : Dato' Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin

    ·        Penerbit                 : Percetakan Watan Sdn. Bhd.

    ·        Harga                     : RM25

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)