TAZKIRAH
RAMADAN
Oleh
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI
BULAN RAMADAN?
Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun
menjadi suatu kebiasaan
kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu
tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan
yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya
dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun”
maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah
swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di
hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”,
tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai
Ramadan dan berakhir Ramadan?
Sampaikah
kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya
iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,
iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang
telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan
hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan
semua dosa-dosanya”.
Tidak
ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini
banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita
terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita
lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai
kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah.
Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu
datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai
Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
Sebab
itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang
dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah
berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu
nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya
tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat
bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam
itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul
Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk
aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa
dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah
dosa-dosa saya).
Sebenarnya
Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah
diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon
kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak
dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah
tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya
nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad
s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir
dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat
berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja.
Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau
orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan
Sahabat ia dipanggil Tabiin).
Nabi
berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang
doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.
Kita
telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang
yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah
dijamin masuk syurga.
Nabi
seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang
insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan
datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu,
carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”
Sama
juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan
yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya
Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah
agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Banyak
peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada
mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik
al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu
relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau
logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah
dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah
ampunkan dosa.
Siti
Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai
ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un
karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang
sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang
benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang
datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.
Dengan
pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang
itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama
dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna
(wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada
sesuatu…..
Asal usul Uwais al-Qarni
Dia
asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari.
Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat
tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan
keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu
hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi
mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan
agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai
seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk
ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke
Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”.
Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi
panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu
untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak
mampu.
Ibu
Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku
mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu
dapat mengerjakan haji”.
Uwais
mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak
lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil
(pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).
Apa
yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas
“Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi
makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi
bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan
yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik,
buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu,
petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi
sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali
daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi
100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan
mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas
lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya
perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan
haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua
tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air,
roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku
inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan
memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf,
Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya
dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah
pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa
yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa
minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi
“Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu
akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya
berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih
(sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur
dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada
perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya
Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa
seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak)
yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia
berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih
pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”
Allah
swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali
tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi,
baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar)
Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya,
kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan
tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan
sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu
dialah Uwais al-Qarni.
Selepas
tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah
menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang
paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit
sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah
berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.
Berbalik
kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan
Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta
supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.
Ketika
Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke
Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu
berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka
Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Doa yang paling utama di malam Qadar
Seperti
yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka
ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai
Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.
Kalau
malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal
keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil
hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang
tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan
minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi
dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan
“Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan
akhirat itulah yang paling mustahak sekali.
Selama
ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat?
walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.
Ada
peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan
orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang
yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta
supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bukan
kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu
mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan
juga ampun untuk yang akan datang.
Tetapi
kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus
kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali ,
sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah)
sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya
Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki,
sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa
kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku
tidak menjadi hamba yang bersyukur”.
Syukur
maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi,
datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti
ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu”
kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada
yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).
Al-Quran
memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah
menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud
tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam
apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.
Maksudnya
sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang
jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik,
dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia
baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.
Allah
itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu
dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang
awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang
yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya
bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa
insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan
yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.
Caranya
diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa,
rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang
bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi
hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang
melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan
hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.
Sebab
itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi
kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya
masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya
putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.
Apabila
diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala
kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih.
Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang
utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan
puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari
awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah
dosa-dosa saya).
Kalau
dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa
dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang
setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi
kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu
bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian
kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya
kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.
“Ya ‘ajaban”, memang
menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan
ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
Semua
krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi
hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir
bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua
krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.
Tetapi
krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita
menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak
menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak
mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam
mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.
Sebab
itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak
disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar
dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung
berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini
dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir
krisis dunia ini bila kamu mati.
Jika
kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak
nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi
an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini
kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa,
bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul
muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar,
tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak
barzakh, masuk kubur terseksa.
Sebab
itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada
isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta
yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.
Ingatlah
juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa
mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni
mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan
kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala
dosa.
Penutup
Memang
telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan
Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk
berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini
dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan.
Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki
daripadanya.
Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah
dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan.
Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah,
kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang
dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid
dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram
yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk
syurga. Jadi
itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran
entah dimana..
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada
saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita
semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya
selepas kita kembali kepada Allah swt.
Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir
batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan
kita mengharapkan kepada Allah swt. agar
sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang
dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tazkirah
ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006.
Mungkin terdapat kesilapan dalam penulisan semula ini bagaimanapun sila
mendengar rakaman asal untuk yang asli.
Untuk
mendengar rakaman kuliah ini sila muat turun disini