DARUSSYIFA' ONLINE
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 9 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177419
    halaman sejak 3 April 2007

     

    PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESSI 2006/2007, KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI

     

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah membuka permohonan untuk pengambilan pelajar baru sessi 2006/2007 (Kumpulan ke-19 Darussyifa’ Induk di Bangi) seperti berikut;

     

    Tarikh Buka Permohonan : 1 November 2006

    Tarikh Tutup Permohonan : 26 November 2006

     

    Syarat-syarat permohonan;

     

    1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Untuk mengelakkan muka surat satu dan dua terpisah, pemohon dinasihatkan agar print borang ini dengan sekeping kertas A4 dikedua-dua belah mukasurat (double sided). Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun disini;

     

    Borang permohonan – PDF format

    Borang permohonan – MS Word format (pastikan anda mengklik butang "Read Only" bila membuka fail ini) 

    2. Permohonan tersebut mestiah disokong oleh seorang ahli Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam (PKPI).

     

    3. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

     

    4. Pemohon yang masih menuntut (belajar) di Kolej atau Universiti atau dimana-mana institusi pengajian hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Kolej atau Universiti masing-masing terlebih dahulu.

     

    5. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

     

    6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar ukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.

     

    7. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar dan salinan Kad Pengenalan hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ selewat-lewatnya pada hari Ahad 26 November 2006.

     

    8. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

     

    9. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

     

    10. Borang permohonan yang diterima selepas 26 November 2006 akan tidak dipertimbangkan.

     

    11. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

     

    12. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

     

    13. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya pada 31 Disember 2006, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

     

    14. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar sekali gus sejumlah RM350 pada hari pendaftaran untuk bayaran pendaftaran, ahli seumur hidup dan yuran pengajian tanpa kecuali.

     

    15. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

     

    16. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com  atau telepon 03-89250443

     

     

     

     

     

     

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)