bulgarian property
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 9 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177438
    halaman sejak 3 April 2007

    SJ030: Siapakah yang dimaksudkan dengan WaliulLah atau Tok Wali?

    Soalan

    Dato', selalu kedengaran orang menyebut perkataan waliullah, tok wali ataupun orang tertentu yang digelar wali Allah. Siapakah mereka itu sebenarnya, dan apakah di zaman kita ini ada wali-wali Allah yang disebutkan?

    ABU HUZAIFAH
    Kuala Lumpur

    Jawapan

    Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya'. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna 'amat hampir'. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

    Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah 'adaawah' yang beerti bermusuh.

    Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar 'aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

    Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
    "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

    "Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

    Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

    Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, "Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan." Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

    Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

    "Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, 'mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT." Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

    Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, "Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

    Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

    Firman Allah (mafhumnya), " Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan."
    (Surah al-Waqiah ayat 10-14).

    Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

    Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

    <Kembali ke Menu Kemusykilan Agama>

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)