![]() |
|
|
|
8:45 pg Berkumpul di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. 9:30 pg Bertolak ke Hutan Lipur Gunung Senyum dengan menaiki 3 buah bas yang disewa khas 1:35 ptg Sampai di Hutan Lipur Gunung Senyum 1:45 ptg Solat Zuhur & Asar berjamaah (Secara Qasar & Jamak Takdim) – Diimami oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din 2:00 ptg Mendengar Taklimat Aturcara program oleh Tuan Haji Jufry & Pembahagian mengikut Kumpulan seperti berikut. - Kumpulan Merah : Acara Mencari Harta Karun
Hari Kedua: (Ahad: 20-Ogos-2006) - Bowling Padang
Sebagai satu peringatan kepada kita semua berikut adalah sebahagian daripada ucapan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sempena dengan hari menyambut genap umur beliau yang ke 66 tahun.
(Ucapan dimulakan dengan pujian-pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi)
Pertamanya saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt. Yang telah menyampaikan usia saya kepada hari ini iaitu 66 tahun, dan mulai esok masuk ke tahun yang ke 67. 67 tahun Masihi sudah bersamaan hampir 69 tahun hijrah kerana setiap 100 tahun Masihi bersamaan lebih tiga tahun hijrah iaitu 103 tahun. Yang penting sekarang ini bahawa umur sesiapa pun hanya Allah swt. sahaja yang menentukan sepanjang mana Dia hendak berikan. Kalau umur kita dapat dimanfaatkan dengan lebihnya umur, panjangnya umur dengan lebihnya amal dan panjangnya amal yang diterima Allah swt., maka itulah umur yang berbarakah. Saya mengharapkan, saya mendoakan bukan umur saya sahaja berbarakah tetapi semua umur kita semua di berkati Allah swt. Yang kedua saya merakamkan ucapan terima kasih dari lubuk hati saya kerana sudah beberapa tahun Darussyifa’ yang saudara-saudara sebagai pendukungnya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan hari untuk mengenangkan genap umur yang biasa kita sebut “Birthday Boy”. Walaupun saya tidak particular (mengambil berat) dengan hal menyambut hari genap umur ini, tetapi keluarga saya tidak pernah melupai saya. Malam tadi pun keluarga saya berkumpul untuk mengadakan majlis kesyukuran itu. Pada minggu sudah juga ada kumpulan muslimat-muslimat Darussyifa’ kita, kerana agaknya mereka sangat berkecil hati tidak dibenarkan datang ke Gunung Senyum, mereka nak senyum juga maka mereka telah membuat majlis kesyukuran meraikan genap umur saya dengan mengadakan upacara potong kek juga, sepatutnya potong ketupat. Ramai yang menghantar SMS kepada saya, dari jauh dan dekat, yang saya hairan dari luar negeri pun ada, yang hantar dalam bahasa Inggeris pun ada, bahasa Arab pun ada yang mereka ingat kepada umur saya itu. Sampai saya sendiri itu kadang kala tak sempat, hatta semua SMS itu tak dapat saya jawab kerana banyak sangat ucapan hari jadi dan sebagainya. Saya terasakan sebagai insan yang dihargai, merasakan satu hubungan yang telah diwujudkan oleh suatu usaha murni bersama, kita dihubungkan dikaitkan dengan satu wasilah satu hubungan yang tidak nampak sangat dengan mata kasar, kerana saya tidak mahu dengan mata kasar ini pada amalan biasa. Saya tidak mahu pada hati saya tak mahu untuk mendapat sanjungan dengan kata lain “pemujaan” yang lebih daripada kawan-kawan dan anak-anak murid. Saya mahu biar hubungan kita biasa dan simpan dalam hati kita hubungan yang kukuh itu wujud, kerana kita telah menjalinkan hubungan ini bukan baru. Kalau nak difikirkan institusi yang dinamakan Darussyifa’ ini sahaja kita telah ada hubungan sejak tahun 1977, yang bermula di rumah saya dahulu sudah ada kumpulan ini. Kita bayangkan daripada tahun 1977 tanpa berhenti, setiap tahun kita ada orang bertambah sampai tahun 2006. Jadi sampai itu kita mengatur wasilah mengatur hubungan yang rata-rata tidak pernah ada masalah, berkonflik dan berkonfrontasi, kita wujud satu jalinan yang nak saya sebut pada malam ini. Kita lihat keindahan yang telah Allah swt. letakkan kepada ummah ini, satu ajaran yang cukup murni yang kita tidak amalkan tetapi diamalkan oleh musuh-musuh kita. Dengan amalan itu mereka jelas berketerampilan jauh lebih baik daripada kita. Dalam point ini banyak benda satu daripadanya, Allah menyebut “Innaha zihi ummatikum ummataw wahidah wa ‘ana robbukum pa’buduun” ayat yang pendek tetapi membayangkan “Sesungguhnya ini (rujuk kepada kita semua) umat kamu umat yang satu, Aku tuhan kamu yang satu (yang esa), kamu sembah aku sahaja”. “Ummatikum ummataw wahidah” ada dua makna yang besar tetapi makna yang literal, bahasa yang senang kita faham “ummatikum” makna umat kamu “ummatan wahidah” umat yang satu. Tetapi makna daripada yang ulama’ ungkapkan lebih besar daripada ummah itu. “Ummatikum” maknanya “Diinnukum” iaitu agama kamu. “Ummatan wahidah” bermakna “Diin nun wahid” iaitu agama yang satu dan tuhan kamu tuhan yang satu. Balik kepada point “ummatan wahidah”, kita lihat memang umat Arab suka berpecah-belah, nabi lahir dalam satu suasana masyarakat yang budaya mereka itu tidak boleh menerima konsep penyatuan ummah ataupun penyatuan keagamaan. Jelas sebelum zaman jahiliah, “Wa tafar raku mim ba’ di ma ja hukum baiyinat” “Walaupun ada keterangan agama yang nyata tetap mereka kepada berpecah belah”. Balik ke umat jahiliah pun berpecah-belah. Itu yang dikatakan bahawa ingatlah nikmat Allah kepada mu wahai umat Islam “Iz kun tum ‘aa da an fa al la kabai na ku lu bikum” , sebelum Islam datang kamu umat yang berpecah belah, itu Quran konfirm, sejarah konfirm, semua orang tahu, umat Arab Jahiliah itu umat yang “tafaruk wa tashad tuk” bepecah teruk, datang Islam, mengajak orang kepada Islam, menyatukan umat Islamb dengan ayat tadi itu nabi perkukuhkan dengan ajaran yang disebutkan bahawa “masalul mu’mini nafi tawa dihim wa tara ummihim wa ta’a tu fihim …..” tengok analogi itu, analogi umat Islam ini bandingannya dalam hal kasih sayang mereka, perhubungan mereka, simpati mereka, apa sahajalah mereka dimisalkan seperti sebatang tubuh, apa dia “Bila satu anggota daripada badan ini mengadu kesakitan, dia tidak satu anggota sahaja yang menderita tetapi seluruh badan, seluruh jasad anggota akan berinteraksi dengan dia, tumpang simpati sama, tumpang sakit sama sampai kepada tidak boleh tidur malam. Bila malam dah tidak boleh tidur sampai demam-demam badan” yang kalau datang “Megat Terawis” dahulu cubit paha kiri paha kanan pun sakit. Kalau ketuk hujung jari mulut yang menjerit, badan menggeletar. Itulah yang nabi bayangkan, itu yang masuk dalam diri umat Islam kerana mereka menjadi “ummatan wahidah”. Inilah satu petua zaman nabi-nabi, zaman sahabat, khulafa’ rashidun sampai zaman kemudian pun kita tidak berpecah, kita masih menjadi “ummatan wahidah”. Itu yang kita kuat, itu yang kita boleh menguasai keadaan, itu yang orang geram takut dan berkembang terus berkembang sampai Islam ke Andalusia sampai kesempadan bukit Alps iaitu ke sempadan Perancis dan England, sampai ke timur, ke China di bawah satu kepimpinan yang cukup kekuatan. Yang ini telah tidak dihayati oleh umat Islam khasnya pada hari ini, di mana kita telah menjadi umat yang berpecah belah, masing-masing negara dia tadbir sendiri dia, tidak ada kaitan dengan orang yang di samping dia, sama dengan dia. Umat Palestine jika dia menderita kerana dia telah diratah oleh musuh dia, jiran-jiran Arab dia pakat tengok sahaja. Bila Lubnan kena serang hancur lebur, kita pakat tengok. Paling kuat kita boleh mengutuk dan tunjuk perasaan. Dalam bahasa yang tidak eloknya “Adakah akan roboh Gunung Senyum hanya dengan salakan anjing di bawahnya”. Kekuatan Amerika dengan sekutunya adakah boleh mereka berundur mengalah dengan hanya kita menyerang dengan kata-kata? Nak khabar kata, “Kita tidak bersatu di waktu mereka mengambil pengajaran “Innaha zihi ummatukum ummataw wahidah” Amerika bersatu mereka menjadi United State berapa negeri yang mereka satukan, sama juga dengan Russia iaitu Kesatuan Russia. Eropah ada kesatuan Eropah. Matawang yang satu, polisi ekonomi yang satu. Penyatuan Amerika kita faham. Kesatuan Eropah kita faham, Kesatuan Soviet kita faham. China dia besar, tanah besar China, Jepun pun bersatu. KENAPA UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU? Lompong, nampak sangat, malah tidak bersatu ini bukan sahaja tidak bersatu. Kita faham ada peranan pada kita sendiri kerana kita tidak sedar ataupun kita telah dibawa satu arus pembangunan dunia yang akhirnya orang berkiblat kepada barat. Berapa lama Amerika menggunakan jentera mencari untuk menguasai ummah ini dengan berbagai-bagai cara, menguasai ekonomi, menekan ekonomi, memeras ekonomi, menggunakan media, kekuatan media, menggunakan budaya, menggunakan kesenian dan menggunakan nyanyian, perkara ini besar macam mana penjajahan ini berlaku untuk menguasai orang-orang Melayu Islam dan sebagainya, sampai orang Melayu tak mahu bercakap Melayu, (sampai dia kata) “I feel stupid to talk to you in Malay”. Walau nampak kecil tetapi ia satu mesej, habis langsung nilai yang dikatakan jati diri itu, walau dia seorang cakap begitu tapi ia mewakili berapa juta di belakangnya. Kita lihat pemimpin pun, kita lihat dalam temu duga semua pun, kalau tak masuk bahasa Inggeris tak boleh, mesti cakap orang putih. Dia dah lebur sahsiah, budaya barat yang dinamakan kebebasan agama, kebebasan berfikir, kebebasan gerak geri dia impose kepada kita dengan kebebasan agama maknanya nak jadi Islam pun boleh nak jadi murtad pun boleh. Sekarang perjuangan murtad ini diperjuangkan oleh orang Islam sendiri. Memperjuangkan orang supaya boleh murtad, dia telah murtad pun pada ketika itu. Dia menghina hukum Islam, hina hukum Allah taala, mengetepikan kesemua nilai-nilai Islam dengan mengambil nilai-nilai barat atas nama kebebasan. Untuk selanjutnya dengarlah sendiri rakaman kuliah tersebut yang boleh di muat turun di sini.
Untuk berita bergambar sila klik di sini |
| |
|
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel. 03-89250443 Email: alsyifa@streamyx.com Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut; Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124) Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768. Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/) |