bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Arkib Berita Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 114 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Borang
  • Borang Sesi 2012
  • Borang Program KIDS

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    7002257
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools

  • SESSI BARU KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-19 (2007/2008)

    Pada hari Ahad 7hb Januari 2007 bersamaan dengan 17hb Zulhijjah 1427H, seramai 211 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi untuk mengikuti Kursus Pengubatan Islam yang akan berlangsung selama setahun atau lebih tepat lagi 46 minggu. Mereka yang mendaftarkan diri terdiri daripada 170 pelajar lelaki dan 41 wanita.

    Sebelum itu pelajar-pelajar ini telah menghadirkan diri untuk sessi temuduga. Sessi temuduga untuk pengambilan pelajar baru telah berlangsung pada 10hb Disember 2006  dimana seramai 228 calun telah menghadirkan diri iaitu terdiri daripada 175 lelaki dan 43 wanita.

    Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ dengan perkenan Penasihat Darussyifa’ iaitu Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam mesyuaratnya telah meluluskan dan menerima kesemua calun yang hadir temuduga. Bagaimanapun ketika hari pendaftaran seramai 17 orang telah tidak dapat menghadirkan diri. Diantara mereka yang tidak dapat mendaftarkan diri ialah kerana menunaikan haji, menghantar anak ke sekolah berasrama penuh, menghadiri majlis kenduri kahwin saudara terdekat dan beberapa sebab yang lain.

    Pendaftaran bermula pada pukul 8:30 pagi diikuti dengan majlis taklimat dan pesanan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada pukul 10:30 pagi. Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad. Acara terakhir ialah Ikrar pelajar yang dilafazkan dihadapan Tuan Guru.

    Taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Darussyifa’ dimulai dengan memperkenalkan ahli Jawatankuasa Darussyifa’. Seterusnya pengerusi mengingatkan bahawa pelajar-pelajar mesti mematuhi semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepanjang mengikuti kursus pengubatan ini.

    Seterusnya Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menyampaikan pesanan kepada pelajar-pelajar baru. Diantara intipati pesanan Tuan Guru adalah seperti berikut;

    1. Saudara perlu ikhlas menuntut ilmu pengubatan ini. Saya ikhlas mengajar ilmu ini kepada saudara dan saudara juga perlu menerimanya dengan ikhlas. Kalau saudara terima ilmu kerana Allah ta’ala, maka Allah lah yang akan memberi keberkatan kepada ilmu, keberkatan kepada usaha dan keberkatan kepada minat saudara itu. Supaya yang ikhlas itu tidak dapat dipotong oleh sebarang halangan-halangan keduniaan.
    2. Saudara akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa”. Seperti nabi pernah bersabda yang mahfumnya iaitu “Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya”.
    3. Mempelajari ilmu pengubatan Islam ini juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional melayu.
    4. Kita memberi rawatan secara percuma dengan niat ikhlas kerana Allah ta’ala. Kita serah kepada Allah dan membiar Allah yang memberi balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasan dari manusia atau daripada Allah? Kita kena faham bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyebabkan kita sakit hati. Kita minta supaya biarlah Allah sahaja yang membalas kerana Allah ta’ala maha pemurah lagi maha mengasihani. 
    5. Saudara perlu kepada disiplin, saudara perlu memahami pesanan Imam Syafie kepada murid-muridnya iaitu saudara tidak akan dapat ilmu pengetahuan yang berguna itu, melainkan kamu kena penuhi enam syarat iaitu;

      • Mempunyai Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
      • Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
      • Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin kerana perlu mempunyai pengangkutan untuk datang ke kuliah, menbayar yuran dan sebagainya.
      • Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
      • Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
      • Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)