Majlis Pelancaran Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’
Cawangan Melaka, Kumpulan Pertama (Sesi 2006/2007)
Pada 5 Ogos 2006 Cawangan Darussyifa’ Melaka yang baru berusia 3 bulan
telah mengorak langkah seterusnya dengan menyediakan peluang kepada penduduk-penduduk
Islam diselatan tanahair khususnya disekitar Melaka untuk mengikuti Kuliah Pengubatan
Islam Darussyifa’.
 |
Pada 5 Ogos 2006, majlis pelancaran Kuliah Pengubatan
Islam Darussyifa’ Cawangan Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din. Majlis pelancaran Kuliah Pengubatan yang pertama
dan untuk kumpulan yang pertama ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah
Agama Ar-Rahmah, Solok Gaung, Air Molek Melaka bermula jam 9:00 pagi hingga
ke petang.
Pada tahun 2004, enam orang sahabat yang menetap di Melaka telah berazam
untuk belajar ilmu Pengubatan Islam yang dianjurkan oleh Darussyifa’
di Bandar Baru Bangi. Mereka telah diterima belajar untuk sessi 2005/2006
dalam Kumpulan ke-17. Mereka telah berulang-alik dari Melaka ke Bandar Baru
Bangi setiap hari Isnin dengan berkongsi menaiki MPV selama setahun untuk
mengikuti kuliah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’
Dr. Haron Din. |
Alhamdulillah dengan berkat kegigihan akhirnya mereka telah diijazahkan pada
penghujung tahun 2005. Mereka kemudiannya telah mencadangkan kepada Darussyifa’
Pusat supaya Darussyifa’ Cawangan Melaka ditubuhkan. Cadangan mereka telah
direstui, kemudian pada 24 April 2006 cawangan Melaka ini telah dilancarkan
secara rasminya oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Cadangan untuk mengadakan Kuliah pengubatan di
cawangan ini adalah cetusan dari enam sahabat ini yang terdiri daripada
Ustaz Faisol Sheikh Mohamed, Ustaz Awang b Abdul Rahman, Ustaz Ibrahim,
Ustaz Mohd Diah, Ustaz Kamarulzaman b Ahmad, Tuan Haji Nordin b Hj Yusof
dan juga seorang peserta kumpulan yang terdahulu iaitu Tuan Haji Saad yang
melihat bertapa perlunya kelas tersebut diwujudkan untuk manfaat peserta
dari selatan khususnya di Melaka.
Seramai 130 orang telah membuat permohonan untuk mengikuti kuliah Pengubatan
Islam Darussyifa’ di Melaka ini bagaimanapun setelah di temuduga hanya
113 orang sahaja yang telah diterima iaitu terdiri daripada 94 orang lelaki
dan 19 orang wanita. |
 |
Kuliah Pengubatan Islam yang kedua akan bermula pada hari Ahad 27 Ogos 2006
bertempat di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah ini juga. Kuliah seterusnya
akan berlangsung selama setahun dengan kekerapan 2 kali sebulan dan diadakan
pada hari Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.
|