bulgarian property
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 9 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177408
    halaman sejak 3 April 2007

    KERATAN DARI MAJALAH MILENIA MUSLIM (BIL. 48 BULAN OGOS 2006)

    Percaya Pada Cara Tradisional

    Laporan: AZMAN MOHD NAWI, SALAWATI HARIS dan DALIA ISMAIL
    Foto: HALIMATON SAADIAH

    Perubatan tradisional adalah sebahagian hidup masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi bila pengamalnya mencampur-adukkan rawatan mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran. Sokongan inilah melahirkan lebih ramai lagi pengamal perubatan tradisional sehinggakan susah hendak dikenali yang mana benar dan yang mana menyimpang atau palsu. Fokus kali ml membentangkan kenapa orang ramai masih percaya dan yakin pada perubatan tradisional dan apakah rawatan yang pengamal ini tawarkan.

    Kesemuanya mendakwa mereka pakar, pakar dalam berbagai rawatan termasuk pembedahan batin. Menakut­kan tetapi itulah hakikatnya. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ramai pengamal perubatan tradisional membuka klinik baru, kononnya mampu mengubati segala jenis penyakit, dari kecil hingga ke sebesar-besar penyakit.

    Bukan itu sahaja, tidak kurang yang mempamerkan kehebatan me­reka dalam akhbar tabloid mingguan. Gah bunyinya. Dalam pada itu, secara senyap-­senyap ada juga yang ditangkap polis kerana menipu dan mencabul kehormatan pesakit wanita mereka. Macam-macam terjadi.

    Ini masih tidak menghalang masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain mem­percayai pengamal perubatan tradisio­nal masing-masing. Mereka masib menziarahi pengamal perubatan ini apabila rnenghidapi segala jenis pe­nyakit.

    Bukan itu sahaja, masih terdapat dikalangan mereka percaya segala penyakit berpunca dari gangguan jin atau makhlus halus, bukan kerana tersalah makan atau lain-lain.

    Dalam dunia moden di mana dunia perubatan telah mengalami berbagai evolusi serta pembaharuan sejajar dengan penemuan penyakit dan cara pemulihan baru, masih terdapat ramai lagi anggota masyarakat di negara ini rnasih percaya pada perubatan tradi­sional.

    Dalam pada itu, perubatan tradi­sional yang menggunakan herba dan daun serta akar kayu sudah mula mendapat tempat dihati masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tambah lagi jika ubat-ubatan itu ada khasiat memulihkan kelelakian seperti Tong­kat Ali dan sebagainya. Malahan, ubat-ubatan seperti ini juga diminati oleh masyarakat luar negara yang su­dah pun mempunyai viagra dan kialis dan sebagainya.

    Perubatan seperti ini, mungkin di panggil tradisional kerana menggu­nakan akar kayu, daun dan pokok-­pokok yang mempunyai khasiat dan telah dilakukan klinikal eksperimen sebagai bukti, maka ianya sangat popular.

     

     

    Sembuh dalam beberapa minit sahaja

     

    Oleh: SALAWATI HARIS

    Tiga orang lelaki berbadan tegap sedang memegang seorang wanita yang meron­ta-ronta sambil meraung-me­raung, memaki hamun dan meracau-racau. Tidak dapat didengar dengan jelas apakah yang diraungkan oleh wanita yang berumur dalam ling­kurigan 30an itu.

    Dalam pada itu kelihatan Profe­sor Dato’ Dr Haron Din meletakkan tapak tangannya ke atas tudung kepala wanita itu sambil mulutnya kumat-ka­mit membaca sesuatu. Tiba-tiba, den­gan nada yang keras Dr Haron Din memekik: “Keluar kau, keluar!”

    Wanita yang masih meronta-ronta itu menggeleng-gelengkan kepala­nya dan berkata sesuatu dengan nada marah. Ternyata wanita itu tidak se­dar diri dan Dr Haron Din sedang merawatnya. Tiga orang yang meme­gang wanita itu adalah petugas dan pembantu beliau.

    Seketika kemudian, Dr Haron in membaca lagi ayat-ayat suci al-Quran yang amat jelas kedengaran sehing­galah beberapa saat kemudian, wanita tu diam dan tidak meronta-ronta lagi.

    Melihatkan keadaan itu, Dr Haon Din menarik nafas lega dan memberi sege­las air penawar pada wanita tersebut. Setelah meminum air penawar, wanita itu pulih dan sedar daripada ra­sukan tersebut, Dr Haron Din memin­ta beliau berjumpa dengan pembantu perawat di luar bilik rawatan untuk mendapatkan khidmat seterusnya.

    Senario pada jam 9 pagi ini adalah biasa di Pusat Rawatan Islam Da­russyifa’, Bangi, Selangor. Ia adalab tempat Profesor Dato’ Dr Haron Din al-Hafiz merawat pesakit yang me­ngunjunginya. Dr Haron Din akan merawat sendiri pesakit-pesakit sekali seminggu manakala selebihnya, pem­bantu beliau akan mengambil alih.

    Pagi itu, ketika saya sampai di pusat itu jam 7, saya berfikir sejenak apakah yang hebatnya perubatan berasaskan doa yang di bawa oleh seorang doktor falsafah Syariah dari Kaherah sehing­ga begitu ramai orang yang datang me­minta rawatan tidak berhenti-henti.

    Bukan itu sahaja, apakah yang ada pada seoraug al-hafiz ini sehinggakan namanya terkenal seluruh negara dan beliaulah orang pertama yang mem­perkenalkan rawatan Islam kepada masyarakat Malaysia. Malah nama beliau terbilang juga di luar negara kerana, dari buku pendaftaran, saya dapati pesakit beliau termasuk dari luar negara seperti Singapura dan negara-negara Timur Tengah.

    Pesakitnya terdiri dari orang tua yang uzur, orang lumpuh yang terpaksa diusung dengan kerusi roda, anak gadis, pemuda, wanita berkerjaya, go­longan korporat dan mereka yang ber­pendidikan tinggi serta kanak-kanak kecil yang belum mengerti apa-apa, masing-masing sanggup datang dari segala ceruk rantau untuk mendapat­kan rawatan.Ini tidak termasuk orang kenamaan dan pegawai tinggi kerajaan yang ti­dak mahu nama mereka diketahui umum.

    Di luar Darussyifa’ termasuk di sepanjang jalan menuju ke pusat terse­but, tidak kurang 30 buah kereta ber­deretan daripada pelbagai plat negeri, ada dari Johor, Perils, Kedah, Kelan­tan, Terengganu dan tidak kurang juga dari Kuala Lumpur.

    Daripada peristiwa yang saya saksi­kan sendiri itu, fahamlah saya rawatan Darussyifa’ amat bermakna kepada masyarakat yang memerlukan bantuan rawatan alternatif terutamanya mereka yang mengalami masalah gangguan jin, syaitan dan iblis.

    Pagi itu, sebelum saya melihat bagaimana Dr Haron Din merawat wanita tadi, saya telah bertemu den­gan pengerusi Darussyifa’ Tuan Haji Rah­man Ahmad untuk memohon kebena­ran membuat liputan dan mengambil gambar suasana pusat itu. Beliau bukan sahaja memberi kebenaran tetapi mengarahkan semua petugas memberi kerjasama kepada saya sebaik mung­kin.

    Saya lihat di bahagian luar, iaitu di tempat kaunter pendaftaran, kira-­kira 15 orang pesakit dan juga wakil daripada keluarga atau rakan mereka sedang berbaris untuk mendaftarkan diri.

    Setelah kad rawatan diisikan dengan lengkap, pesakit diberikan nombor giliran dan mereka diminta menunggu di ruang menunggu semen­tara nombor giliran mereka dipanggil dengan menggunakan pembesar suara dan paparan nombor giliran di papan digital.

    Kira-kira 40 orang pesakit sedang duduk bersila menunggu di ruang menunggu dan selebihnya terpaksa menunggu di luar sama ada berdiri ataupun duduk di perkarangan ruang hadapan Darussyifa’ kerana keadaan sudah agak sesak. Ramai ahli keluarga yang mengiringi pesakit menyebabkan keadaan sesak, saya menggagak.

    Ketika itu mata saya terpaku pada deretan lebih 200 botol air mineral dan pelbagai saiz di atas meja panjang di ruang menunggu. Setelah meninjau keadaan, barulah saya tahu bahawa setiap kali Dr Haron Din datang, iaitu hari Selasa, beliau akan membaca­ kan doa untuk penawar dan penerang hati secara sekaligus pada longgokan botol-botol itu.

    Rupa-rupanya, pada awal pagi lagi orang ramai yang berhajat mendapat­kan rawatan telah dinasihatkan supaya meletakkan hotol-botol air dan juga bahan-bahan ubat yang dibawa di atas meja itu untuk memudahkan lagi urusan rawatan. Ini adalah khusus un­tuk mereka yang datang semata-mata mahu mendapatkan air doa penerang hati untuk anak-anak yang masih belajar daripada tokoh agama tersebut.

    Dr Haron Din membaca doa untuk air ini pada jam 7.30 pagi ketika beli­au sampai ke pusat itu untuk memberi rawatan. Sesudah itu, seorang petugas memanggil nama mengikut urutan nombor pesakit dan pesakit berkenaan kemudiannya diarahkan masuk ke da­lam satu bilik khas iaitu bilik menung­gu sebelum menerima rawatan.

    Di dalam bilik menunggu, pesakit dan pengiringnya diminta untuk mem­banyakkan membaca selawat semen­tara menunggu namanya dipanggil oleh petugas manakala di dalam bilik rawatan disediakan tiga buah kerusi untuk pesakit. Ketika Dr Haron Din merawat pesakit pertama, pesakit ke­dua dan ketiga dikehendaki menunggu dengan membanyakkan bacaan sela­wat ke atas Nabi Muhammad saw.

    Menurut petugas-petugas di situ, suasana menjerit, tidak sedarkan diri seperti dirasuk jin adalah perkara rutin yang biasa dihadapi para perawat khususnya mereka yang terkena gang­guan dan buatan orang menerusi sihir.
    Bagaimanapun, di dalam soal pe­nyakit berkaitan saintifik seperti ken­cing manis, sakit jantung, migrain, kanser dan sebagainya, Dr Haron Din menyeru kepada masyarakat supaya berjumpa dengan doktor perubatan di hospital dan rawatan di Darussyifa.’ hanya dijadikan sebagai alternatif.

    Kira-kira pukul 10 pagi, Dr Haron Din berhenti rehat selama setengah jam. Ketika waktu rehat ini beliau akan bersarapan pagi bersama-sama dengan ahli jawatan kuasa dan petu­gas-petugas sukarela untuk bertukar­ tukar fikiran dan maklumat.

    Saya difahamkan bahawa kaunter pendaftaran mula dibuka pada jam 6.30 pagi, iaitu selepas solat Subuh. Hanya mereka yang mendapat nombor giliran dan 1 hingga 200 sahaja yang boleh mendapat rawatan daripada Dr Haron Din.

    Manakala nombor giliran 200 ke atas akan dirawat oleh perawat lain yang bertugas pada hari tersebut. Selain itu, untuk keselesaan rawatan, seseorang pesakit dibenarkan untuk diiringi bersama oleh dua orang ahli keluarga, sama ada saudara atau rakan ke dalam bilik rawatan.

    Yang agak menghairankan ialah se­nario ini hanya berlaku pada hari Se­lasa dan hari Sabtu, Hari Selasa kera­na mereka mahu bertemu dengan Dr Haron Din sendiri dan pada had Sabtu pula adalah hari kelepasan am.

    Mengikut rekod kedatangan, purata seramai 500 orang datang ke pusat ini pada hari Selasa dan 200 orang pada hari Sabtu. Keadaan agak lenggang pada hari-hari biasa, malah jumlahnya menurun antara 30 hingga 50 orang sahaja. Jumlah ini menjadikan purata sebulan pesakit yang datang mendapat­kan rawatan seramai 3,600 orang dan menghampiri jumlah 50,000 orang dalam masa setahun. MM

     

     

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)