MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN KE-18 (SESI 2005/06)
KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’
TARIKH: 25 DISEMBER 2006
TEMPAT: DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI
WAKTU: 7:00 MALAM ~ 11:30 MALAM
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar
pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan ke-18 yang telah diijazahkan pada
25-Disember-2006 bersamaan 5-Zulhijjah 1427H. Majlis Pengijazahan untuk
kumpulan ke-18 ini telah diadakan di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.
Seramai 160 orang graduan terdiri 133 lelaki dan 27 perempuan telah diijazahkan
dengan ilmu penubatan Islam oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam majlis
ini.

Sebelas bulan yang lepas iaitu
pada 15 Januari 2006, pelajar Kumpulan ke-18 ini telah mendaftarkan diri sebagai
pelajar, seramai 200 orang pelajar telah mendaftarkan diri namun demikian
hanya 160 orang pelajar sahaja telah cukup syarat dan layak diijazahkan pada
25-Disember-2006. Diantara sebab mereka tidak layak diijazahkan adalah kerana
tidak cukup menghadiri jumlah kuliah yang telah ditetapkan.
Sebelum pelajar-pelajar ini
diijazahkan, satu sesi Tasmi’ (tasmek) untuk menguji bacaan dan hafalan Asas-10
telah diadakan pada 3 & 10-Disember-2006. Tasmi’ ialah satu sessi dimana
pelajar-pelajar pengubatan Islam memperdengarkan bacaan Asas-10 kepada Tutor
yang dilantik oleh Darussyifa’. Bacaan Asas 10 ini hendaklah dibaca secara
hafalan dengan bacaan tartil (bertajwid). Lulus bacaan Asas 10 ini menjadi
syarat untuk pelajar diijazahkan.

ATURCARA
MAJLIS PENGIJAZAHAN
Majlis pengijazahan untuk Pelajar
Pengubatan Kumpulan ke-18 Darussyifa’ Bandar Baru Bangi mempunyai aturcara
seperti berikut;
Tarkh: 25-Disember-2006
Waktu: 5:00 ptg. ~ 12:00 mlm.
Tempat: Bangunan Darussyifa’
Bandar Baru Bangi
Aturcara:
05:00 ptg. : Graduan melapor
diri
06:00 ptg. : Jamuan Makan
Malam untuk Graduan
07:11 mlm. : Solat Maghrib
Berjamaah
07:30 mlm. : Majlis Zikir
dipimpin oleh YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
08:26 mlm. : Solat Isyak berjamaah
08:45 mlm. : Jamuan Makan Malam untuk Seluruh Ahli Jawantankuasa
dan YBhg. Tuan Guru.
Para Graduan
mengambil tempat masing masing mengikut turutan nombor.
09:00 mlm. : Ybg Tuan Guru,
Jawatankuasa & Tutor mengambil tempat.
09:05 mlm. : Ucapan Alu-aluan
Pengacara Majlis : Ustaz Abdul Razak Mahadi
09:10 mlm. : Ucapan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bahagian Latihan : Ustaz Abdul Rashid
Ahmad
09:15 mlm. : Bacaan Asas-10 (Tasmi’)
dipimpin oleh Ketua Pembaca Ustaz Sedek bin Ariffin
09:30 mlm. : Majlis
Pengijazahan Bermula. YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengijazahkan
Ilmu
Pengubatan Islam kepada setiap pelajar.
10:00 mlm. : Penyampaian
Cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa Latihan, Tenaga Pengajar (Tutor)
dan YBhg.
Tuan Guru
10:05 mlm. : Ucapan &
Pesanan Pengerusi PKPI Ustaz Abdul Rahman Ahmad
10:15 mlm. : Ucapan &
Amanat YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
11:30 mlm. : Sessi Bergambar
11:45 mlm. : Jamuan Ringan
& Bersurai
UCAPAN
& PESANAN PENGERUSI PKPI TUAN HAJI ABDUL RAHMAN AHMAD SEMPENA PENGIJAZAHAN
KUMPULAN KE-18

Segala Puji bagi Allah SWT dan
Selawat serta salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda, para sahabat, tabi’in serta para pengikutnya sehingga akhir zaman.
Pertamanya saya mengucap syukur
yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua dapat kita menyempurnakan
Majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan ke-18 ini.
Dikesempatan ini saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din diatas kesudian beliau mencurahkan ilmu yang tidak ternilai
harganya kepada para pelajar yang terlalu mengharapkan bimbingan Tuan Guru.
Sesungguhnya kepada Allah lah kami sandarkan harapan untuk membalas jasa Tuan
Guru yang tidak terbalas oleh kami semua.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada
Kak Jah (Isteri Tuan Guru) kerana kerelaan dan kesabaran beliau merelakan masa
bersama suami dikongsi demi memenuhi hasrat ribuan ummah sejagat yang terlalu
menagih ilmu yang ada pada Tuan Guru.
Terima kasih juga saya rakamkan kepada
semua tenaga pengajar kerana sudi mencurah bakti kepada Darussyifa’. Kepada
ahli jawatankuasa serta urusetia yang bertugas siang dan malam, berpenat lelah
untuk memastikan segala urusan di Darussyifa’ berjalan lancar demi
kesinambungan persatuan ini, tiada yang diucapkan melainkan jazakumullah
khairan jaza’.
Sesungguhnya para pelajar adalah
asset yang paling bernilai buat Darussyifa’, gunakan dan amalkanlah ilmu yang
diperolehi untuk menyumbang bakti kepada ummah dan istiqamah dalam
mengamalkannya, jangan sekali-kali menyalah-gunakan ilmu tersebut. Semoga anda
semua diberkati oleh Allah SWT. Ingatlah pesanan Nabi S.A.W. yang mahfumnya;
“ Sebaik-baik manusia adalah
yang memberi manfaat kepada manusia yang lain”
Tahniah dan syabas diucapkan
kepada semua pelajar Kumpulan 18 diatas pengijazahan anda.
Sekian terima kasih
Haji Abdul Rahman Ahmad
(Pengerusi Darussyifa’)
UCAPAN
& AMANAT TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN KEPADA AHLI DARUSSYIFA’ SEMPENA
PENGIJAZAHAN KUMPULAN KE-18
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Megasihani.
Dengan penuh kesyukuran kepada
Allah subhanahuwata’ala saya merakamkan tahniah kepada semua penerima
ijazah ilmu pengubatan Islam kumpulan ke-18 Darussyifa’ Bangi Selangor 2006.
Dengan ilmu yang ada ini saya
berdoa dan berharap semoga ahli-ahli Darussyifa’ akan bersedia memenuhi seruan
masyarakat kerana sangat besar ganjarannya sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W
yang mahfumnya;
“Kalau kamu sanggup bangun
dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa megharap
balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan ini adalah lebih baik
daripada kamu pergi ber’itikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan berpuasa
disiang harinya, membaca al-Quran serta sembahyang sunat.”
Saya berharap anda akan berpegang
kepada seruan ini sebagai satu amanat.
Pengubatan Islam yang kita
amalkan merupakan sedutan yang bersumber dari al-Quran, as-Sunnah, amalan
as-Salafussoleh, ahluz zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.
Kita sekali-kali tidak
mencapur-adukkan yang halal dan haram. Kita juga menolak sepenuhnya semua
kaedah yang mempunyai unsur syirik. Dengan itu saya mewasiatkan kepada anda
kaedah pengubatan yang halal dan yang bersih daripada kemurkaan Allah.
Beramallah dengannya dan bantulah masyarakat yang amat memerlukannya.
Semoga Allah SWT mengurniakan
sepenuh keberkatan dan rahmatnya kepada kita semua didunia dan akhirat
insya’Allah.
Ingatlah kepada Allah nescaya
Allah akan mengigatimu.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
(Penasihat Darussyifa’)