Keratan Akhbar: Harakah 16-30 Jun 2006 m/s 30
Seharian menjejak pesakit di
Darussyifa’
Oleh: Azamin Amin dan Nabila Abdullah


DARUSSYFA’, pusat tumpuan yang tidak asing lagi dikalangan
penduduk Bangi, merupakan klinik rawatan yang terkenal bagi masyarakat luar
terutamanya orang Islam yang menawarkan pekhidmatan altenatif kepada orang-ramai.
Pengamalnya berusaha mencari kesembuhan penyakit
terutama penyakit rohani seperti terkena gangguan makhluk halus, rasukan,
histeria, santau, badi mayat & badi haiwan, sihir dan seumpamanya.
Idea penubuhan pusat rawatan ini terbit pada tahun
1988 dan Iahir daripada Dato’ Dr Haron Din seorang pensyarah dan juga ulama’
yang tidak asing Iagi. Beiau lebih mesra dengan pangillan Ustaz Haron.
“Salah satu sebab saya tubuhkan Darussyifa’ ialah
untuk mengelakkan orang-ramai daripada mencari kesembuhan penyakit terjerumus kepada
amalan perbomohan dan dukun yang menggunakan sihir, makhluk halus dan perkara
syirik yang jelas bertentangan dengan syarak,” kata beliau.
Di ruang legar Darussyifa’
kira-kira 200 orang sedang menunggu giliran untuk mendapat rawatan daripada
beliau, Mereka datang dari seluruh pelusok negara dan juga dari negara jiran seperti
Brunei, Singapura dan Indonesia.
Memandangkan beliau sentiasa sibuk, beliau hanya merawat
pada setiap hari Selasa pagi manakala pada hari lain pula pesakit boleh
mendapatkan perkhidmatan daripada perawat-perawat lain.
Menurut Setiausaha Darussyifa’ Haji Abdul Rahman
Nawas, pada hari kunjungan kami, seawal jam 4 pagi orang ramai telah mula
menunggu untuk mendapatkan nombor giliran. Setelah solat subuh mareka memenuhi
pintu luar Darussyifa’ untuk menanti kaunter yang dibuka pada jam 6:30 pagi.
Klinik rawatan ini dibuka setiap hari sehingga jam 11
malam dan pada hari Isnin sebelah malamnya, tiada rawatan dilakukan kerana perawat-perawat
perlu hadir ke Kuliah Ustaz Haron yang diadakan di bahagian atas bangunan
Darussyifa’. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan Iima bilik rawatan, pejabat,
kaunter pendaftaran dan surau di bahagian atasnya.
Darussyifa’ mempunyai 20 pengamal perubatan (perawat)
dan sekurang-kurangnya tiga orang bertugas setlap hari.
Para pesakit diminta
membawa air dan sekiranya perlu membawa tumbuhan dan herba yang sesuai dengan
penyakit mereka seperti membawa serai wangi untuk penyakit batu karang. Perkara
ini akan dimaklumkan sewaktu pesakit mula-mula mendapatkan rawatan.
Selain penyakit rohani, mereka yang mengalami penyakit
fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, batu karang, angin
ahmar, benda tajam dalam badan dan bisa dalam badan turut datang untuk mendapatkan
rawatan di Darussyifa’.
Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Alupathy (perubatan
moden seperti di hospital) buat masa kini merupakan suatu pilihan utama manusia
moden sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit. Ia diiktiraf dalam Islam malah
dilengkapkan dengan segala kemudahan dan kepakaran menjadikan hospital dan
klinik sebagai tumpuan utama.
Kata Ustaz Haron “Sekiranya sesuatu penyakit terjadi,
kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu
di hospital-hospital atau di klinik-klinik dan seandainya tidak berjaya dan
belum disembuhkan lagi oleh Allah maka Darussyifa’ menyediakan peluang kepada pesakit-pesakit
ini supaya tidak putus asa dalam usaha mencari kesembuhan”.
Pelbagai reaksi dan respons orang ramai yang ditemui,
ada yang sembuh serta-merta dan ada yang perlu datang berulang kali. Menurut
Zuniawati Mahmod 48, dari Keluang, Johor, beliau datang atas saranan rakan yang
cukup yakin akan keberkesanan rawatan manakala Noriah Ahmad 67, dari Melaka
memberitahu pada mulanya beliau telah berulang kali ke hospital tetapi doktor tidak
dapat mengesan penyakitnya dan kemudian beralih ke Darussyifa’. “Alhamdulillah,
setelah diberi air untuk minum dan mandi, saya semakin sihat” katanya
tersenyum.

Lain pula cerita Mohd Awa lzral, salah seorang
pengunjung yang datang seawal subuh, semata-mata untuk meminta Ustaz Haron ‘membelah
mulut’ (Tahnik), mencukur rambut dan mendoakan anak sulungnya, Muhammad Akram Ikhwan,
dengan harapan ia akan menjadi seorang ulama.
Wartawan Harakah juga sempat mengusik Ketua
Perawat, Haji Mokhtar Kassan yang menceburi bidang rawatan Islam sejak 1985,
supaya mencerita rupa bentuk jin yang ditemui, beliau tersenyum menjawab “Ada yang serendah paras lutut saya bermata satu, dia datang nak mengganggu saya kerana saya
mengusirnya daripada mengusik pesakit” katanya. Ditanya petua sewaktu berhadapan
makhluk halus, beliau menjawab, yang penting ketaqwaan kepada Allah dan
keikhlasan, kemudian bacalah surah-surah mudah seumpama Ayatul Kursi.
Ustaz Haron menjelaskan perbezaan antara bomoh dan rawatan
alternatif Islam yang diusahakan Darussyifa’ adalah “Tiada pengunaan jin untuk
merawat dan mengubati pesakit yang datang ke sini.” “Tetapi kita biasa berurusan
dengan jin seperi berdakwah, mengIslamkan atau menghalau mereka”, katanya. Ditanya
sama ada beliau pernah mengIslamkan jin, beliau menjawab, “Ya! dan kaedahnya sama
seperti manusia iaitu mengucap dua kalimah syahadah”.
Beliau menambah bahawa bomoh menggunakan makhluk halus
untuk mengubat pesakit dan melakukan ‘arraff’ iaitu
mendakwa mengetahui hal-hal ghaib seperti tahu punca penyakit, menilik dan
meramalkan sesuatu sedangkan kaedah ini amat bertentangan dengan syarak.
“Di Darussyifa’, kita hanya menggunakan doa-doa yang
terdiri daripada ayat-ayat aI-Quran, hadis serta sunnah Rasulullah SAW dan
air sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit,” Kata beliau mengakhiri perbualan.
