DARUSSYIFA' ONLINE
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 10 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177463
    halaman sejak 3 April 2007

     

    Program Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

    pada 19 & 20 Ogos 2006

    di Hutan Lipur Gunung Senyum Jengka Pahang

     

    (Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas)

     

    Gambar-12-01: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Sejak 8:30 pagi lagi para peserta telah berkumpul di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi sebelum bertolak ke Hutan Lipur Gunung Senyum.

    Gambar-12-02: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Para peserta sampai di Hutan Lipur Gunung Senyum kira-kira pukul 1:30 tengahari

    Gambar-12-03: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Sebaik sampai di Hutan Lipur Gunung Senyum para peserta menunaikan Solat Zuhur & Asar berjemaah (Qasar & Jamak Takdim). Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din mengimami solat ini.

    Gambar-12-04: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Setelah selesai solat, para peserta berkumpul di padang berdekatan untuk mendengar taklimat serta pembahagian kumpulan. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Hijau, Biru, Kuning dan Merah. Setiap kumpulan terdiri daripada 28 orang.

    Gambar-12-05: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Tuan Guru & Isteri serta AJK menikmati makan tengah hari di bawah pokok. Suasana yang sungguh harmoni.

    Gambar-12-06: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas sesi taklimat, para peserta menikmati jamuan makan tengah hari.

    Gambar-12-07: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas makan tengah hari, para peserta ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat sementara menanti program seterusnya. Ada yang memilih untuk menginap di khemah.

    Gambar-12-08: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas berehat sebentar, kira-kira pukul 3:30 petang, para peserta pergi melawat ke dalam Gua Gunung Senyum. Suasana dalam gua yang sungguh cantik…begitu hebatnya ciptaan Allah.

    Gambar-12-09: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Suasana dalam Gua yang cukup aman dan harmoni

    Gambar-12-10: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Setelah minum petang, kira-kira pukul 5:30 petang, para peserta mendengar taklimat Pertolongan Cemas yang di sampaikan oleh Dr. Mohd Azlin (menantu Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din)

    Gambar-12-11: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Di malam hari pula, selepas Solat Maghrib & Isyak berjemaah (Qasar & Jamak Takdim), diadakan bacaan Yasin serta zikir. Di akhir zikir Tuan Guru membacakan doa selamat.

    Gambar-12-12: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas Doa Selamat, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din menyampaikan Kuliah Maghrib.

    Gambar-12-13: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas selesai Kuliah Maghrib, Para Peserta meraikan hari genap umur Tuan Guru yang ke 66 tahun. Tuan Guru & Isteri memotong kek hari jadi di samping yang lain membacakan selawat.

    Gambar-12-14: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menerima hadiah khas hari jadi daripada Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’)

    Gambar-12-15: (SABTU: 19-OGOS-2006)

    Selepas itu semua peserta menikmati jamuan makan malam. Hidangan istimewa ialah 2 ekor Rusa panggang dan 2 ekor kambing panggang.

    Gambar-12-16: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Hari seterusnya, di awal 5:00 pagi para peserta telah berkumpul di dewan untuk mengerjakan solat tahajud dan solat witir. Selepas Solat Subuh, Tuan Guru menyampaikan Kuliah subuh sehingga pukul 7:10 pagi.

    Gambar-12-17: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Setelah bersarapan pagi, acara Sukaneka bermula. Gambar menunjukkan para peserta daripada kumpulan biru sedang menyertai pertandingan memancing

    Gambar-12-18: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Gambar menunjukkan Kumpulan Hijau sedang bermain bola sepak berkain sarung.

    Gambar-12-19: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Kumpulan Merah pula sedang mencari harta karun di dalam gua.

    Gambar-12-20: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Kumpulan Kuning bermain Bowling padang dengan buah kelapa sebagai bola.

    Gambar-12-21: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Acara Khas untuk AJK ialah menjawab soalan berdasarkan clue yang diberi. Gambar kelihatan Tuan Guru, Isteri dan menantu sedang menghakimi siapakah peserta yang berjaya.

    Gambar-12-22: (SABTU: 20-OGOS-2006)

    Akhir sekali majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang memenangi pertandingan di dalam kumpulan masing-masing.

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)