|
Rombongan Umrah & Ziarah
bersama
Tuan Guru Dato' Dr. Haron
Din
di Mekah pada April 2005
& April 2006
(Sila klik pada gambar untuk melihat gambar
yang lebih jelas)
|
|
Gambar-05-01:
(Umrah April 2005)
Berkumpul di
hadapan Hotel Al-Fayrozih sebelum bertolak untuk menziarahi tempat-tempat
bersejarah disekitar Mekkah. Di hotel inilah ahli rombongan yang terdiri
daripada 60 orang termasuk 10 orang kanak-kanak menginap.
|

|
|
Gambar-05-02:
(Umrah April 2005)
Menunggu bas
di hadapan Masjid Jinn yang terletak kira-kira lima minit berjalan dari
Masjidil Haram.
|

|
|
Gambar-05-03:
(Umrah April 2005)
Turun dari bas
bila tiba tempat yang hendak diziarahi.
|

|
|
Gambar-05-04:
(Umrah April 2005)
Tuan Guru
Dato' Dr. Haron Din ditemani Isteri (berjubah coklat) bergambar bersama ahli
rombongan dilereng Jabal Thur . Diatas bukit inilah terletaknya Gua Thur
tempat Nabi Muhammad S.A.W & Sayyidina Abu Bakar bersembunyi daripada
Kafir Musyirikin Mekkah yang hendak membunuh baginda.
|

|
|
Gambar-05-05:
(Umrah April 2005)
Bergambar di
lereng Jabal Rahmah. Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah. Mengikut riwayat
ahli sejarah, diatas bukit inilah tempat pertemuan pertama kali Nabi Adam
A.S. dan Siti Hawa di atas muka bumi ini. Setelah turun kebumi ini dari
Syurga, mereka terpisah selama 200 tahun.
|

|
|
Gambar-05-06:
(Umrah April 2005)
Bergambar
Kenangan di Jamrah Al-Ula. Selepas musim haji 1426 (Zulhijjah 1426 / Jan
2006), ketiga-tiga Jambatan Jamrah sekarang telah dirobohkan kerana pembinaan
Jambatan Jamrah Moden yang baru yang lebih besar dan mempunyai lima tingkat.
|

|
|
Gambar-05-07:
Jambatan
Jamrah Moden yang baru bernilai RM4.12 billion. Sekarang sedang dalam
pembinaan. Pembinaannya dijangka mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap
awal tahun 2009.
Untuk
mengetahui lebih lanjut model terbaru tempat Jamrah ini sila rujuk Rencana
Berita Harian bertarikh 18-Feb-2006 muka surat 14
|

|
|
Gambar-05-08:
(Umrah April 2006)
Tuan Guru
Dato' Dr. Haron Din bergambar dengan AJK Darussyifa' dan menantu (Dr. Mohd
Azlin – kanan sekali)
|

|
|
Gambar-06-09:
(Umrah April 2006)
Bergambar
dengan ahli rombongan di Dewan Makan Hotel di Mekkah.
|

|