bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Arkib Berita Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 118 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Borang
  • Borang Sesi 2012
  • Borang Program KIDS

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    7002221
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools

  •  

    SUASANA KLINIK DARUSSYIFA' (BANGI) DIPAGI SELASA

    RAWATAN DENGAN TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

    HANYA SETIAP PAGI HARI SELASA (7:30 PAGI ~ 1:00 TGH.)

     

    (Nota: Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas)

     

    Gambar-01-01:

    Gambar Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi di subuh hari

     

    Ada yang telah datang sejak sebelum waktu subuh untuk menunggu di kaunter  pendaftaran untuk mengambil nombor giliran

     

    Gambar-01-02:

    Orangramai mula beratur sejak awal waktu subuh lagi untuk mendapatkan normbor giliran. Kebiasaannya hanya nombor giliran 1 hingga 200 sahaja yang berpeluang mendapat rawatan dengan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

    Nombor giliran 1 ~ 200 biasanya  telah habis sebelum jam 6:30 pagi. Bagi nombor giliran berikutnya akan dirawat oleh Perawat-perawat kanan Darussyifa'.

     

     

    Gambar-01-03:

    Setelah mendapat nombor, pesakit atau wakil pesakit diminta untuk mengisi butir-butir dalam Kad Rawatan. Butir-butir latar belakang penyakit hendaklah ditulis dengan tepat dan ringkas. Jika ada masalah untuk mengisi Kad Rawatan, boleh bertanya dengan AJK yang bertugas di kaunter

     

    Sila klik di sini untuk contoh Kad Rawatan

     

     

    Gambar-01-04:

    Setelah Kad Rawatan diisikan dengan lengkap, pesakit hendaklah menunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Nombor giliran anda akan terpapar di Papan Digital.

     

     

    Gambar-01-05:

    Orangramai yang berhajat mendapatkan rawatan, dinasihatkan supaya meletakkan botol-botol air dan juga bahan-bahan ubat yang di bawa diatas meja yang disediakan di ruang lobi. Ini kerana sebelum rawatan bermula Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din akan membacakan doa dan meniup keatas air dan bahan-bahan tersebut. Bagi mereka yang terlupa membawa air, air mineral ada dijual disini.

     

     

    Gambar-01-06:

    Seawal pukul 7:30 pagi Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din akan sampai ke klinik dan akan terus membacakan doa. Orangramai yang hadir diminta supaya menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan doa kita semua dengan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapi.

     

     

    Gambar-01-07:

    Setelah selesai doa dibaca, Tuan Guru meniup pada air dan bahan-bahan yang diletakkan di atas meja.

     

     

    Gambar-01-08:

    Setelah nombor giliran dipanggil, pesakit akan diminta untuk masuk ke bilik menunggu. Disini pesakit diminta menyerahkan Kad Rawatan kepada petugas.

     

    PERHATIAN: Pesakit hanya dibenarkan untuk diiringi oleh SEORANG waris atau rakan atau suami/isteri sahaja untuk memasuki bilik menunggu dan bilik rawatan. SATU botol air sahaja dibenarkan dibawa masuk oleh setiap pesakit.

     

     

    Gambar-01-09:

    Didalam bilik menunggu, pesakit dan pengiring diminta untuk membanyakkan membaca Selawat. Tunggu sehingga nama pesakit dipanggil oleh petugas.

     

     

    Gambar-01-10:

    Didalam bilik rawatan disediakan 3 buah kerusi untuk pesakit. Ketika Tuan Guru merawat pesakit pertama, pesakit kedua dan ketiga hendaklah menunggu dengan duduk diam dan hendaklah membanyakkan membaca selawat. Setelah selesai merawat pesakit pertama, Tuan Guru akan beralih ke pesakit kedua, ketika ini pesakit pertama tadi hendaklah bangun keluar pergi ke tempat penerangan dan kaunseling. Tempat duduk pesakit pertama tadi akan digantikan pesakit lain. Begitulah seterusnya.

     

     

    Gambar-01-11:

    Ini adalah suasana di bilik rawatan bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

     

    Seorang pesakit yang datang dengan berkerusi roda sedang dirawat.

     

     

    Gambar-01-12:

    Seorang pemuda yang sering mengalami sakit kepala sedang dirawat

     

    Gambar-01-13:

    Apabila tiba pukul 10:00 pagi, Tuan Guru akan berhenti rehat selama setengah jam. Dalam waktu rehat ini Tuan Guru akan menikmati sarapan pagi bersama-sama dengan AJK dan petugas-petugas sukarela. Diwaktu ini juga Tuan Guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat dengan mereka.

     

    Gambar-01-14:

    Diluar bangunan Darussyifa' ada juga gerai jualan sarapan pagi. Orangramai juga boleh membeli sarapan pagi disini

     

    Gambar-01-15:

    Pada pukul 10:30 pagi Tuan Guru menyambung merawat pesakit.

     

    Seorang pesakit lelaki sedang dirawat oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

     

     

     

    Gambar-01-16:

    Seorang pesakit wanita bersama bayinya sedang dirawat oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

     

     

    Gambar-01-17:

    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang mentahnik seorang bayi lelaki

    Gambar-01-18:

    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang mendoakan pasangan suami-isteri yang telah 6 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

     

    Gambar-01-19:

    Setelah keluar dari bilik rawatan, pesakit diminta untuk mendengar penerangan daripada pembantu perawat. Ini sangat penting bagi mendapatkan penjelasan bagaimana untuk menggunakan bahan-bahan ubat dan juga rawatan susulan yang perlu dilakukan oleh pesakit.

     

     

    Gambar-01-20:

    Rawatan yang diberikan oleh Darrussyifa' adalah sentiasa percuma. Bayaran tidak dikenakan sebelum dan selepas rawatan. Bagaimanapun sumbangan daripada orangramai adalah sangat-sangat dialu-alukan supaya Darussyifa' dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan dan dakwah kepada seluruh masyarakat. Sumbangan ikhlas boleh dimasukkan kedalam kotak tabung yang disediakan.

     

    Gambar-01-21:

    Sebelum pulang, anda akan terlihat satu papan tanda di pintu keluar bangunan Darussyifa' iaitu;

     

    "Thohuurun Insya'Allah"

    Semoga Segera Sembuh Inya' Allah

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)