Pada hari Ahad 2 Julai 2006, ahli-ahli Darussyifa seramai kira-kira 50
orang yang diketuai oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menerima
jemputan pihak Hospital PUSRAWI dan telah datang ke Hospital tersebut.
Seperti kelazimannya, acara merawat bangunan bermasalah dimulakan dengan
Sembahyang Maghrib berjamaah.
Selepas solat Maghrib iaitu sebelum memulakan Solat Hajat, Tuan Guru
telah memberikan taklimat ringkas yang mana intipati ucapan beliau adalah
seperti berikut; |
1. Sebagai satu tempat baru,
bangunan baru dan operasi pun baru, kebiasaannya kita akan diuji oleh
Allah swt. dengan beberapa incident (kejadian) yang sebenarnya kecil jika
dibandingkan dengan rahmat Allah yang kita terima begitu besar.
2. Darussyifa' memang biasa mendapat jemputan daripada berbagai-bagai
golongan masyarakat bagi mengusahakan sesuatu ikhtiar dalam kes-kes seperti
bangunan yang menghadapi masalah dengan kita merujuk kepada Allah swt..
DariNya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan
dengan izin Allah swt.
3. Apa yang boleh kita usahakan dan telah kita usahakan dalam kontek
seperti ini ialah pertama kita bersembahyang hajat. Kepada Allah kita
mohon segala kebaikan untuk tempat ini dan kita mintak dijauhkan segala
keburukan tempat ini. |
 |
4. Seperti Nabi pernah berdoa dalam sebuah
hadith sahih iaitu apabila nabi pergi pertama kali ke sesuatu tempat yang
baru nabi akan membaca doa. Iaitu nabi bermohon kepada Allah swt. kebaikan
tempat itu dan dijauhkan kejahatan tempat itu.
5. Sebagai bumi Allah, tentulah ada kebaikan yang banyak dan kita mintak
Allah mengekalkan kebaikan itu. Sebagai suatu ujian, Allah jadikan sedikit
sebanyak keburukan seperti gangguan dan sebagainya, dan dengan itu kita
mintak dijauhkan keburukan itu. |
6. Dengan itu kita akan melakukan
Sembahyang Hajat memohon daripada Allah swt. supaya diberi kepada tempat
ini, penghuninya, pekerjanya dan apa sahaja, dengan segala perlindungan
daripada Allah swt. dan dengan segala kebaikan yang dikehendaki oleh insan
yang lemah seperti kita. Kita pohonkan agar kejahatan-kejahatan yang mungkin
berlaku dan mungkin telah berlaku agar dijauhkan daripada kita.
7. Kita banyak pengalaman di Kuala lumpur samada di tempat ini atau disekitarnya,
memang banyak ada gangguan-gangguan yang kita anggapkan sebagai ujian
Allah swt., dan telah kita pergi tolong apa yang boleh ditolong dan kita
serahkan kepada Allah swt..
8. Selepas kita sembahyang hajat berjamaah nanti insya'Allah, dengan
niat dan hajat yang disebutkan tadi iaitu minta kebaikan tempat ini dan
dijauhkan kejahatan tempat ini, mintak keberkatan kepada yang berkerja,
perindungan daripada yang tidak baik dan mengekalkan yang baik, selepas
itu kita akan membaca Surah Yaasin beramai-ramai dengan niat yang sama.
Kita balik kepada hadith nabi yang bermaksud; "Surah Yaasin itu dibaca
mengikut niat apa yang dibacanya." Dengan itu kita minta kebaikan
dan dijauhkan daripada kejahatan.
9. Selesai membaca surah Yaasin, kita akan berzikrullah. Kita akan berzikir
sebanyak yang sesuai dengan masa yang ada pada malam ini sampai menjelang
ke waktu Isyak. Zikir yang dibawa ini adalah rangkaian zikir yang biasa
kita beramal di Darussyifa'. Sebagai muqadimah kepada doa yang akan kita
doakan nanti, kita mulakan dengan zikrullah. Doa yang dibaca, kita akan
bermohon segala kebaikan, penyakit disembuhkan, gangguan di jauhkan, gangguan
yang ada dihentikan, ujian diringankan dan sebagainya.
10. Darussyifa' bukan sahaja mengusahakan dengan berdoa memohon Allah
ta'ala menyembuhkan penyakit kepada manusia, kita juga memohon Allah ta'ala
menyembuhkan penyakit yang ada pada binatang, kita juga merawat bangunan,
rumah, pokok, padang, kilang dan peralatan elektronik canggih yang ada
gangguan, kesemuanya kita buat dengan merujuk kepada Allah swt. Dari Allah
kita datang dan kepada Allah kita kembali. Tidak ada masalah yang tidak
boleh selesai dan kita hanya berikhtiar.
11. PUSRAWI mengikhtiarkan kesembuhan tetapi yang memiliki kesembuhan
bukan PUSRAWI. Darussyifa' mengikhtiarkan kesembuhan tetapi Darussyifa'
tidak pernah memiliki sebarang kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah
swt. Seperti Al-Quran ada menyebut dalam surah As-Syuara ayat 80 yang
bermaksud "Apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku".
12. Sebagai makhluk, bukan sahaja manusia sakit, binatang juga sakit,
pokok sakit dan bangunan pun boleh sakit. Sebab itu kita perlu balik semula
kepada Allah. Kita hanya mengusahakan dan kepadaNya kita pohonkan rahmat.
|
Selepas solat Isyak, Tuan Guru berpesan kepada pihak PUSRAWI supaya air
yang telah di doakan itu direnjiskan di tempat-tempat yang disyaki ada
masalah dengan gangguan makhluk halus didalam bangunan. Menakala garam
dan lada hitam pula hendaklah ditaburkan ditempat yang disyaki ada gangguan
diluar bangunan. Sambil merenjis air atau menabur garam hendaklah membaca
ayatul kursi dengan suara yang agak kuat.
Akhir sekali Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din mengucapkan terima kasih kepada
pihak PUSRAWI kerana telah memberi keyakinan kepada Darussyifa' untuk
datang membantu. Kita telah berikhtiar, kepada Allahlah kita berserah
segala-galanya.
Sebelum pulang, pihak PUSRAWI telah menyediakan jamuan makan malam untuk
semua yang hadir.
(Untuk berita bergambar
sila klik di sini)
|
 |