bulgarian property
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 9 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2066

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1177421
    halaman sejak 3 April 2007

    Majlis Konvokesyen Kali Pertama Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kamunting Perak (Sesi 2005/2006)

    Majlis Konvokesyen Kali Pertama Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kamunting Perak telah berlangsung pada 30 Julai 2006 bermula dari jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Majlis Pengijazahan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Seramai 74 orang pelajar pengubatan Islam Darussyifa’ telah diijazahkan pada hari tersebut yang terdiri daripada 68 orang lelaki dan 6 orang wanita. Majlis ini telah berlangsung buat pertama kalinya bagi Darussyifa’ Cawangan Kamunting di Dewan Kejora Kolej Multimedia Taiping. Harap-harap mereka ini akan membantu Darussyifa’ Kamunting untuk sama-sama mengubat... ...jangan kecewakan saya..." kata Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam ucapan perasmiannya.

    Pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat ijazah Pengubatan Islam Darussyifa’ ini adalah mereka yang tinggal di sekitar Kamunting iaitu seperti dari Semanggol, Parit Buntar, Nibong Tebal, Bota, Kuala Kangsar dan juga luar dari Perak iaitu dari Lunas, Sungai Petani, Kulim, Seberang Perai, Butterworth dan lain-lain tempat lagi.

    Sedikit tentang latar belakang Darussyifa’ Cawangan Kamunting ini. Klinik Darussyifa’ Cawangan Kamunting dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Guru pada 27 Ogos 1999. Pada mulanya hanya 2 orang perawat sahaja iaitu Ustaz Hj. Zakaria Nasirudin dan Ustaz Abd. Rahim Mohd Nor. Mulai tahun 2002 Jumlah perawat bertambah 3 orang setelah 5 orang daripada perawat Darussyifa’ Kamunting dihantar mengikuti kuliah perubatan Darussyifa' di Ipoh pada tahun 2002.

    Asalnya klinik cawangan Kamunting ini menyewa di sebuah kedai di Taman Lela 1. Tetapi mulai 2003 pengerusi cawangan ini, Ustaz Hj. Zakaria Nasirudin telah berjaya membeli sebuah rumah kedai di taman yang sama. Hingga kini klinik terus dibuka pada waktu rawatan. Masa rawatan klinik ini ialah Isnin (8.30 mlm - 11.30 mlm) dan Selasa (5.00 ptg- 7.00 mlm). Sesuai dengan kemampuan perawat yang sedia ada, purata pesakit yang datang ke klinik adalah sekitar 15 orang pada setiap masa rawatan.

    Atas permintaan masyarakat setempat dan setelah diperkenankan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Kuliah pengubatan Islam Darussyifa' di cawangan ini telah diadakan bermula pada 6 Mac 2005. Kuliah telah berjalan sebanyak 13 siri. Kuliah ini telah dijalankan sebulan 2 kali iaitu pada hari Ahad mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kelas diadakan pada mulanya di medan Kamunting. Bagaimanapun mulai awal tahun 2006 kuliah telah bertukar tempat iaitu di Masjid TM Taiping hingga sekarang. Jumlah pelatih yang memohon pada awalnya ialah seramai 102 orang. Bagaimanapun setelah ujian dan tasmik dilakukan hanya 74 orang sahaja yang layak diijazahkan.

    Secara keseluruhannya Majlis Konvokesyen ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Julai 2006 seperti berikut;

    Aturcara Majlis Konvokesyen Darussyifa’ Cawangan Kamunting Perak

    29/7/2006 Hari Pertama (Sabtu)

    2.30 ptg  : Pendaftaran penginapan
    3.30 ptg  : Taklimat di surau
    5.15 ptg  : Hi-Tea di kantin telekom 130
    7.00 mlm : Solat Maghrib di Masjid Kolej Multimedia Telekom (Terbuka kepada orang ramai)
                     Ceramah Umum oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
                     Solat Isyak
    9.15 mlm : Makan Malam di Selera Malam
    10.00 mlm:Raptai di Dewan Kejora Kolej Multimedia

    30/7/2006 Hari Kedua (Ahad)

    5.50 pg : Solat Subuh
                   Kuliah subuh oleh Ustaz Sahul Hamid M.E.D
    7.30 pg : Sarapan pagi di Telekom
    9.30 pg : Tetamu mengambil tempat
    10.00 pg : Majlis Konvokesyen
    12.30 pg : Makan Tengahari
                     Bersurai

    ATURCARA MAJLIS PERASMIAN (30 JULAI 2006)

    9.30 : Tetamu mengambil tempat
    9.45 : Ketibaan tetamu kehormat
    10.00 : Bacaan Al-Quran Ust. Ishak
    10.15 : Kata-kata Aluan Pengerusi
    10.25 : Ucapan Pengerusi PKPI Pusat
    10.35 : Ucapan Perasmian Tn.Guru Dato’ Haron Din
    10.55 : Persembahan ICT
    11.10 : Majlis Pengijazahan dan Penganugerahan Sijil
    11.45 : Bacaan Doa Tn.Guru Dato’ Haron Din
    12.00 : Sesi Pengambaran
    12.30 : Makan Tengahari

    Sila klik di sini untuk berita bergambar


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
    Ustaz Hisham (012-329 2792) atau Ustaz Jufry (019-3634124)

    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)