PELANCARAN LAMAN WEB RASMI DARUSSYIFA'
Pada hari Isnin, 24 April 2006 bersamaan 25 Rabiulawal 1427H, laman web
Darussyifa' "www.darussyifa.org" telah dilancarkan dengan
rasminya oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Majlis pelancaran telah dilakukan
di Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi selepas Solat Isyak iaitu sebelum
kuliah pengubatan bermula. Sebelum Tuan Guru membuka laman web Darussyifa'
melalui Laptop PC, beliau telah menyampaikan ucapan ringkas terlebih dahulu.
Diantara intipati ucapan beliau adalah seperti berikut;
a. Telah lama orangramai, rakan-rakan dan anak-anak murid saya
bertanya berkenaan laman web Darussyifa' ini, syukur Alhamdulillah
pada malam ini barulah kita dapat lancarkan.
b. Saya tidak suka menggunakan media massa untuk menyalurkan maklumat
Darussyifa' kerana kadangkala mungkin mereka tersalah tafsir akan
perkataan-perkataan saya. Namun begitu masyarakat sangat memerlukan
maklumat ini.
|
 |
c. Buat masa ini banyak soalan-soalan yang saya terima daripada orang ramai
terutamanya mereka ingin komen saya sendiri tentang makhluk halus, qarin,
penyakit-penyakit dan seumpamanya. Sebahagiannya saya jawab melalui Harakah,
namun tidak semua orang membaca Harakah.
d. Dengan adanya laman web ini, saya berharap Darussyifa' dapat menyalurkan
maklumat-maklumat terkini yang selalu dikemaskini, juga maklumat-maklumat
yang telah lalu seperti latarbelakang Darussyifa' disamping menyiarkan
komen-komen semasa saya.
e. Saya mengucapkan terimakasih kepada seluruh mereka yag terlibat juga
kepada Jawatankuasa Darussyifa' kerana telah berusaha untuk mewujudkan laman
web ini. Dengan nama Allah s.w.t, dengan memohon restu Allah s.w.t, dengan
memohon rahmat Allah s.w.t dan dengan lafaz

Saya melancarkan laman web rasmi Darussyifa' pada malam ini.
Untuk berita bergambar
sila klik disini |