BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR
Pendahuluan
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan
Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan
selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan
kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga
racun.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu
yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat.
Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa
kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah.
Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya
dengan kaedah yang sama.
Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan
sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan
dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah
didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:
“Kami
diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah
saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai
seorang lelaki gila yang dirantai”.
Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki
yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan
bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang,
dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.
Bacaan Asas 10 Pertama
|
BACAAN
ASAS 10 PERTAMA
|
|
No.
|
Bacaan
|
Audio
(MP3)
|
|
1
|
Surah
Al-Fatihah

Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. (2) Segala
puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai
hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7)
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan
bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
|
Surah Al-Fatihah
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
2
|
Ayatul
Kursi

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak
mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
|
Ayatul Kursi
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
3
|

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan
penyakit
|
Yaa-Baari’
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
4
|

Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof
|
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
5
|
Selawat Syifa’

Terjemahan:
Ya Allah, berilah
rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat
baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh
badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan
dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan
sahabat baginda.
|
Selawat Syifa’
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
6
|
Selawat Tafrijiyyah

Terjemahan:
Ya Allah,
anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad, yang dengan berkatnya
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga
ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang
baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia,
kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah,
ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga
hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
|
Selawat Tafrijiyyah
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
7
|
Lauanzalna

Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya
Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan
melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan
perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.
(22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan,
Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki
segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24)
Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang
Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di
langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah
Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)
|
Lauanzalna
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
8
|
Doa Menghindar Syaitan

Terjemahan:
Aku berlindung
dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan
kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada
Allah yang esa lagi mulia,
daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada
syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya
dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan
sebaik-baik kejadian”.
|
Doa Menghindar Syaitan
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
9
|
Sejahtera ke atas nabi
Sulaiman

Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat
|
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Zulkifly
|
|
10
|
Doa Sulaiman

Terjemahan:
Ya Allah, masukkan
kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki
daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat,
perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai
tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.
Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia,
angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang
maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis,
wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai
Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat
Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah
yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
|
Doa Sulaiman
Bacaan
Talaqi dengan Tuan Guru
Bacaan
bertajwid oleh Ustaz Nasrin
|
Kegunaan Bacaan Asas
10 Pertama
Secara umumnya, Bacaan
Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:
| Kategori |
Kombinasi Bacaan |
Kegunaan |
|
1 |
1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
|
Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit |
|
1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna
|
Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan
masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan
atau tercekik tulang dan seumpamanya.
|
|
2 |
1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar
Syaitan
3. Salam Selahtera
Sulaiman
4. Doa Sulaiman
|
Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap
merasuk dalam tubuh
|
|
3 |
1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
|
Untuk menghadapi masalah
yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya
|
|
4 |
1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof
Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf
potong ini
|
Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang
mengerang kesakitan.
|
|
5 |
1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi
Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana
jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit
membaca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada
wakaf 8 & 9 sebanyak 3
atau 7 kali.
|
Ayat al-Kursi dibaca untuk
keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu
oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca
untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.
|
RANGKAIAN ZIKIR
Zikir
adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada
gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan
sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.
Kebiasaan
yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah
Yaasin.
Untuk mendengar keseluruhan Majlis Zikir iaitu Bacaan Yaasin, Asas 10, Rangkaian Zikir serta Doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din sila "Muat Turun Disini"
|