Majlis Aidilfitri 2017

Majlis Sambutan Aidilfitri Darussyifa’ 1438 Hijrah

Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H Persatuan Perubatan, Pengubatan, dan Kebajikan Islam Malaysia (DARUSSYIFA’) Pusat telah diadakan pada hari Isnin iaitu 3 Julai 2017 yang lalu, bersamaan dengan 8 Syawal 1438 bertempat di Ruang legar Bangunan Darussyifa’ Pusat, di Bandar Baru Bangi, Selangor.

   

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Kehadiran dianggarkan sekitar 7oo orang yang mana ia turut dihadiri oleh pelawat-pelawat Pusat Rawatan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi, Perawat-perawat Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’, ahli-ahli dan pelajar semasa kumpulan-28 Bangi. Ia juga bertepatan dengan hari pertama kuliah perubatan selepas bercuti panjang sempena Ramadhan Al-Mubarak. Majlis dilangsungkan secara santai dan ringkas tetapi meriah dengan berbagai hidangan yang disajikan kepada para pengunjung. Majlis ini bermula seawal 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam.

    

Para hadirin muslimin dan muslimat juga dapat berjemaah bersama menunaikan solat Maghrib, Solat Hajat, membaca Yassin, Berzikir dan diikuti solat Isyak. Selepas itu pengunjung juga kelihatan ceria memeriahkan majlis dan manakala ahli-ahli Darussyifa yang hadir turut mesra bertemu bersilaturrahim serta bermaaf-maafan dalam keberkatan bulan Syawal yang mulia yang diraikan.

   

 

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *