Perutusan Aidilfitri 2018 Pengerusi Darussyifa’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Penasihat Darussyifa’; Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dan Dr. Muhammad bin Doi, Ahli-ahli Jawatankuasa Darussyifa’, Ahli-ahli Lembaga Koperasi Darussyifa’ dan Ahli-ahli Lembaga Yayasan Darussyifa’, ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, serta warga Darussyifa’.

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Darussyifa’ dan berdoa agar kita semua dalam keadaan sihat dalam keredhaan Allah. Alhamdulillah kita telah pun sempurna menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan dan akan bersama-sama menyambut Aidilfitri dengan keluarga.

Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf atas salah laku dan tutur kata yang tidak menyenangkan dan juga tindak tanduk melampau. Didoakan agar semua yang pulang ke kampung halaman untuk menemui keluarga berada dalam keadaan berhemah semasa memandu dan bersabar menempuh kesibukan di jalan raya.

Bagi memenuhi agenda tahunan, kita akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada hari Isnin, 11 Syawal di Darussyifa’ Pusat bermula dari 5 petang.

Dato’-Dato’, Datin-Datin dan semua ahli dijemput ke majlis tersebut.

Akhir kata, berdoa kita bersama-sama semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar dapat menyambut Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.

Haji Abdul Rahman Ahmad,
Pengerusi,
Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (DARUSSYIFA’)

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =