Darussyifa’ di Karnival Toyyiba, Kelantan

Kota Bharu, 29 Okt: Darussyifa’ sekali lagi mendekati masyarakat dalam mendedahkan Rawatan Islam Ruqyah sempena:

Pada hari Jumaat bersamaan 27hb itu juga telah diadakan Hari Darussyifa’ Malaysia dan antara aktiviti yang telah disusun untuk pengunjung yang hadir adalah:

  1. Majlis Zikir Perdana Darussyifa (26hb Khamis: Maghrib – 7.00mlm-9.00mlm)
  2. Simulasi Rawatan Islam (Penyakit Fizikal & Rohani)
  3. Forum Perubatan Islam
  4. Bicara Santai Pengubatan & Perubatan Islam
  5. Tayangan Video
  6. Galeri contoh barangan Khurafat/Pameran Darussyifa’
  7. Produk Darussyifa’
  8. Khidmat Masyarakat Rawatan Islam

Menjadi praktis Darussyifa’ Malaysia di mana setiap rawatan yang diberikan adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung atau pun pesakit. Ia juga adalah praktis bagi mana-mana Pusat Rawatan Darussyifa’ lain di seluruh Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Darussyifa’ sebagai medium penerangan kepada masyarakat berikutan terdapat banyak kes pihak asing yang mengamalkan rawatan ruqyah tidak patuh syarak dan  mendakwa mereka adalah Darussyifa’.

Gambar oleh: Tuan Khalid, PRK-KB

 

 

 

About Author

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *