Tuan Haji Abdul Rahman Kekal Terajui Darussyifa’

Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad kekal dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Darussyifa’ sebagai Pengerusi Darussyifa’ Malaysia dalam Mesyuarat Agung Persatuan Perubatan, Pengubatan, & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) yang Ke-28 di Darussyifa’ Pusat di Bangi. Mesyuarat Agung Tahunan kali ini juga dijalankan bagi membuat pemilihan dan lantikan baru untuk sesi baru. Pemilihan ini yang dijalankan dua tahun sekali dihadiri oleh 290 ahli dari semua cawangan di seluruh Malaysia.

Mengikut perlembagaan yang ditetapkan, ahli mesyuarat perlu melantik 12 orang ahli jawatankuasa Pusat untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Senarai penuh nama yang dilantik adalah seperti berikut:
1. Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad
2. Dr Huda Haron
3. Ust Ikmal Zaidi Hashim
4. Dr Azlin Azzuddin
5. Ust Mohd Apandi Hussian
6. Ust Imran Kamal Basha
7. Ust Abdul Rahman Nawas
8. Ust Shaharudin Saad
9. Dr Rushdi Ramli
10. Ustaz Abdul Rashid Ahmad
11. Dato’ Abdul Rashid Mat Amin
12. Ust Zulkiply Mohd Dahlan

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *