Darussyifa’ Menyertai Konvensyen Hospital Mesra Ibadah

Kota Bharu 30,31 Julai 2017: Darussyifa’ Malaysia telah menyertai Konvensyen Hospital Mesra Ibadah kali ke-4 yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu. Konvensyen yang dianjur bersama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumpulkan lebih dari 300 wakil-wakil dari hospital dan petugas-petugas berkaitan hospital dari seluruh negara.

Antara resolusi yang di persetujui bagi Penggubal Dasar adalah:-

 

  • Merangka dasar yang bersifat holistik ke
    arah melaksanakan dasar-dasar patuh syariah dalam bidang kesihatan.
  • Mengiktiraf aspek spiritual sebagai sebahagian daripada keperluan rawatan yang bersifat holistik.
  • Mengaplikasi bidang Pengubatan Islam dalam Sistem Kesihatan Kebangsaan sebagai pendekatan spiritual dalam pengurusan pesakit menepati Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Ulasan Pengunjung

Your email address will not be published. Required fields are marked *