003: Ubati Sihir
dengan Sihir?
Dato’, harap dapat membantu saya untuk
menjelaskan kemusykilan:
1. Apakah hukum mengubati orang yang
kena sihir dengan pengubatan cara sihir juga. Sihir melawan sihir?
2. Bagaimana
cara untuk menghindarkan diri daripada sihir?
3. Apakah ikhtiar yang dibenarkan
syarak untuk mengubati pesakit yang kena sihir?
NUR SAKINAH ABDULLAH
Kuala Kubu, Selangor
Jawapan Pertama
Orang
yang terkena sihir sedang diuji Allah, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya
melalui amalan yang diluluskan syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan
dengan bacaan doa yang ma’thur.
Disebut dalam hadis-hadis sahih, iaitu menggunakan
daun bidara, ditumbuk dalam batu, dimasukkan ke dalam air, dan didoakan dengan
doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, untuk diminum airnya
dan dimandikan pesakit. ini merupakan salah satu dan cara pengubatan.
Khusus
kepada soalan yang dibangkitkan, iaitu diubati atau diatasi penyakit dengan
amalan sihir, pada saya seperti yang dijelaskan sebelum ini sihir merupakan
amalan yang ditegah dan diharamkan Islam kerana ia
membawa kepada syirik.
Menggunakan
sihir untuk mengubati sihir diistilahkan dalam syarak, dalam Islam sebagai ”annusyrah” yang bermakna mengubati sihir dengan
sihir. Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. ditanya hukum “annusyrah”,
maka Nabi menjawab bahawa ia perbuatan syaitan. Ertinya Nabi melarang
pengubatan cara sihir dilakukan.
Hendaklah
difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli
sihir. Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan
menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersubahat dengan ilmu yang dilarang oleh
Islam.
Penggunaan kaedah ini dalam banyak hal menjerumuskan
seseorang kepada tunjuk ajar ahli sihir. Contohnya, berlaku dalam masyarakat apabila ada yang meminta
menyembelih seekor ayam atau seekor kambing, menggunakan darah untuk mengubati
sesuatu penyakit. Perbuatan seperti ini, menyembelih binatang kerana
syaitan atau kerana sihir, ia tidak menjadi ibadat
disebabkan ia bukan kerana Allah. Jika ini berlaku, ini
adalah syirik.
Jawapan Kedua
Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini
diistilahkan sebagai al-wiqaayah.
Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam penggunaan
kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak
diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu
jika terkena.
Dalam
Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan
sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat
kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah
terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas.
Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan
bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul
kursi.
Boleh juga ikhtiar untuk menghindari dari syaitan, sihir
dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah SWT dengan menghias diri
melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan. Zikir kepada Allah, berdoa kepada
Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi kena kepada kita.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan
al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada
sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghalangkannya.
Semakin lama penyakit
tersebut
dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.
Jawapan Ketiga
Oleh
kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya
tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan
secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat
untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran
menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa
apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa
dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang,
menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama
muktabar menyarankan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam
Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256
& 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.
Ada
juga ulama yang menyarankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah alBaqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah
Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83
Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.
Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena
sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan
daripada Allah SWT.
(Petikan dari ruangan Bersama Dato’ Dr.
Haron Din akbar Harakah 1-15 Julai 2006)