PESANAN TUAN GURU
Pra Syarat Sebagai Perawat
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada
7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam
Syair Imam Shafie iaitu;
i. |
Kecerdikan - Boleh memahami
ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang
yang benak. |
| ii. |
Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari
ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah
ilmu dengan baik. |
| iii. |
Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan
orang yang miskin. |
| iv. |
Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan
dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja. |
| v. |
Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui,
benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati
dan kasih sayang. |
| vi. |
Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar
dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang. |
|
 |
2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan
yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun
tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk
dan seumpamanya.
3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan
yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan
seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.
4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk
berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.
Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada
7-March-2005)
1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari –
iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari,
selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan
memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan
ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara
yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah
disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa
ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.
5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah
ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada
pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti
dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari
kesembuhan.
10 Perinsip Asas Rawatan Islam
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada
7-March-2005)
1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan
ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah
Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan
ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan
penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi
sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan
harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
i. Dengan membaca Al-Quran (dengan
bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada
Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah
ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan
harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang
najis, tangkal dan seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari
ubat dan kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat,
doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.
Pengijazahan
Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan
ke-17.
1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan
hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak
murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan
hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan
yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan.
Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup
kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai
mengaibkan rakan.
2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah
dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada
semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil
contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan
ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar
dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik
sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar
ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.
|