KEAHLIAN PERSATUAN
(Nota: Merujuk kepada Bab Keempat Undang-undang Persatuan Kebajikan
dan Pengubatan Islam)
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam mempelawa kepada sesiapa sahaja
umat Islam lelaki dan perempuan yang telah berumur 18 tahun dan keatas
untuk menjadi ahli persatuan.
Fasal-6: JENIS AHLI
6.1 Ahli-ahli persatuan ini terbahagi kepada tiga jenis keahlian:
6.1.1 Ahli Biasa
6.1.2 Ahli Kehormat
6.1.3 Ahli Seumur Hidup
6.2 Tertakluk kepada pertukaran 6.3.ahli biasa dan ahli seumur hidupadalah
terbuka kepada semua umat islam yang berumur 18 tahun keatas.
6.3 Untuk diterima menjadi ahli seseorang itu hendaklah telah mengikuti
kuliah pengubatan islam dan lulus ujian yang diadakan oleh persatuan atau
sekurang-kurangnya telah diterima untuk menjalani kuliah pengubatan islam
yang dikendalikan oleh persatuan.
6.4 Ahli kehormat adalah mereka yang dilantik dikalangan tokoh-tokoh islam
yang terkemuka dan berjasa kepada negara atau persatuan atau bekas ahli
persatuan yang berpengetahuan luas dalam selok belok agama islam.Keahlian
ahli kehormat akan diluluskan oleh ahli jawatankuasa atau Mesyuarat Agung
dengan mendapat persetujuan (2/3) daripada ahli yang hadir.
6.5 Ahli seumur hidup ialah seorang ahli biasa yang telah membuat permohonan
kepada jawatan kuasa dan membuat bayaran yuranya seperti yang diperuntukkan
dalam Fasal 12.4. (iaitu: Yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah Satu
Ratus Ringgit (RM100.00) dibayar sekali gus tanpa mengira berapa lamakah
pemohon itu telah menjadi ahli biasa)
Fasal 7. PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan untuk menjadi ahli biasa dan ahli seumur hidup hendaklah dibuat
menggunakan borang permohonan menjadi ahli.Permohonan tersebut hendaklah
di cadang dan disokong oleh dua orang ahli biasa atau ahli seumur hidup
persatuan.
Fasal 8. PENERIMAAN MENJADI AHLI
8.1 Permohonan menjadi ahli biasa dan ahli seumur hidup akan dipertimbangkan
oleh ahli jawatan kuasa.Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya,menolak
sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
8.2 Tiap-tiap pemohon yang permohonanya telah diluluskan seperti yang
tersebut diatas adalah,setelah membayar yuran pendaftaran dan yuran pertama
seperti yang ditentukan dalam Fasal 12.2,diterima menjadi ahli persatuan
dan mempunyai hak sebagai ahli. (Fasal 12.2: Yuran bagi Ahli Biasa
ialah Dua Belas Ringgit (RM12.00) setahun.)
PROSES PENGAMBILAN PELAJAR & AHLI BARU
Pengambilan pelajar baru diadakan pada setiap tahun. Borang Permohonan
menjadi ahli, kebiasaanya dikeluarkan pada awal bulan November dan tarikh
tutup permohonan adalah dipertengahan bulan Disember setiap tahun. Permohonan
boleh dikemukakan dengan mengisi borang yang disediakan. Borang tersebut
boleh didapati daripada pejabat Darussyifa' di Bandar Baru Bangi. (Contoh
borang sila klik disini)
Kebiasaannya satu jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan proses
pengambilan pelajar baru. Mereka ditugaskan untuk menapis semua permohonan
dan menemuduga calon yang berkelayakan sahaja. Tujuan mereka ditemuduga
ialah untuk memastikan setiap calon mempunyai asas tentang bacaan al-Qur'an
dan fardu 'ain. Temuduga tersebut biasanya diadakan seminggu atau dua
minggu selepas tarikh tutup permohonan. Kuliah Pengubatan untuk pelajar
baru biasanya bermula pada bulan Januari atau Februari.
PENGIJAZAHAN
Pengijazahan bererti Pengiktirafan. 'Ijazah' yang diberikan oleh guru
kepada anak muridnya menunjukkan adanya pengiktirafan daripada guru yang
meyakini kebolehan pelajamya untuk menerima watikah atau amanah ilmu yang
hendak diperturunkan. Tanpa pengiktirafan tentang kebolehan, 'ijazah'
tidak akan diberikan.
Pengijazahan juga merupakan sokongan guru terhadap anak muridnya untuk
melakukan sesuatu kaedah yang dipelajari. Dalam masa yang sama guru sentiasa
berdoa agar anak muridnya itu terus berada dalam pengawasan Allah. Pengijazahan
guru adalah sokongan utama kepada pelajarnya. Bermula dari sinilah lahirnya
keyakinan diri dan ia perlu dimiliki oleh setiap orang yang mengamalkan
ilmu rawatan walaupun yang menyembuhkan penyakit sebenarnya adalah Allah
s.w.t.
Pengijazahan dikendalikan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Ini melibatkan kaedah tasmi' (tasmek). la terdiri
daripada Bacaan 10 Asas Pertama. Bacaan ini hendaklah dihafal
dan perlu dibaca dihadapan Tuan Guru. Sebelum bacaan ini diperdengarkan
dihadapan Tuan Guru, ia terlebih dahulu diperdengarkan kepada tutor untuk
pembaikan jika ada kelamahan. Kaedah ini dilakukan setelah pelajar-pelajar
menghadiri kuliah perubatan yang diadakan setiap minggu selama lebih kurang
setahun (48 kali kuliah). Menghadiri kuliah adalah satu kewajipan, kegagalan
menghadiri kuliah melebihi 7 kali tanpa sebab munasabah akan menyebabkan
batal kelayakan untuk pengijazahan.
Kaedah tasmek merupakan satu kaedah yang utama. Kejayaan atau kegagalan
seseorang bergantung kepada bacaan yang diperdengarkan. Bacaan yang betul
perlu kerana ia melibatkan hukum tajwid supaya dapat dipastikan bacaan
tersebut betul sebutan dan maknanya. Pesakit yang fasih membaca al-Qur'an
dan bahasa arab, terutama mereka yang belajar dalam bidang agama termasuk
alim ulama yang meminta khidmat rawatan, kemungkinan akan mengukur ilmu
yang dimiliki seseorang perawat melalui sebutan huruf, makhraj dan lain-lain.
Bacaan yang betul dapat melahirkan keyakinan terhadap fadilat doa yang
dipertuturkan.
Selain itu, 'ijazah' daripada guru perlu agar aliran ilmu berlaku secara
tersusun dan besumber. Dalam proses pembelajaran seumpama lni, guru merupakan
tempat sandaran sekaligus bertindak sebagai tempat rujukan apabila pelajar
menghadapi masalah. Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang besar
terhadap mereka yang membaca al-Qur'an. AI-Qur'an merupakan syafaat kepada
mereka yang membacanya di akhirat nanti.
|