bulgarian property
SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 17 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Cawangan Darussyifa'
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Carta Organisasi
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Maklum Balas Anda
    Harap pengunjung memberi kerjasama untuk maklum balas ini. Apakah resolusi skrin PC anda?

    1024 x 768
    800 x 600
    Besar dari 1024 x 768
    Kurang dari 800 x 600



    Hasil
    Polling

    Pemilih 2253

    ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    JADUAL KULIAH
    Jadual Kuliah Pengajian
    Tuan Guru
    Dato' Dr. Haron Din
    Klik di sini

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    1299189
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa

  • DOA' MINGGUAN



    MASJIDIL HARAM TAHUN 1951

     

    PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESSI 2009


    PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
    UNTUK KUMPULAN KE-21 SESSI 2008/2009
    SEDANG DIBUKA SEKARANG

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 NOVEMBER 2008



    Untuk Maklumat Lanjut & Borang Permohonan Sila Klik di Sini

    MAJLIS BACAAN YAASIN RAWATAN
    MAJLIS BACAAN YASIN RAWATAN

    Bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kekuatan berfikir dan bertindak, yang membolehkan kita merancang dan menjayakan setiap aktiviti ilmu dan  kemasyarakatan kita secara bersama.

    Pada kebanyakan tempat sama ada di kampung-kampung atau di bandar-bandar, membaca Yasin beramai-ramai merupakan satu amalan yang lazim dilakukan, terutamanya pada setiap malam  Jumaat di masjid –masjid, surau-surau atau  dari rumah ke rumah . Kaedah amalan ini merupakan kaedah  biasa, yang selalunya diketuai oleh orang –orang tertentu seperti imam dan sebagainya. Satu amalan baik yang perlu diteruskan disamping untuk menghubungkan silaturrahim di antara penduduk setempat.

    Namun demikian , kaedah-kaedah membaca Yasin untuk sesuatu hajat , terutamanya hajat-hajat  besar kurang dimaklumi. Oleh sebab itu penerangan yang jelas perlu disebarkan kepada umum.

    Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Syukur kepada zat agung yang memberi taufik serta meletakkan harapan dan kepercayaan pada jiwa-jiwa orang Islam yang memahami tentang kebesaran wahyu Allah, yang diyakini boleh digunakan untuk kemakbulan.

    Terdapat banyak hadis yang menjelaskan fadilat Yasin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Agak banyak kitab yang dikarang oleh ulamak trenama dan muktabar yang membicarakan fadilat Yasin. Namun demikian , pembicaraan tentang kaedah membaca Yasin secara khusus untuk untuk sesuatu hajat tertentu seperti untuk kesembuhan penyakit atau menangani sesuatu masalah boleh dikatakan kurang ditulis.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 11830 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh eddie pada Friday, 07 November 2008 (540 kali dibaca)

    Taatilah Agama Ketika Menyambut Hari Raya
    Taatilah Agama Ketika Menyambut Hari Raya 
    Oleh: YBhg. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

    SOALAN:Tidakkah sambutan hari raya di Malaysia sejak akhir-akhir ini menyimpang daripada ajaran Islam kerana lebih mementingkan adat daripada agama. Lebih bersukaria daripada mensyukuri nikmat Allah. Lebih berseronok daripada yang sepatutnya. Apakah pandangan Dato' dalam perkara ini. -RAUDAH SAKINAH, Bukit Jelutong, Shah Alam Iklan   
       
    JAWAPAN: Menyambut hari raya dalam erti kata bergembira dan bersukacita setelah sempurna berpuasa pada bulan Ramadan adalah dituntut oleh syarak.

    Berpakaian baru dan indah sebagai menzahirkan tanda nikmat syukur kepada nikmat Allah adalah juga dituntut.

    Berziarah mensiarahi, bermaaf-maafan juga adalah dituntut syarak.

    Berjamu selera dan menjamu tetamu mengikut kemampuan masing-masing juga dituntut.

    Menziarahi kubur, pada asasnya digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kita kepada kematian. Jika menziarahi kubur hanya dikhususkan pada hari raya sahaja, itu tidak betul kerana ziarahi kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa.

    Akan tetapi di Malaysia, menziarahi kubur seolah-olahnya sudah menjadi suatu adat pada hari raya. Ziarah kubur bukan adat, ia adalah agama. Maka lakukanlah kerana agama, bukan kerana raya.

    Mungkin secara kebetulan setahun tidak pernah pulang ke kampung dan pulang ke kampung hanya pada hari raya. Pada hari itulah ada kesempatan, tidak mengapa, berziarahlah ke kubur kerana itu suruhan agama.

    Ada pun berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk seperti mengada-adakan keraian sehingga menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang.

    Berbangga dan bermewah-mewah hingga melampau-lampau adalah juga dilarang, apatah lagi jika berlakum pembaziran.

    Firman Allah (mafhumnya): "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 5730 byte lagi | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 23 October 2008 (121 kali dibaca)

    Eidulfitri Bukan Untuk Berpesta-pestaan
    Eidulfitri Bukan Untuk Berpesta-pestaan
    Oleh: YBhg. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din


    SOALAN:
    Aidilfitri merupakan suatu pesta besar, dinanti-nantikan untuk dihayati sepenuh jiwa raga oleh umat Islam sama ada yang berpuasa atau tidak. Mereka sanggup berbelanja besar membuat rumah terbuka, dengan pelbagai ragam seperti yang dapat kita lihat hari ini. Soalan saya, betulkah amalan sebegini, atau apakah pandangan Dato' mengenai cara perayaan yang sebenar menurut Islam? - Mohd Fitri Aziz, Pulau Pinang
       
       
    JAWAPAN:
    Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri, disambut setelah umat Islam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

    Puasa merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Apabila selesai berpuasa, bermakna, kita menyelesaikan satu rukun.

    Oleh kerana itu adalah wajar bagi mereka yang berjaya menunaikan rukun itu, berhari raya atau bergembira kerana berjaya menunai perintah Allah.

    Tujuan kegembiraan dipamerkan adalah untuk mensyukuri nikmat Allah selepas ibadah sempurna dilakukan.

    Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Ramadan pada awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya bebas daripada api neraka."

    Bagi orang yang mendapat ketiga-tiga itu, apakah dia tidak mahu menyambutnya dengan perasaan gembira sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

    Bagi mengisi cara perayaan tersebut, syarak menggariskan beberapa panduan tertentu antaranya:

    1. Diharamkan berpuasa pada hari raya - Ertinya kita harus menjamu selera. Sebaik-baiknya persediaan untuk menjamu selera itu mestilah munasabah dan tidak membebankan.

    2. Berpakaian bersih, kemas dan menarik, termasuk berpakaian baru.

    3. Pada pagi hari menuju ke tempat solat hari raya - sebaik-baiknya di tanah lapang jika keadaan mengizinkan kerana hendak memberi peluang kepada yang uzur, dapat bersama mengikuti khutbah raya.

    4. Bertakbir dengan takbir yang disyariatkan - bermula terbenam matahari pada akhir Ramadan, masuk ke bulan Syawal sehingga selesai khutbah Aidilfitri.

    5. Mendengar khutbah di samping bersembahyang hari raya.

    6. Bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan silaturahim.

    Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya): "Apabila berlaku Hari Raya Fitrah, malaikat-malaikat turun ke bumi, berbaris di jalan-jalan orang yang hendak pergi ke tempat solat, sambil menyeru mereka dengan suara yang didengari oleh semua makhluk, kecuali jin dan manusia, dengan kata-kata "wahai umat Muhammad, ayuh beramai-ramai kepada keredaan Allah, Tuhan yang Maha Mulia, Tuhan yang memberi anugerah yang amat banyak dan yang mengampun dosa-dosa yang banyak."

    Apabila mereka berada di tempat solat dan menunaikan solat serta mendengar khutbah, maka Allah berfirman kepada malaikat-malaikat tadi, "Tahukah kamu apakah balasan Aku kepada semua mereka itu?" Malaikat menjawab, "Allah sahajalah yang Maha Mengetahui dan akan membalas apa sahaja amal-amal ibadah mereka." Allah menjawab lagi, "Aku bersaksikan kamu, bahawa Aku akan membalas amalan puasa mereka, sembahyang malam mereka dan solat mereka pada hari ini, dengan keredaan-Ku dan keampunan-Ku kepada dosa-dosa mereka." (Riwayat Ibnu Abbas r.a)
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 5529 byte lagi | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 21 October 2008 (91 kali dibaca)

    PENGUMUMAN: PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-21
    PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
    KUMPULAN KE-21 SESSI 2008/2009

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 NOVEMBER 2008

    TARIKH TEMUDUGA: Akan diberitahu kemudian



    Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

    1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Untuk mengelakkan muka surat satu dan dua terpisah, pemohon dinasihatkan agar print borang ini dengan sekeping kertas A4 dikedua-dua belah mukasurat (double sided). Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

    2. Permohonan tersebut mestiah disokong oleh seorang ahli Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa'. Jika anda tidak mengenali sesiapa dikalangan ahli Darussyifa', silalah datang ke Pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi dan berjumpa dengan perawat yang bertugas disana untuk mendapatkan sokongan.

    3. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

    4. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

    5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen.

    6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ mengikut tempoh yang tertera di borang tersebut.

    7. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

    8. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

    9. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 4219 byte lagi | PENGUMUMAN | Nilai: 4.66)
    Dikirim oleh admin pada Monday, 13 October 2008 (1301 kali dibaca)

    TAZKIRAH RAMADAN 1429H (2008)
    TAZKIRAH RAMADAN 1429H/ 2008
    Oleh : Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

    (Nota: Anda boleh muat turun Audio Tazkirah Ramadan ini di akhir artikel ini)

    Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya; “Alangkah hairannya bagi orang yang telah sampai umurnya kepada bulan Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

    Allah SWT sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya di bulan Ramadan, maka kedatangan bulan Ramadan ini merupakan satu peluang kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT.


    Banyakkan Beribadat di Bulan Ramadan

    Sesiapa sahaja yang mengambil peluang di bulan Ramadan dengan syarat dia beriman dan patuh kepada perintah Allah SWT serta mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah SWT insya’Allah, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan oleh Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya

    Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karana iman dan mengharap redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

    Perbanyakkanlah beribadat di bulan Ramadan ini dengan bersedekah kepada fakir miskin, menunaikan zakat, menjamu orang untuk berbuka puasa, dan kalau mampu mengerjakan umrah.

    Menjamu orang berbuka puasa dan mengerjakan umrah di bulan Ramadan sangat besar pahalanya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya;

    ”Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji. (Hadis Riwayat Muslim)”

    ”Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka itu, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (Hadis Riwayat Tirmidzi)”

    Peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan mendapat keampunan Allah SWT di bulan Ramadan sangat jelas, alangkah ruginya jika kita mengabaikan peluang tersebut.

    Lakukan Ibadah semata-mata kerana Allah SWT

    Bulan Ramadan adalah bulan Rahmah, sudahkah perasaan kita, hati sanubari kita telah sampai kepada menikmati Rahmah Allah itu? Jika amal ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan ini masih terasa tertekan maka Rahmah Allah tidak sampai lagi kepada kita.

    Beribadatlah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah SWT,  janganlah melakukan ibadat untuk mendapat kepujian manusia kerana jika ini ada dalam hati kita maka akan termasuklah kita dalam golongan munafikun. Orang-orang munafik zahirnya sahaja Islam tetapi hatinya tidak sedikit pun beriman kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT menjelaskan perbuatan mereka, mafhum firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 142;

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).(An-Nisaa’:142)


       
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 6902 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Wednesday, 17 September 2008 (556 kali dibaca)

    AMALAN-AMALAN KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI
    AMALAN-AMALAN KHURAFAT DAN SIFAT-SIFAT TERCELA DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA DAN PANDUAN MENGHINDARINYA

    Oleh : Y.Bhg. Dato’ Dr. Haron Din

    (Nota: Versi PDF untuk artikel ini dilengkapi dengan text Arabic bagi ayat al-Quran & Hadis - sila ke hujung artikel ini muat turun)

    Mengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang yang belum lagi hendak melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk ibadat tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah mempelajarinya mengikut kemampuan yang ada padanya.


    Banyak umat Islam yang kurang bersedia dari segi ilmu pengetahuan untuk mengerjakan haji, malah ada yang tidak memahami walaupun perkara-perkara yang asas, akibatnya apabila mereka mengerjakan ibadat tersebut, terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadat tersebut. Hal ini berlaku kerana mereka terikut-ikut dengan perbuatan jemaah yang kurang arif tentang ibadat itu dan malu hendak bertanya kepada orang lain.

    Di samping tidak mendalami hukum hakam mengenai haji, ditambah pula dengan kejahilan hukum-hukum mengenai akidah, maka berlakulah campur aduk di dalam ibadat haji di antara yang hak dengan yang batil. Kadang-kadang yang hak ditinggalkan dan yang batil dikerjakan. Yang batil seperti amalan-amalan khurafat dikerjakan sebaik-baiknya, atas kefahaman bahawa amalan-amalan itu dituntut oleh syarak, sedangkan yang sebenarnya sebaliknya.

    Sering berlaku dari semasa ke semasa perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak yang dicampurkan di dalam ibadat haji, terutama khurafat-khurafat yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka memberi fatwa secara berbisik-bisik tanpa menggunakan sebarang kitab atau kenyataan-kenyataan dari nas-nas yang muktabar tentang perkara yang dibisik-bisikkan itu. Akhirnya amalan-amalan khurafat itu menjadi ikutan turun temurun dari dahulu hinggalah sekarang. Oleh yang demikian, maka diajarlah kita membicarakan perihal khurafat tersebut.
     
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 24771 byte lagi | Nilai: 4.16)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 09 September 2008 (1242 kali dibaca)

    Majlis Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Tuan Guru & Isteri
    MAJLIS MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN
    TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN DAN DATIN KHADIJAH SALLEH

    Pada hari Ahad, 17hb. Ogos 2008, bertempat di Grand Ballroom Hotel Marriot Putrajaya, suatu majlis telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Darussyifa’ dan ahli-ahli Darussyifa’ bagi memperingati dan mengenang jasa Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan isteri, Datin Khadijah Salleh.


    Serba sedikit latar belakang mereka berdua. Nama penuh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ialah Haron bin Din bin Wan Awang,  dilahirkan di Kampung Bohor Mali, Kangar Perlis pada 18hb. Ogos 1940, beliau lebih dikenal mesra dengan panggilan Ustaz Haron Din sahaja.

    Manakala nama penuh Datin Khadijah Salleh ialah Khadijah binti Salleh bin Arifin, dilahirkan di Kampung Jelempok, Arau Perlis pada 21hb. Julai 1946. Datin Khadijah lebih dikenali di kalangan ahli-ahli Darussyifa’ dengan panggilan mesra Kak Jah atau Ustazah Kak Jah. Dato’ Dr. Haron Din dan Datin Khadijah Salleh telah diijabkabulkan pada  4hb. Oktober 1968 dan dikurniakan oleh Allah SWT dengan 5 cahayamata iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

    Pada tarikh majlis ini diadakan, umur Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din kurang sehari genap 68 tahun menakala Datin Khadijah Salleh telah 62 tahun 27 hari. Umur perkahwinan mereka berdua pula ialah 39 tahun 11 bulan 13 hari.


    Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli Darussyifa’ berserta ahli keluarga masing-masing. Ahli keluarga Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Datin Khadijah juga turut hadir menyerikan lagi majlis ini. Majlis ini bermula pada jam 9:00 malam dan berakhir pada jam 11:00 malam. Bagaimanapun sejak jam 8:30 malam lagi sebahagian besar hadirin telah memenuhi dewan.

    Secara keseluruhannya majlis ini berlangsung seperti berikut;

    (1) Bacaan Doa disampaikan oleh Ustaz Mohd Apandi bin Hussin
    (2) Jamuan Makan Malam
    (3) Tayangan Multimedia Gambar-gambar Nostalgia Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Datin Khadijah Salleh
    (4) Kuiz soalan-soalan berdasarkan tayangan multimedia. Yang berjaya menjawab diberikan hadiah istimewa.
    (5) Cabutan Bertuah dan Hadiah Istimewa
    (6) Ucapan oleh Datin Khadijah Salleh
    (7) Ucapan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
    (8) Sessi bergambar kenang-kenagan bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Datin Khadijah.


    Doa Majlis Ulang Tahun Kelahiran
    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Datin Khadijah Salleh

    (Klik di sini untuk mendengar audio bacaan doa ini)

    Ya Allah, dimalam yang indah ini, kami menadah tangan beramai-ramai kehadhrat-Mu. Kami mohon belas kasihan-Mu, kami mohon kasih sayang-Mu, kami mohon keredhaan-Mu. Wahai Allah tuhan sekelian alam.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 15351 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Wednesday, 20 August 2008 (740 kali dibaca)

    Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
    Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

    Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


    Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

    Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

    Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

    (1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

    (2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


    (3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 3068 byte lagi | Nilai: 4.6)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 19 August 2008 (2141 kali dibaca)

    Mesyuarat Agung Tahunan Darussyifa Kali Ke-19
    MESYUARAT AGUNG KALI KE-19
    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)

    Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah berlangsung pada 17hb. Ogos 2008 bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Mesyuarat yang diadakan di dewan solat utama Bangunan Darssyifa’ Bandar Baru Bangi itu telah dihadiri oleh seramai 150 orang ahli Darussyifa’ dari seluruh Malaysia.


    Pada kebiasaannya dalam Mesyuarat Agung Darussyifa’, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din akan menyamaikan amanat dan pesanan penting kepada semua ahli, namun begitu pada Mesyuarat Agung ke-19 ini Tuan Guru tidak dapat hadir bersama-sama kerana telibat dengan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh Perak.


    Sebagai gantinya Pengerusi Darussyifa’, Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad telah memberikan ucapan dan pesanan penting kepada semua ahli Darussyifa’. Kepada semua ahli Darussyifa’ yang tidak menghadirkan diri ke mesyuarat ini disarankan supaya mendengar pesanan Pengerusi Darussyifa’ ini melalui link berikut;
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 3650 byte lagi | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 19 August 2008 (307 kali dibaca)

    Dr. Huda Dirawat Di Hospital Pakar Ampang Puteri (10 Jun 2008)
    TERKINI: Dr. Huda telah keluar dari Hospital Pakar Ampang Puteri pada hari Jumaat, 20hb. Jun 2008. Sekarang berada di rumah beliau di Bandar Baru Bangi. Keadaannya beransur pulih dan memerlukan rehat yang panjang.
    ============================================================

    Dr. Huda Dirawat Di Hospital Pakar Ampang Puteri Hulu Kelang Selangor

    (Berita berkaitan sila Klik di sini)

    Pada 10hb. Jun 2008, jam 1:15 tengahari, webmaster dan rakan pergi menziarahi Dr. Huda di Hospital Pakar Ampang Puteri, Jalan Ampang, Hulu Kelang Selangor.


    Dr Huda kini ditempatkan di wad biasa iaitu di Bilik VIP tingkat empat. Bilik VIP ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian pesakit yang ada katil dan bahagian tetamu yang disediakan set sofa dan pantry.

    Ketika kami sampai, semua ahli keluarga Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang berada di ruang tetamu bangun meninggalkan bilik tersebut untuk memberi ruang kepada kami. Mereka juga sebenarnya keluar untuk pergi makan tengahari. Yang tinggal di ruang tamu itu Tuan Guru dan Dr. Azlin.


    Webmaster menyerahkan transkrip kisah di Abu Dhabi untuk semakan Tuan Guru. Sementara itu Dr. Azlin menceritakan saat-saat genting yang dihadapi ketika berada di Abu Dhabi.


    Hampir satu jam kami berada di sana kemudian Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menulis satu surat meminta webmaster siarkan dalam laman web Darussyifa’ seperti berikut;

    “Hari ini 10hb Jun 2008, anak saya telah dikeluarkan dari ICU Hospital Ampang Puteri dan ditempatkan di wad biasa. Keadaannya hampir pulih, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua khususnya kawan-kawan di Abu Dhabi yang amat banyak memberi pertolongan, Allah sahaja yang akan membalasnya”

    ==================================================
    Dalam perbualan kami dengan Tuan Guru, beliau ada menceritakan tentang seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Abu Dhabi iaitu Saudara Hasnol. Hasnol dan rakan-rakannya banyak membantunya di sana dan ada menyiarkan kisah Dr. Huda di Blog-nya.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 16274 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 10 June 2008 (1826 kali dibaca)


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)
    3. Ustaz Roslan (019-239 8573)



    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)