BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab
memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai
anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan
itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.
 |
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940
bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan
seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan.
Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama
Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran
kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang
adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala
enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal
iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan
bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang
perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam. |
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun
ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu
pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya
sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan
memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri.
Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya
ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini
beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi
hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master
Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai
dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah
Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain
Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan
berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian
beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor
Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti
Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan
Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya,
UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM
Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali
Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan
dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10
orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang
rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah
atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron
Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi.
Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya.
Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk
dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya
telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah
meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya.
Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut
di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat
pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya.
Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu
hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah
menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari
bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan
bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang
memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam
untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli
keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya
ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung
antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang
tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara
tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang
diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah
air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan
Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh
Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami
ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di
antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang
ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din
kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah
memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad
Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati.
Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain
itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang
'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.

Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak
Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan
tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak
yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron
Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku
sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa
kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit
barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau
telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang
arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak
menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an.
Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan
daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir
Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar
Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh
dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan
ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca,
terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah
ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan
oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu
fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah
rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah
s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat
Islam.
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz
Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa
bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku
untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan,
hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.
RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang
Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
(1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
(1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS
Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti
Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya
, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan
Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan
raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak
: 533 , % Mengundi : 84.23%
|