|
Merawat Gangguan di
Bangunan Baru Hospital PUSRAWI
Ahad, 2 Julai 2006
(Sila klik pada gambar untuk melihat gambar
yang lebih jelas)
|
|
Gambar-09-01:
Hospital Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) terletak
berhadapan dengan Institute Jantung Negara dan beralamat seperti berikut;
Hospital
Pusrawi Sdn. Bhd.
Lot 149,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Darussyifa'
telah dijemput oleh pihak PUSRAWI dalam ikhtiar untuk membantu merawat
gangguan di bangunan baru ini yang mula beroperasi sejak 16 Januari 2006.
|

|
|
Gambar-09-02:
Rombongan
ahli-ahli Darussyifa' seramai kira-kira 50 orang telah sampai sebelum waktu
maghrib lagi. Sebahagianya datang dengan kenderaan sendiri menakala lebih
kurang 30 orang datang dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak PUSRAWI.
|

|
|
Gambar-09-03:
Selepas Solat
Maghrib berjamaah, Pengurus Besar PUSRAWI, Tuan Haji Wan Mahmood Wan Yaacob
memberikan penerangan tentang hajat mereka dan latarbelakang masalah yang
mereka hadapi. Kemudian diikuti taklimat oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Selepas taklimat diikuti dengan Solat Hajat berjamaah.
|

|
|
Gambar-09-04:
Selepas
selesai solat Hajat diikuti bacaan surah Yaasin beramai-ramai dan berzikir.
|

|
|
Gambar-09-05:
Selesai
berzikir, bacaan Doa yang dibaca oleh Tuan Guru diaminkan oleh semua jamaah.
|

|
|
Gambar-09-06:
Tuan Guru
meniup pada air dan garam selepas selesai berdoa.
|

|
|
Gambar-09-07:
Selepas
selesai mengerjakan solat Isyak, Tuan Guru menyampaikan taklimat khususnya
kepada kakitangan PUSRAWI bagaimana hendak menggunakan air dan garam yang
telah didoakan.
|

|
|
Gambar-09-08:
Berselawat dan
bersalam-salaman sebelum menikmati jamuan makan malam.
|

|
|
Gambar-09-09:
Mengambil
makanan untuk jamuan makan malam
|

|
|
Gambar-09-10:
Menikmati
Jamuan makan malam
|

|
|
Gambar-09-11:
Tuan Guru
diiringi oleh Pengurus Besar PUSRAWI untuk pulang selepas semuanya selesai.
|

|